Thursday, March 17, 2016

Kerja dari rumah sebenarnya bukannya begitu mudah


Jangan ada yang tak tau, yang sebenarnya bekerja dari rumah ni pun menuntut kesabaran yang sangat tinggi jugak sebenarnya ye.. 


Pertama sekali, kalau anda memang langsung tak tau apa-apa tentang bekerja dari rumah, dah tentu anda kena belajar dulu. Anda mungkin boleh tanya-tanya orang, macam mana nak bekerja dari rumah? 


Apa benda nak kena buat? Tapi... anda kena tau, setengah orang di cukup malas nak layan soalan-soalan macam ni. Macam la dia tak ada kerja lain nak dibuat daripada nak layan soalan-soalan yang sebenarnya jawapannya boleh didapati di laman web jobdirumah ni.


Kalau saya, jujurnya saya pun malas nak layan. Bukannya saya tak nak tolong anda, sebaliknya anda kena tolong diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum nak mintak tolong kat orang lain. 


Setidak-tidaknya anda kena bersedia dengan segala info, atau sekurang-kurangnya mestilah dah habis baca apa yang ditulis dalam laman web jobdirumah tu. Dah baca ulang-ulang kali dan dah cuba fahamkan. 


Ini tak... baca cukup PEMALAS, tapi rajin pulak nak tanya orang. Apa, awak ingat orang yang awak tanya tu, nanti akan jawab dengan cara buat video khas untuk awak ke? Dia pun kena taip jugak, dan akhirnya awak kena baca jugak.


Itu baru peringkat pertama. Iaitu dapatkan bahan ataupun training material yang anda boleh pelajari darinya. 


Seterusnya untuk belajar. Oh tak ramai yang cukup bersabar untuk belajar. Taunya nak skip skip skip. Akhirnya, masa yang diperuntukkan untuk belajar tu jadi sia-sia. 


Apa? Anda ingat bila anda skip-skip tu, anda akan faham semua? Mana anda tau, part yang anda skip tu la sebenarnya part yang paling penting sekali. 


Kalau nak skip boleh, namun kena pastikan ketika buat pembacaan kali pertama tu, kena baca semua sekali. Bila dah tau secara keseluruhan, artikel tersebut tentang apa, bacaan kali kedua dan seterusnya tu barulah boleh skip. Hanya fokus pada bahagian yang kita masih belum betul-betul faham. 


Bila tiba untuk mula bekerja. Ada orang fikir, dia boleh terus mula bekerja walaupun ilmu masih belum cukup penuh di dada. Saya percaya, anda akan stuck kat bahagian ini. Lebih-lebih lagi kalau anda bukannya jenis yang penyabar. 


Rupa-rupanya setiap majikan meletakkan syarat yang berbeza dan leceh pulak tu... 



Masa untuk menyiapkan tugas. Soalan: Adakah anda mempunyai kemahiran untuk menyiapkan tugasan tertentu? 


Tahukah anda, kerja-kerja data entry juga adakalanya boleh jadi kerja yang sangat leceh dan menyusahkan! 


Cakap pasal data entry ni... itu belum lagi kita masukkan unsur-unsur persaingan yang sangat banyak tu. Rasanya macam satu dunia bersaing untuk dapatkan kerja yang satu. 


Upahnya bukan banyak mana pun. 


Tapi mungkin sebab kerjanya tu mudah, jadi ramailah yang berebut untuk dapatkan job tu. 


Aish... entah lah. 


Itulah... sebenarnya bekerja dari rumah ni bukannya mudah mana. Siapa yang rasa kerja dari rumah ni senang, tanpa anda sendiri lalui pengalaman bekerja dari rumah, anda telah ditipu oleh diri anda sendiri sebenarnya. 


Ok la... anda minat nak belajar dengan lebih mendalam tentang topik ini? 


Klik sini untuk belajar ya. Klik sekarang tau! 


 




 

Tuesday, March 15, 2016

Boleh percaya ke kerja yang mendatangkan untung dari rumah?



Apa dia contoh kerja yang saya lakukan hanya dari rumah untuk mendapatkan untung? Of course selain daripada mempromosikan panduan jobdirumah...


Saya menawarkan servis penulisan artikel promosi di laman web milik saya. 


Jadi, kepada pemilik-pemilik perniagaan, yang mahu saya bantu promosikan perniagaan mereka di laman web saya, maka boleh beruhubung dengan saya untuk dapatkan perkhidmatan ini. 


Caj dan upah juga tidaklah begitu mahal. Anda boleh dapatkan maklumat penuh tentang kadar bayaran yang saya kenakan dengan menekan klik pada pautan ini.


Dengan melakukan kerja-kerja seperti ini, saya tak perlu pun ke pejabat. Cukup di lakukan hanya dari rumah, ataupun kalau nak buat kat tempat-tempat yang nampak lebih eksklusif macam kat starbuck misalnya pun boleh. 


Jadi, menjawab pertanyaan 

"Boleh percaya ke kerja yang mendatangkan untung dari rumah?" 


Jawapannya, SUDAH TENTU BOLEH.  


Hakikatnya, ada ramai lagi yang bekerja hanya dari rumah dan buat untung juga hanya dari rumah. 


Contohnya para pelabur saham. Mereka tak perlu keluar dari rumah untuk mulakan aktiviti trading, sebabnya sekarang ni semua itu boleh dilakukan hanya dari rumah. 


Mereka yang bekerja sebagai konsultan, juga boleh lakukan pekerjaan tersebut hanya dari rumah. Tak ada sebarang masalah pun. 


Cuma biasanya, kalau seseorang tu memang tak ada pengalaman, memang tak akan mudah percaya yang semua ni boleh dilakukan hanya dari rumah sahaja.


Saranan saya, teruskanlah mencari info dan tambahkan pengetahuan. Kita ni sekarang hidup dalam era sains dan teknologi. Apa yang nak diherankan dengan bekerja dari rumah? 


Kalau duk rumah saja-saja langsung tak kerja, ha... yang tu patutnya kena rasa pelik. 


Ok la... kalau nak belajar dengan lagi details macam mana nak bekerja dari rumah, belajar kat panduan ni. Saya pun dulu tak tau pape, bodoh juga, kena belajar jugak baru boleh pandai. 


 

 

Monday, March 14, 2016

Deklarasi rakyat dan jobdirumah


Rasanya macam dah lama sangat pulak tak update blog ni. Sebenarnya kalau ikutkan hati, memang saya nak update blog ni setiap hari. 


Memang ada terlalu banyak yang saya nak kongsikan kepada para pembaca sekalian tentang peluang nak buat duit di laman web jobdirumah.


Tapi itu la... saya kadang-kadang tak perasan yang saya terlupa nak bukak laman web ni. 


Saya terlalu sibuk menulis tentang perkara lain, sampaikan boleh tertinggal tentang Jobdirumah ni. 


Inilah cabarannya bila ada banyak blog. Komitmen saya perlu dibahagi-bahagikan antara satu blog dengan blog yang lain. 


Lagi-lagi baru-baru ni, saya duk follow kisah tentang deklarasi rakyat... yang bila keluar kat TV, tiba-tiba di spin jadi "deklarasi Mahathir - Kit Siang".


Itulah hal politik ni, kadang-kadang saya pun pening. Kalau tak ambik tau, nanti susah pulak nak buat pemilihan, mana satu yang perlu saya undi bila tiba pilihan raya nanti. Bila ambik tahu, jadi pening pulak ha ha 


Inilah realitinya bila jadi orang tanpa parti ni. Saya tak menyebelahi mana-mana blok secara total. Mana yang baik saya sokong, mana yang korup, kita tendang dia keluar dan patut digantikan dengan pemimpin lain yang lebih serius dan ikhlas memimpin. 


Sebenarnya saya sedih dengan situasi politik tanah air. 


Sedih sampai terganggu jugak kerja-kerja saya yang lain tu. Kenapa sampai jadi macam ni sekali. 


Dan yang saya betul-betul nak tau, sampai bila semua ni akan berterusan? Saya harap kemelut politik ni dapat berakhir segera. Yang degil sangat tak nak letak jawatan tu, silalah turun cepat. Cukup-cukuplah menyusahkan hidup rakyat. 


Kita golongan yang berniaga, amat terasa impaknya dengan polisi-polisi kerajaan, seperti GST, misalnya. 


Macam mana kita nak buat duit, kalau pelanggan kita pun sengkek dan tak berduit? 
 

Nak buat duit melalui jobdirumah pun sebenarnya bukannya mudah. Ada banyak cabarannya. Kalau orang yang memang zero dalam bab-bab bekerja secara online ni, memang boleh blurr dan tak tau nak buat apa.


Itulah... kita tengok je la, sampai bila semua ni akan berterusan. 

    


 

Thursday, February 25, 2016

Komisyen Referral Tone Excel Februari 2016


Selain Jobdirumah, saya juga bergiat secara aktif untuk mempromosikan simkad Tone Excel


Bila saya kata promosikan secara aktif, tak ada la aktif sangat sampai setiap minggu mesti nak kena turun HQ, atau setiap kali ada kesempatan saya akan buka booth. Oh tidak-tidak. 


Saya rasa itu bukan style saya. Saya tak nak buat bisnes dengan cara yang menyusahkan. 


Bisnes Tone Excel ni saya buat secara sambilan dan saya promosikan secara online sahaja ya. Buat secara santai-santai dan relaks sahaja. 


Saya tak nak jadikan Tone Excel macam satu bebanan untuk saya. Saya nak buat dengan cara yang sesantai yang boleh. Biarlah tak banyak mana income macam orang lain, namun apa yang penting, saya ada masa nak buat lain-lain bisnes selain dari Tone Excel ni. 


Saya join Tone Excel pun di saat semua orang dah tahu apa itu Tone Excel. Bukannya pada waktu TE baru nak naik. Jadi, memang agak slow. Ditambah pulak sekarang ni pun ada banyak syarikat telco yang menggunapakai konsep pemasaran yang lebih kurang sama dengan TE. 


Baiklah, saya sebenarnya cuma nak update bayaran komisyen yang saya terima dari Tone Excel. 

 


Blog ni pada asalnya adalah berkisarkan tentang bekerja dari rumah. Memandangkan saya perhatikan yang bisnes Tone Excel ni pun sesuai untuk dijalankan hanya dari rumah, jadi saya rasa baik saya masukkan sekali cerita tentang Tone Excel kat dalam blog ni. 


Saya boleh buat, anda pun dah tentu boleh buat jugak. 


Baiklah, sasaran saya, In Shaa Allah nak dapatkan sekurang-kurangnya sebulan seorang downline sahaja. Dalam masa sebulan ada 30 hari, rasanya ini adalah satu sasaran yang munasabah, kan? 


Baiklah, untuk pengetahuan anda juga, ini adalah hasil usaha pemasaran secara online 100%. 


Saya menggunakan platform yang dibangunkan oleh Team Autodownline. Kalau anda nak tau apa itu team AutoDownline, baca post saya ni. 


Klik: Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine

Tak kan nak tengok je? 


... dan sampai bila anda nak tengok je? Jom la join saya, untung-untung anda juga yang akan dapat komisyennya. Bukan saya. 


Sistem yang cantik dah disediakan, tinggal anda manfaatkan sahaja sistem ini. 
 

Sambil-sambil buat Jobdirumah, buat jugak kerja lain. Dua-dua komisyen boleh dapat. 

 

Thursday, February 18, 2016

Terbukti! Bekerja dari rumah dengan Bookcafe juga boleh buat duit


Betul la kata Brian Tracy dalam buku beliau, The Psychology of Selling, jika kita bekerja dalam bidang jualan, selagi kita tak dapat sebarang sales, selagi tu kita tak sepatutnya mengalah. 


Masalah paling UTAMA buat jurujual amatur (macam saya ni la...) adalah terlalu cepat menyerah kalah. 


Baru kena reject dah rasa nak give up. 


Buat kerja-kerja pemasaran, tak berjaya untuk dapat sales, terus rasa nak berhenti. Semua ni SALAH. Kita patut fokus dengan apa yang kita mahukan dan terus berikan yang terbaik. 


Kalau apa yang terbaik kita berikan tu masih tak cukup, kita tambah lagi jadi banyak! 


Maka In Shaa Allah, di akhirnya pasti akan terbit komisyen-komisyen yang best dari usaha ini. 


Ini antaranya: 

 

Komisyen ini adalah sebagai isyarat, bahawan selagi kita percaya dengan apa yang kita buat, kita percaya dengan diri kita, kita percaya kita mampu mencapainya, GANJARANNYA PASTI ADA.


Ini hanya sebagai permulaan. 


Teringat saya satu ketika dulu, masa saya baru mula-mula nak buat Jobdirumah. Tahap kesusahannnya lebih kurang macam ni la. 


Sekarang ni Alhamdulillah. Setiap bulan boleh dapat income dari Jobdirumah. Kalau saya give up masa saya rasakan seolah-olah ianya terlalu sukar, mungkin sampai sekarang saya masih seorang yang tak punya apa-apa. 


Ok la. 


Hari ini, jobdirumah saya tetap buat macam biasa. 


Income dari bookcafe pulak adalah penambah perisa! 


Yummy! Sedap. 

 
 

Sunday, February 7, 2016

Bayaran Komisyen Sebanyak RM200 Dari Jobdirumah Bagi Bulan


Blog ni saya tulis untuk berkongsi kepada para pembaca sekalian yang masih lagi satu program yang boleh membantu kalian untuk buat duit dari rumah. Sama ada anda ingin memilih untuk bekerja dari rumah atau pun berniaga dari rumah.  


Kedua-dua cara ini, adalah cara yang proven untuk buat duit dari rumah. 


Ya, anda boleh buat duit sebagai seorang pelabur yang hanya menjalankan operasi dari rumah sahaja. Namun, bukan semua orang ada ilmu kewangan yang bagus untuk menjadi pelabur yang sentiasa dapat buat untung. 


Pasaran saham atau pasaran forex misalnya, adalah pasaran yang sangat bahaya dan anda berisiko untuk hilang duit daripada buat duit. Kalau anda cuma tau sikit-sikit, atau setakat cuma ada basic, kebarangkalian untuk anda hilang duit adalah sangat tinggi dalam pasaran yang saya sebutkan tu tadi. 


Berbeza halnya dengan bekerja dari rumah. 


Kita buat kerja. Siapkan kerja, hantar kepada majikan, dan terima bayaran. Itu sahaja. 


Ataupun kalau nak buat duit seperti seorang peniaga, begitu la lebih kurang kaedahnya. 


Fokus pada kerja-kerja pemasaran. Kalau takut rugi, guna sahaja kaedah pemasaran PERCUMA. 


Tulis blog. Kumpul prospek menggunakan sistem autoresponder dan sebagainya. 


Saya buat begitu, dan Alhamdulillah ini adalah hasilnyhttp://www.sabreehussin.com/apa-untungnya-dengan-menjadi-ahli-jobdirumah/a. 

 

Erm... tak ada rahsia, dan tak ada sebarang perkara ajaib yang saya lakukan. 


Saya join jobdirumah dan saya promosikan program ini kepada yang memerlukan panduan ini.  


Anda pun boleh lakukan. 


Klik sini sekarang untuk join jobdirumah. 





 

Friday, February 5, 2016

Program Affiliate dari Involve Asia membantu anda buat duit tambahan hanya dari rumah


Jana pendapatan tambahan yang lumayan setiap bulan selain daripada duit daripada gaji yang diberikan oleh majikan.... Ah... siapa yang tak syok? Dan siapa pulak yang tak mahu?


Nah... Sila buat pendaftaran menggunakan borang ini. Isi dengan selengkapnya, dan anda dah boleh mula jana pendapatan menerusi platform yang dibangunkan oleh pihak Involve Asia. 


 

Ini bukan satu penipuan atau program yang entah apa-apa. Ini adalah program affiliate. 


Dengan menyertai program ini, anda berpeluang untuk kuasai pasaran dengan menjual barang-barang yang memang ada banyak permintaan di laman web lazada, zalora dan sebagainya. 


Saya juga sedang giat mempromosikan produk-produk ni semua. In Shaa Allah, benda yang baik, kita kongsikan, supaya lepas ni lebih ramai yang boleh jana pendapatan tambahan. 


Saya tak kata ini adalah cara cepat untuk buat duit online pada tahun 2016 ni, namun dari pemerhatian saya, ini adalah cara yang memang berpotensi untuk bantu anda keluar dari masalah kewangan yang membelenggu dan menghimpit tu. 


Ok dah... 


Tak mau buang masa banyak sangat. Daftar sekarang sebagai ejen pemasaran Involve Asia disini dan mula buat duit online sekarang. 


Go promote something and make money now!


Saya sedang mengumpul komisyen sekarang. Ini bukti komisyen yang sedang meningkat naik di dashboard saya. Anda bila lagi? 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...