Friday, October 30, 2015

Ziarah ke Kelantan! Kelebihan bekerja di rumah


Saya dapat berita yang kurang menggembirakan malam semalam. 


Khabarnya nenek yang berada di kampung sedang sakit. Puncanya terjatuh dibilik air. Beliau dah pun dirujuk ke hospital berhampiran, tetapi doktor sendiri suruh dihantar pulang sahaja. 


Ibaratnya seperti doktor tersebut ingin mengatakan

"Dah tak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan..."  


Hari ini hari Jumaat. In Shaa Allah dalam masa beberapa jam atau mungkin beberapa minit lagi, saya akan bertolak ke Kelantan untuk ziarah nenek. 


Satu keputusan yang bukannya mudah, lebih-lebih lagi kalau saya bekerja di syarikat swasta. 


Perlu fikir nak kena ambil cuti, mungkin kena ambil Unpaid Leave. Oh gaji kena potong sebab cuti tanpa gaji. 


Atau patut ke saya ambil MC? Masalahnya bukan saya yang sakit. Ambil MC disebabkan orang lain yang sakit, kan tak kena tu. Dah ada unsur-unsur penipuan pulak. Apa jadi dengan gaji yang bakal saya terima nanti? Berkat ke?


Jangan main-main soal keberkatan gaji ni tau. BAHAYA. 


.

..

...

Mujurlah... saya bekerja hanya dari rumah. Secara teknikalnya, pada bila-bila masa saya boleh bercuti dan pergi ke mana sahaja yang saya suka.


Malahan, ketika saya sedang bercuti, saya mempunyai beberapa laman-laman web yang sedang bekerja untuk menghasilkan pendapatan untuk saya. 


Ia perlukan kerja keras di peringkat permulaan! 


Ya 


Saya tak mahu anda salah anggap tentang bekerja dari rumah. Ia nampak lebih mudah hanya apabila anda telah melepasi peringkat permulaan. 


Pada peringkat permulaan, ada sangat banyak yang perlu anda lakukan. Dari kerja-kerja remeh, hinggalah ke kerja-kerja yang penting. 


Seperti saya, diperingkat permulaan saya perlu bangunkan banyak laman-laman web yang berpotensi untuk buat duit. Sama ada dalam matawang RM mahupun USD. 


Ada yang ambil masa 3 bulan dah dapat hasil. 


Ada yang ambil masa 6 bulan, 1 tahun dan ada juga laman web yang selepas 3 tahun baru saya dapat lihat hasilnya. Pendek kata, selain perlu kerja keras, saya juga perlu beri masa untuk melihat hasilnya.


Konsep bekerja dari rumah seperti ini pastinya tidak diceritakan dengan sangat details lebih-lebih lagi oleh para penipu di internet yang hanya minat nak dapatkan duit anda sahaja. 


Mereka akan berikan gambaran bahawa buat duit di internet atau buat duit di rumah ini adalah semudah daftar dan buat kerja. Sebenarnya TIDAK. Ia lebih kompleks dari itu. 


Melainkan anda tahu bagaimana caranya. 


Dengan ilmu yang dibekalkan oleh Panduan Jobdirumah, saya pasti anda juga boleh survive dan boleh melalui fasa-fasa pertama dalam bekerja dari rumah.


Ok la, saya kena bersiap ni. Ada banyak lagi belum packing. 


Doakan saya selamat dalam perjalanan pergi dan balik ya. In Shaa Allah, lepas ni nanti ada banyak lagi perkongsian yang saya boleh catatkan dalam ni. 


  


 

Thursday, October 29, 2015

Minat nak bekerja dari rumah tapi tak tau nak mula kat mana?


Adakah anda berminat nak buat duit hanya dengan bekerja dari rumah? 


Adakah anda tak tau nak bermula dari mana?


Kalau anda menghadapi masalah yang sama, jom baca perkongsian saya ini. Dalam ini, saya ceritakan serba sedikit apa dia persediaan yang anda perlu lakukan untuk mula buat duit dengan hanya bekerja dari rumah. 


Ya


Dalam post ini, saya akan rekemen anda untuk buat pembelian, namun ianya bukan satu perkara yang wajib. Jika anda rasakan apa yang saya rekemen mempunyai kegunaan untuk anda, barulah anda beli. Kalau rasa tak perlu, tak payah beli. 


Just baca untuk tambah pengetahuan sahaja ya. Boleh? Ok? Deal? 


Setiap orang yang terer buat duit hanya dari rumah sekarang ni, mereka semua juga bermula dengan tak tau apa-apa. Buat semua benda serba tak menjadi. Walaupun mereka tak rugi apa-apa, tetapi apa yang mereka usahakan langsung tak menjadi hasil. 


Pada saya, rasa kecewanya lebih kurang sama je dengan RUGI sesuatu. 


Jadi, untuk mengelakkan perkara yang sama asyik duk ulang-ulang je, buat keje tapi tak ada hasil, jadi nak atau tidak, kena belajar daripada orang yang memang tau, macam mana nak buat duit hanya dari rumah. 


Tak mau lagi berteka teki, tak mau lagi nak serkap jarang, kononnya apa yang kita buat sekarang ni adalah benda yang betul. 


Perjalanan saya buat duit dari rumah adalah bermula dari program affiliate. Jadi, jika anda mencari panduan-panduan yang boleh dirujuk, untuk mempromosikan produk-produk affiliate hingga berhasil untuk jadi duit, boleh baca perkongsian saya ini yang berjudul

Panduan buat duit dengan affiliate untuk orang yang baru bermula


Apa jadi lepas saya amalkan apa yang diajarkan dalam panduan tu?


Ini bukan cerita untuk buat anda syok. Ini kisah benar. Lepas saya mula amalkan apa yang diajar dalam kebanyakkan panduan-panduan buat duit dengan affiliate, barulah saya nampak... rupanya mudah sahaja nak buat duit dari rumah. 


Sertai sahaja program affiliate dan buat promosi seperti yang diajarkan.


The best part is, untuk join program affiliate mana ada kena bayar apa-apa. Penyertaan adalah percuma dan bila ada hasil, saya pulak yang akan menerima bayaran. 


Kaedah ini dah tentu sekali sangat berbeza dengan lain-lain kaedah buat duit dari rumah yang ada kat luar sana. Kadang-kadang saya jadi tension pun ada, sebabnya peluang-peluang buat duit yang ada kat luar sana tu bercampur aduk antara yang betul-betul boleh buat duit dengan yang menipu. 


Ada peluang buat duit yang nampak macam real, tetapi bila kita dah join, sama ada kita tak menerima sebarang bayaran ataupun kita yang kena bayar pada company. 


Bukan itu sahaja, dah la kita yang kena bayar pada company, lepas tu kita jugak yang kena buat kerja untuk company. Kena cari orang untuk join company dan tambahkan lagi profit company tu.


Sebab tu saya mulakan cerita ni dengan "beli panduan." 


Untuk sesetengah orang, mereka merasakan yang mereka dah tau semua perkara tentang buat duit dari rumah. Kalau anda memang dah ada pengalaman, atau mempunyai kenalan yang memang berjaya buat duit hanya dari rumah, itu tak apa. 


Tetapi untuk orang yang memang langsung tak tau apa-apa tentang selok belok buat duit dari rumah... tolonglah jangan nak memandai-mandai. Dapatkan panduan, dan belajar dari panduan yang anda beli tu. 


Memanglah, beli panduan nampak macam satu kerugian. Sebab ada kos kan yang perlu ditanggung. 


Harga panduan yang bagus pulak adalah dari sekitar RM50 - RM100.... 


Mahal... kan? Tetapi sebenarnya, ilmu dari panduan itulah nanti yang akan membantu anda buat duit yang dua atau tiga kali ganda lagi banyak dari itu.


Masih tak pasti nak beli ke tak? 


Ok tak apa, cuba fahami betul-betul apa yang ditawarkan oleh panduan jobdirumah ini. Jika sesuai untuk anda baru beli. Kalau tak sesuati, jangan beli ya. 

  

 


 

Wednesday, October 28, 2015

Contoh BAYARAN yang akan diterima apabila bekerja dari rumah


Hari ini saya nak kongsikan kepada pembaca dan pelawat laman blog sekalian mengenai bayaran yang bakal anda terima apabila memilih untuk bekerja dari rumah. 


Sudah tentu bila kita bekerja, kita nak kan hasil ataupun upah daripada pekerjaan yang kita buat tu. 


Tak ada lagi orang yang sanggup nak bekerja tanpa ada sebarang bayaran. Melainkan kalau anda memang orang yang suka lakukan kerja-kerja kebajikan. Maka itu lain cerita. 


Dalam konteks perbincangan kita dalam blog ini, kita nak bekerja dari rumah dan menerima bayaran atas usaha keras kita.


Saya nak kongsikan kepada anda, salah satu bentuk pembayaran yang bakal anda terima sekiranya anda join saya untuk bekerja menerusi platform jobdirumah. Lihat screenshot dibawah: 

http://www.sabreehussin.com/jobdirumah

Seperti yang anda boleh lihat, bayaran ini adalah dalam bentuk komisyen. Saya terima emel pemberitahuan ini kira-kira dua hari yang lalu pada waktu catatan ini saya hasilkan. 


Komisyen ini saya perolehi kerana salah satu daripada artikel promosi yang saya tulis di laman web dan blog yang saya hasilkan telah berjaya convert kepada jualan. 


Pihak Kliks Solution iaitu penyedia program latihan jobdirumah telah menerima pelanggan baru hasil daripada artikel-artikel advertorial yang saya hasilkan dan terbitkan sebelum ini. 


Bayarannya adalah sebanyak RM25


Buat kerja sekali tetapi DIBAYAR BERKALI-KALI

Saya lebih gemar cara kerja seperti ini... berbanding dengan buat kerja sekali namun hanya dibayar sekali sahaja. 


Di member area jobdirumah, anda boleh pilih pekerjaan jenis data entry, yang mana jika anda memilih untuk bekerja sebagai data entry, anda hanya akan dibayar apabila kerja tersebut siap. 


Bayaran upah hanya sekali sahaja. 


Saya tak berapa suka kerja yang macam tu. Pada saya, saya lebih suka kalau hasil kerja yang saya buat, saya boleh dapat hasil berulang-ulang kali. 


Contohnya macam kerja-kerja penulisan artikel promosi dan diterbitkan di laman web saya sendiri. 


Selagi artikel promosi yang saya hasilkan tu masih lagi dibaca dan menerima pelawat, selagi itu saya ada peluang untuk buat duit. 


Pernah juga saya alami, satu artikel simple yang saya hasilkan berjaya hasilkan sehingga 2 atau 3 komisyen tanpa saya ada buat sebarang aktiviti promosi tambahan. 


Jika anda juga minat nak buat duit dengan cara ini, saya amat alu-alukan. 


Sebaik-baiknya anda dapatkan dulu panduan jobdirumah ini sebelum anda terus nak buat promosi. Bukan apa, ini akan jadikan kerja-kerja promosi anda jadi lagi mudah. Nanti bila orang tanya pasal produk ini, at least anda tahu apa yang perlu dijawab. 


Boleh dapatkan disini. 


Lepas ni, apa lagi? Kumpul la banyak-banyak komisyen!  


 

Friday, October 23, 2015

Bekerja dari rumah sebagai ejen affiliate atau ejen syarikat MLM?

http://www.sabreehussin.com/senarai-produk-shaklee

Kenapa orang bekerja? Atau mungkin soalan yang sebenarnya ialah kenapa orang perlu cari duit? 


Serkap jarang. 


Sebab dia tak ada duit! Simple. Kalau dia dah ada duit, dalam jumlah yang banyak pulak tu, tak perlulah dia susah payah nak cari duit lagi. Dia boleh enjoy semua duit-duit yang dia ada. 


Tapi situasi seperti ini tak berlaku kebiasaannya. Malahan zaman sekarang ni, orang terpaksa buat dua atau tiga kerja semata-mata untuk mencukupkan duit untuk perbelanjaan harian. 


Untungnya kita kat Malaysia ni ialah, kita ada kerajaan yang BIJAK untuk push rakyatnya untuk bekerja lebih dan pada masa yang sama mengajar kita untuk bersyukur. 


Siang hari kita bekerja di pejabat. Bila balik rumah, kita kena bekerja pula dari rumah.


Peluang bekerja dari rumah selalunya dikaitkan dengan bisnes berorientasikan MLM. Kita perlu cari pelanggan dan pada masa yang sama, untuk mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan, kita perlu melatih pelanggan yang berjaya kita perolehi itu tadi untuk lakukan perkara yang sama macam yang kita buat. 


Tak ada masalah dengan konsep bisnes MLM asalkan caranya betul dan ikuti apa yang digariskan dalam syariat Islam. 


Masalah adalah tentang MODAL. Kerana apabila kita nak bekerja dari rumah menerusi platform syarikat MLM, kita kena sediakan modal dalam jumlah tertentu mengikut pakej yang kita ingin sertai. 


Sebenarnya, sebagai alternatif kita masih lagi boleh buat duit tanpa perlu terlibat dengan mana-mana syarikat MLM, walaupun kita masih lagi mempromosikan produk-produk syarikat MLM itu tadi. 


Hai... pening ke? 


Kalau cara biasa, kita kena join sebagai ahli. Keluar modal untuk dapatkan pakej-pakej tertentu, kemudian barulah kita boleh mula mempromosikan produk syarikat tersebut. Inilah konsep yang biasa diamalkan oleh syarikat MLM.... yang mana bagi mereka, ejen juga adalah seorang pengguna. 


Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep ejen affiliate. 


Saya boleh mempromosikan sebarang produk tanpa perlu saya sertai syarikat tersebut sebagai ahli. 


Dalam contoh ini, saya ingin bawakan contoh Shaklee. Nama shaklee memang tak asing lagi, dan saya percaya ramai juga golongan ibu yang menjual produk Shaklee secara part time hanya dari rumah.


Tak kiralah sama ada promosi secara offline ataupun promosi secara online. 


Baru-baru ini, saya temui kaedah untuk buat duit dengan Shaklee tanpa perlu jadi ahli pun.


Bagaimana? 


Mudah sahaja. 


Jadi ejen affiliate. Tak semestinya jadi ejen affiliate kepada syarikat Shaklee itu sendiri, tetapi boleh juga jadi ejen affiliate bagi mana-mana individu yang menganjurkan program ini. 




... dan jika anda buat belian disitu, saya akan dapat sedikit komisyen daripada pembelian anda tu nanti. 


Method sahaja yang berbeza. 


Namun kedua-duanya adalah untuk tujuan yang sama. 


Ya


Kita nak buat duit tambahan hanya dengan bekerja dari rumah. 


Jika anda nak baca lebih mendalam tentang konsep bekerja dari rumah, boleh baca perkongsian saya ini. Klik sini. 




 


 

Thursday, October 22, 2015

Kerjaya sebagai penulis iklan advertorial untuk Lazada


Anda pernah dengar kerjaya sebagai penulis iklan advertorial? 


Kalau tak pernah dengar ataupun ini merupakan kali pertama anda dengar tentang kerjaya ini, kali ini saya nak cerita tentang kerjaya tersebut. 


Ya untuk dua atau tiga bulan kebelakang ni, saya bergiat secara aktif untuk menjadi penulis iklan bagi pemilik-pemilik perniagaan yang ingin mengembangkan perniagaan masing-masing dan ingin memperkenalkan perniagaan mereka ke satu peringkat yang lebih baik.


Satu persamaan bagi orang yang berniaga atau bekerja sendiri ini ialah, mereka selalu tak ada masa. 


Pertama, mereka tak ada masa nak menulis tentang perniagaan mereka sendiri. 


Kedua, mereka tak pandai nak hasilkan satu cerita yang menarik tentang perniagaan mereka sendiri. Untuk belajar cara menulis dengan baik.... sekali lagi, mereka terpaksa akur, bahawa mereka memang tak ada masa nak buat semua benda ni. 


Mereka terpaksa terima hakikat ini. Mahu ataupun tidak, mereka terpaksa dapatkan khidmat individu seperti saya untuk bantu mereka menghasilkan penulisan untuk mewar-warkan perniagaan mereka.


Pada mulanya, saya agak berat hati nak tawarkan servis sebegini. Selepas lama fikir... akhirnya saya come out with this decision. Why not...


Lagipun, saya buat semua ni bukannya secara percuma. 


Anda boleh lihat di laman web ini, berapa caj yang saya kenakan untuk dapatkan perkhidmatan menulis artikel advertorial dari saya. Ianya tidaklah semahal mana... itu pun kalau anda bijak menilai manfaat yang bakal anda perolehi di masa akan datang. 


Baiklah... apa saya buat ketika saya tak ambil sebarang tempahan untuk menulis artikel advertorial bagi pihak klien? 


He he ini projek yang saya berikan keutamaan yang serius. 


Saya fokus untuk jadi penulis artikel advertorial bagi laman web Lazada.


Anda tak pernah tengok laman web Lazada ke? Boleh klik sini untuk lihat laman web Lazada.


Saya melihat, dari laman web ini terdapat terlalu banyak peluang untuk saya latih skil penulisan saya. 


Ada pelbagai produk dari pelbagai genre yang saya boleh jadikan sebagai target practice.


Bagaimana saya nak tau, sama ada saya telah berjaya sebagai penulis artikel iklan advertorial? 


Jawapannya adalah ketika saya berjaya menghasilkan jualan. 


Di saat ini, saya sedang mengumpul jualan di Lazada. Jumlahnya masih belum cukup banyak, namun hasil yang diperolehi sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati saya. 


Sebab saya percaya, lagi banyak saya practice, lagi tinggi peluang untuk saya jana pendapatan. 


Semua ini boleh dilakukan hanya dari rumah. 


Setidak-tidaknya saya dapat lihat, program jobdirumah yang saya join sebelum ni, melatih saya untuk jadi lebih kreatif untuk buat duit dari rumah. 


Anda pun patutnya boleh jadi macam saya. Oh sepatutnya anda boleh jadi lagi hebat dari saya! Itu baru betul. 



    


 

 

Monday, October 19, 2015

Bekerja untuk pihak Lazada hanya dari rumah


Adakah anda biasa dengar nama Lazada?  (kalau tak tau apa tu Lazada, ni laman web Lazada)


Bermula bulan Ogos 2015 yang lepas kalau tak silap saya, saya ada daftar untuk jadi ejen bagi laman web Lazada. 


Kerjanya mudah sahaja dan yang paling bestnya, ia boleh dilakukan hanya dari rumah. Kiranya, ia masih lagi menepati kritiria dan syarat yang saya mahukan iaitu nak bekerja hanya dari rumah.


Jadi bila saya tahu, Lazada ada bukak peluang dan tawaran macam ni, apa lagi saya pun terus mendaftar di laman web Lazada. Untuk jadi ejen dah semestinya. 


Dari segi bayaran, lazimnya saya akan dibayar apabila terdapat jualan yang berjaya saya hasilkan daripada hasil promosi yang saya jalankan. 


Komisyen dia mungkin tak ada la besar mana, namun bagi saya ia sudah cukup baik daripada langsung tak ada komisyen. 


Komisyen adalah sekitar 6% - 12%.


Tetapi kebanyakkan yang saya nampak, komisyen yang ditawarkan ialah 9%. 


Kalau barang yang berjaya kita jual tu barang yang murah-murah, maka murah dan sikitlah komisyen yang berjaya kita hasilkan. Tetapi, kalau barang yang kita dapat jual tu mahal harganya, maka komisyen dia pun akan jadi lagi tinggi. 


Contohnya, kalau ada yang beli produk Hisense 85" Ultra HD 3D LED Smart TV 85T910UAD ni misalnya.


Harganya pada waktu catatan ni dibuat ialah RM25,999 dan kalau ada yang beli melalui link saya tu tadi, komisyen yang saya akan dapat ialah sekitar RM1,500++ 


Hanya untuk satu jualan


Saya tak perlu nak uruskan tempahan pun


Pada masa yang sama, saya masih boleh kekalkan corak dan cara kerja saya, iaitu fokus pada penulisan artikel iklan. 


Cuma kalau saya dapatkan job berbayar dari laman web Jobdirumah, mungkin saya akan dibayar untuk setiap artikel yang berjaya saya siapkan dan terbitkan. 


Kali ini, saya hanya akan dibayar untuk setiap jualan yang berjaya dihasilkan. 


Sebenarnya pada saya mana-mana pun sama. Kedua-dua kaedah ini yang membezakan hanyalah bagaimana saya akan dibayar. 


Itu sahaja. 


Apa yang lebih penting, saya dibayar. Itu yang lebih utama. 
 

Tetapi, dari segi asasnya, kalau nak belajar macam mana nak buat duit hanya dari rumah, bolehlah muat turun panduan jobdirumah ni.


Lepas ni, bila anda dah mahir, dah terer pasti anda akan dapat lihat ada banyak lagi sebenarnya peluang-peluang dan lubang-lubang untuk tambahkan pendapatan hanya dengan bekerja dari rumah sahaja. 


     

 

Sunday, October 18, 2015

Bekerja dari rumah dengan jobdirumah bukan berniaga dari rumah


Ramai yang keliru, apabila kali pertama mendengar tentang peluang buat duit dengan pihak Jobdirumah. Walaupun keliru, perasaan teruja dan ingin tahu itu tetap ada jugak. 


Adakah apa yang ditawarkan oleh pihak jobdirumah ni sebenarnya sama sahaja dengan lain-lain laman web yang menjanjikan peluang pekerjaan, tetapi akhirnya kesudahannya hanya akan berasa tertipu semata-mata. 


Ini lah yang biasa akan jadi kalau kita tak sanggup nak membaca. Maklumlah, kalau kita lihat di laman web jobdirumah itu sendiri, memang agak panjang penerangan yang diberikan. Kalau tak baca dengan tekun, memang kesudahannya kita tak akan faham. 


Majoriti hanya berminat dengan jawapan bagi persoalan, "macam mana proses buat duit dengan jobdirumah?" 


Berbanding untuk meluangkan masa untuk fahami betul-betul, apa sebenarnya yang bakal dan perlu dilakukan sebelum boleh buat duit dengan jobdirumah.


Sebenarnya, laman web jobdirumah ini menawarkan modul pembelajaran untuk menerangkan dan melatih anda untuk bekerja dari rumah. 


Orang kata, bekerja dari rumah sekarang ni adalah suatu trend. Pada saya, ia bukannya satu trend, sebaliknya adalah satu keperluan. Lebih-lebih lagi buat mereka yang pendapatan masih lagi tak cukup jika nak bandingkan dengan perbelanjaan. 


Jadi kat sini, sebagai menjawab persoalan sesetengah pihak yang masih lagi belum jelas, jika anda ingin bekerja dari rumah menerusi platform yang disediakan oleh pihak jobdirumah, anda tak perlu jual apa-apa barang. 


Program jobdirumah itu sendiri sebenarnya adalah program latihan yang menyediakan anda modul-modul pembelajaran untuk bekerja dari rumah. 


Anda join pihak jobdirumah, seterusnya anda akan dapat akses kepada material pembelajaran. 


Langkah seterusnya adalah untuk anda ambil tindakan dan buat seperti yang diajarkan.


Selepas anda dah mahir, dan dah benar-benar faham bagaimana cara bekerja dari rumah yang sebenarnya, barulah anda apply untuk dapatkan pekerjaan. 


Sama ada anda nak bekerja sebagai penterjemah, tukang semak ejaan (proof read), data entry dan sebagainya. Ia terpulang kepada anda. Pihak jobdirumah telahpun berikan latihan dan bimbingan, cuma terpulang pada anda untuk ikut ataupun tidak tunjuk ajar dari mereka. 


Adakah perlu buat sebarang jualan? 


Sebenarnya konsep cari pekerjaan secara online tak banyak beza dengan cari kerja offline. ANDA TETAP PERLU ADA KEMAHIRAN MENJUAL. 


Anda menjual kemahiran dan kepakaran anda. Bakal majikan perlu lihat diri anda adalah seorang yang benar-benar ada skil dan kepakaran untuk menyiapkan suatu tugasan, barulah anda akan diterima bekerja. 


Jangan fikir, kerja dari rumah ini seperti "anda rasa nak kerja, anda kerja, kalau tak nak boleh blah..." 


Ini pekerjaan yang serius. Kalau saya jadi majikan, saya juga tak mahu upah pekerja yang macam tu. 


Kemahiran jualan, jika tak banyak at least sedikit perlu ada. Sekurang-kurangnya, anda perlu tahu, macam mana nak hasilkan online resume dan profil yang buatkan bakal majikan tak teragak-agak untuk ambik orang macam anda untuk bekerja. 


Nak tau macam mana tips dia? Nantilah saya ceritakan. Kalau nak penerangan yang lebih padat dan lengkap, dapatkan sahaja disini. 



 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...