Panduan jobdirumah yang akan menerangkan dan memberi penjelasan selok belok tentang cara bekerja hanya dari rumah
Thursday, November 12, 2015
Bersikap TERBUKA dengan peluang-peluang kerja dari rumah
Sepanjang saya bekerja dari rumah, saya dapati tindakan untuk terlalu memilih pekerjaan adalah sesuatu yang boleh makan diri.
... dan ya, konsep ini juga sebenarnya tak jauh beza dengan bila kita ingin bekerja dengan mana-mana syarikat dalam mana-mana industri di luar sana.
"Jangan terlalu memilih kerja."
Nasihat seperti ini akan kita berikan kepada graduan yang masih belum berjaya untuk mendapat sebarang pekerjaan.
Sebenarnya nasihat yang sama juga terpakai untuk mereka yang merancang untuk bekerja dari rumah.
Baiklah, dari pemerhatian saya, adalah tidak wajar jika anda hanya ingin fokus pada satu bidang kerja semata-mata jika anda ingin bekerja dari rumah.
Situasinya begini, ada ketikanya, sesuatu pekerjaan tu kita boleh siapkan dalam masa yang cukup pantas. Boleh jadi, dalam masa dua jam dah boleh siap satu tugasan. Saya ambil contoh jika job menulis artikel misalnya.
Masa yang saya perlukan untuk tujuan research biasanya adalah sekitar 1 jam.
Kemudian, bila saya dah ada semua bahan yang diperlukan, saya akan peruntukkan lagi 2 jam untuk menghasilkan satu artikel. Dua jam ini termasuk proses untuk edit artikel.
Nah... dalam masa 2 - 3 jam siap satu tugasan. Namun begitu, jika hanya mengharap pada satu bidang kerja ni sahaja, sedangkan kita ada masa kerja yang begitu panjang, maknanya kita telah pun mensia-siakan masa yang kita ada.
Maka atas sebab itu, saya akan pelbagaikan lagi dengan lakukan tugasan-tugasan lain.
Baru-baru ini saya menerima satu lagi tugasan baru untuk menjadi ejen promosi bagi syarikat Telco OneXOX menerusi kumpulan OneXOX Center.
Anda boleh klik sini untuk lihat laman web syarikat.
Tugasannya tidak sesukar mana, dan kebetulan saya sendiri ada pengalaman mempromosikan produk-produk dalam bisnes telekomunikasi khususnya produk simkad.
Cara kerjanya SAMA sahaja.
Apakah peluang kerja dari rumah yang TERBAIK?
Soalan ini pastinya pernah ditanyakan hampir semua orang yang berhasrat untuk bekerja dari rumah.
Sebenarnya... peluang kerja dari rumah yang TERBAIK adalah pekerjaan yang anda sendiri MAHU LAKUKAN.
Saya boleh cadangkan macam-macam peluang kerja, antaranya
1. Jobdirumah
2. Affiliate program
3. Bisnes Emas PowerGold
4. Tone Excel
5. OneXOX
... dan banyak lagi.
Namun kalau anda sendiri tak sudi dan tak mahu lakukan atas sebab-sebab tertentu yang anda seorang sahaja yang tahu, maka ianya akan kekal sebagai senaraian yang tak membawa sebarang erti bagi anda.
Bersikap TERBUKA dengan peluang-peluang yang ada di sekeliling kita
Saya percaya, dewasa ini tak ada siapa yang akan bantu ubah nasib kita jika kita sendiri tak ambil tindakan untuk ubah nasib kita sendiri.
Nak harap pada kerajaan?
Maaflah. Saya tak nak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, sebabnya kerajaan yang sama ini lah yang telah mengkucar-kacirkan keadaan kewangan saya sejak 1 April 2015.
Bermula dengan perlaksanaan GST, kenaikkan harga minyak, penghapusan subsidi minyak, kenaikkan harga tol dan macam-macam lagi.
Malahan, dalam pembentangan bajet untuk belanjawan 2016, golongan sasar yang disebutkan rata-rata adalah mereka yang sama ada bekerja dengan kerajaan, ataupun bekerja dengan syarikat swasta.
Seolah-olah menidakkan golongan freelancer yang bekerja sendiri hanya dari rumah seperti saya.
Jadi, nak atau tidak, kenalah jadi lebih radikal dan rebut seberapa banyak peluang-peluang untuk buat duit yang ada di depan mata. Tak mahu lagi terlalu berharap pada keajaiban kerana saya percaya, jika nak berjaya bekerja hanya dari rumah, kita sendiri yang kena cipta keajaiban tu.
... walaupun ada ketikanya, kita sendiri meragui kemampuan diri kita sendiri.
Anggap setiap projek sebagai klien yang berbeza
Ini yang saya amalkan. Setiap projek mewakili klien yang berbeza, dan asalkan kita buat kerja dan berjaya accomplish apa yang di syaratkan oleh klien, kita pasti akan dapat habuannya.
Tak kiralah sama ada ia datangnya dari syarikat emas, syarikat telco, mahupun orang persendirian. Ambil sahaja peluang yang mendatang tanpa sikap prejudis. Asalkan kita sendiri tau apa kemampuan diri kita.
Sistem 1 Majikan?
Secara peribadi, saya kurang yakin dengan sistem 1 majikan sahaja, jika kita ingin bina pendapatan dan mewujudkan portfolio kewangan yang benar-benar kukuh.
Lihat sahaja golongan-golongan yang kaya dan berjaya kat Malaysia ni.
Sama ada mereka ni ahli politik ataupun ahli perniagaan.
Saya perhatikan, mereka ni rata-rata jadi ahli lembaga pengarah di dua atau tiga syarikat yang berbeza dalam satu-satu masa. Mereka juga menjadi penasihat dalam dua atau tiga syarikat.
Ada yang mempunyai syarikat sendiri.
TETAPI...
Bila sampai golongan orang bawahan macam saya, tiba-tiba syarikat mensyaratkan saya hanya boleh kerja dalam satu syarikat sahaja?! Ini adalah tindakan paling bodoh yang saya percaya, tak ada yang akan jadi kaya kalau jadi kuli hanya untuk satu syarikat semata-mata.
Kalau ada yang berjaya jadi kaya sekalipun, bilangannya entah hanya ada berapa orang sahaja.
Anda masih ingin bekerja dari rumah?
Sekiranya anda masih percayakan kemampuan diri anda untuk bekerja dari rumah, tahniah saya ucapkan. Anda memang KUAT.
Walaupun saya katakan, kena bersikap terbuka, namun pada masa yang sama, kita juga perlu bijak mentafsir peluang yang datang.
Bukannya semua peluang kita patut ambil, dan bukannya semua cabaran itu tak bagus.
After all, peluang kerja dari rumah yang TERBAIK ialah, pekerjaan yang kita sanggup dan sudi untuk lakukan.
Jika anda juga sanggup untuk jadi ejen bagi syarikat telco yang mempromosikan simkad murah, RM10 jer... maka bolehlah sertai team saya. Boleh klik sini untuk daftar secara percuma sahaja dulu.
Ok la, saya ada kerja lain nak kena buat.
Selamat mencuba, dan semoga anda berjaya.
Tindakan anda hari ini, In Shaa Allah dapat bantu anda menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.
Tuesday, November 10, 2015
Bahagian PALING SUSAH apabila merancang untuk bekerja dari rumah
Apa yang terlintas di fikiran anda bila topik tentang bekerja dari rumah diperkatakan? Apa yang anda bayangkan? Apa perkara pertama yang bermain dalam fikiran anda?
Bekerja dari rumah sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil.
Saya akan katakan ianya sedikit mencabar. Cabarannya juga tak kurang hebatnya berbanding apabila anda bekerja di pejabat. Jika anda menyangka, kerja dari rumah adalah lebih SENANG berbanding apabila anda bekerja di pejabat, think again.
Anda mungkin bercakap secara serkap jarang sahaja, ataupun sebenarnya anda bercakap berdasarkan teori semata-mata dan tak mempunyai pengalaman bekerja dari rumah. Jadi kali ini, mari saya nak kongsikan beberapa perkara tentang bekerja dari rumah yang mungkin agak jarang dibincangkan.
Apa dia perkara paling SUSAH dan MENCABAR apabila ingin bekerja dari rumah?
Bagaimana cara anda menangani gangguan di tempat kerja?
Apabila bekerja di pejabat misalnya, gangguan boleh jadi dalam bentuk rakan sekerja yang ajak bersembang atau bergosip, bos yang asyik bagi tugasan yang adakalanya bercampur aduk dengan hal kerja dan peribadi, bunyi deringan telefon yang tak henti-henti dan sebagainya.
Apabila bekerja dari rumah gangguannya sedikit berbeza.
Antaranya...
Anak-anak
Anak-anak pasti adalah insan paling gembira melihat ibu atau bapa sentiasa berada di rumah untuk melayan kerenahnya.
Kadang-kadang, mereka ni tak faham, masa yang kita ada dirumah, bukan semuanya untuk kita berseronok dan bermain dengan mereka semata-mata. Terdapat pembahagian masa untuk kita bermain dan untuk bekerja.
Anak-anak yang masih belum faham, akan ganggu fokus kita untuk bekerja.
Ahli keluarga
Ibu, ayah, mak mertua, ayah mertua, pak cik, mak cik dan sebagainya...
Mereka ni pun sama. Ada antara mereka yang tak faham kerja kita dan tak pernah cuba nak memahami apa yang kita buat. Mereka lihat, orang yang bekerja dari rumah sebagai individu yang menganggur dan tak bekerja.
Hanya mengharapkan orang lain untuk cari duit bagi pihak mereka.
Cabarannya kat sini ialah untuk berhadapan dengan mereka. Sekali mereka anggap yang kita sebagai "tak bekerja", memang agak susah nak perbetulkan mind set mereka.
Apa yang saya dapat katakan, mentaliti masyarakat kita masih lagi anggap bekerja sebagai "keluar dari rumah pada waktu pagi dan pulang ke rumah waktu petang."
TV
Bahaya. Jika anda buat kerja sambil TV terpasang, itu memang bahaya. Lagi-lagi kalau anda pasang channel yang menyiarkan rancangan-rancangan kegemaran anda.
Macam saya sendiri, saya suka pasang channel FOX saluran 724. Memang agak susah nak fokus, lebih-lebih lagi kalau pada waktu tu cerita-cerita kegemaran saya sedang di siarkan.
Bekerja dari rumah kena fokus pada bekerja
Masalah ramai orang yang baru nak mula bekerja dari rumah ialah mereka gagal untuk fokus pada perkara yang sepatutnya.
Contohnya, bila ditanya pada seseorang itu kenapa nak bekerja dari rumah?
Jawapannya yang bakal diperoleh mungkin adalah seperti
1. Sebab tak nak di kongkong oleh bos
2. Sebab nak ada waktu bekerja sendiri
3. Supaya senang nak ambil cuti pada bila-bila masa
4. Mudah nak jaga anak-anak
5. Dapat jimatkan kos-kos dan perbelanjaan seperti transport, minyak dan sebagainya
Namun hakikatnya, tak ada satu pun daripada perkara tersebut ada kena mengena dengan perkataan bekerja.
Hakikat sebenarnya, bekerja dari rumah memerlukan anda untuk BEKERJA. Bukannya fokus pada cuti, masa untuk diri sendiri, masa untuk bersama anak-anak dan sebagainya.
Jika anda terlalu fokus pada hal-hal yang langsung tak ada kaitan dengan bekerja, maka akhirnya anda akan gagal bekerja dari rumah. Ia akan jadi, tidak bekerja langsung walaupun pada ketika itu anda telah pun berada di rumah.
Gagal menyediakan rancangan persediaan bekerja
Apa yang anda ingin capai pada satu-satu masa?
Adakah anda ingin dapatkan 10 orang pelanggan untuk menjadi pelanggan anda di powergold dalam masa 30 hari?
Adakah anda ingin mendapatkan sekurang-kurangnya 20 sales untuk produk panduan jobdirumah?
Adakah anda ingin dapatkan 30 tempahan advertorial?
Mereka yang gagal untuk merancang, tanpa sedar sebenarnya sedang merancang untuk gagal.
Bekerja dari rumah bukannya something yang kita bangun dari tidur terus bekerja dan cukup masa terus dapat bayaran. No. Bukan macam tu.
Ia merupakan satu aktiviti terancang dan penuh dengan strategi. Barulah peluang untuk dapat income itu jadi lebih cerah.
Pecahkan perancangan kepada untuk dalam masa 30 hari, 7 hari dan juga daily planning. Setiap hari perlu accomplish sesuatu yang baru.
Selesaikan isu FOKUS
Apabila bekerja dari rumah, akan ada banyak gangguan dan peluang yang akan muncul didepan mata kita.
Ingat ini...
Bukan semua gangguan yang datang itu buruk, dan bukan semua peluang kita kena ambil. Apa yang lebih penting sekali ialah, adakah anda mempunyai rancangan?
Kadang-kadang peluang yang datang itu sebenarnya lebih baik ia dibiarkan berlalu pergi.
Fokus sahaja pada satu perkara yang anda sedang usahakan.
Kuasa fokus itu lebih kuat sebenarnya apabila anda tahu bagaimana nak menggunakannya.
Jika anda tak tau, kat mana nak mula bila nak bekerja dari rumah, cadangan saya, mulakan dengan dapatkan panduan jobdirumah ini.
Labels:
bekerja dari rumah,
buat duit dengan jobdirumah,
buat duit hanya dari rumah,
panduan jobdirumah
Sunday, November 8, 2015
Terima bayaran komisyen berjumlah RM25 dari Jobdirumah
Baru-baru ni, pihak Jobdirumah telah pun membuat pembayaran komisyen sebanyak RM25 kepada saya. Bayaran ini adalah upah ataupun komisyen kerana telah membantu pihak Jobdirumah mendapatkan pelanggan baru yang berminat untuk menyertai program latihan bekerja dari rumah menerusi Panduan Jobdirumah.
Ini dia bukti bayaran yang diterima
Saya juga ada tulis tentang bayaran komisyen ini di laman web ini.
Bayaran komisyen yang saya terima ini adalah untuk usaha promosi yang saya jalankan pada bulan Oktober 2015.
Sebab itu pihak Kliks Solution tulis kat situ JDR Oct2015.
Kiranya, sebarang hasil daripada aktiviti promosi yang dijalankan, komisyennya akan dibayar pada bulan seterusnya.
In Shaa Allah, doakan saya akan terima lagi bayaran komisyen seperti ini pada bulan-bulan yang akan datang ya.
Pihak jobdirumah menyediakan panduan yang akan memberikan anda pendedahan dan pengetahuan bagaimana nak buat duit sebagai seorang freelancer hanya dengan bekerja dari rumah saja.
Panduan ini sebenarnya telah pun dibeli oleh beribu-ribu orang.
Walaubagaimanapun, daripada ribuan orang yang dapatkan panduan ini, bukan semuanya yang ambil tindakan.
Justeru, tak hairanlah kalau bukan semua orang berjaya buat duit dengan program ini. Hanya yang bertindak sahaja yang biasanya akan dapat habuannya.
Jadi, jika anda ingin belajar macam mana nak buat duit di rumah, bolehlah dapatkan panduan Jobdirumah ini.
Selepas dapatkan, anda perlulah buat tindakan susulan. Ikut seperti yang diajarkan.
Ingat. Dapatkan panduan ini hanya apabila anda betul-betul serius nak bekerja. Bukannya dapatkan panduan ini untuk suka-suka atau sebab saja-saja nak belajar macam mana nak bekerja sebagai seorang freelancer.
Kalau cuma nak belajar pun boleh, tetapi dari segi benefit, amatlah sedikit faedahnya nanti. Kalau niat utama anda sekadar cuma nak tau, bukan sebab serius nak bekerja, ada baiknya anda tak perlu dapatkan panduan premium seperti ini.
Buat sahaja carian secara percuma di laman web google.
Apa pun, duit anda, semuanya terpulang pada anda. Kita cuma dapat kongsikan peluang kepada anda. Kalau anda sendiri tak mau nak bertindak, itu keputusan anda.
baiklah, dapatkan panduan ini disini ya.
Lepas ni In Shaa Allah, anda juga boleh buat duit hanya dari rumah.
Thursday, November 5, 2015
Bekerja dari rumah untuk PowerGold pulak
Kali ini saya dapat "majikan" ataupun projek baru untuk tambahkan pendapatan hanya dengan bekerja dari rumah.
Kena buat sales.
Bila ada sales maka akan ada la upahnya. Kerjanya pun tak susah mana. Tak susah terutama sekali untuk mereka-mereka yang ada basic dalam bidang pemasaran.
In Shaa Allah, segala ilmu-ilmu pemasaran yang saya belajar masa di Universiti dulu dapatlah saya amalkan.
Anda yang belum tahu apa itu powergold, boleh klik sini.
Bila dah faham, tak payah buang masa lama sangat, terus daftar sebagai ahli.
Ok la, nanti kita cerita lagi pasal powergold ni ya.
Tuesday, November 3, 2015
Contoh pendapatan dari Lazada: Hasil bila bekerja dari rumah
Tahukah anda, yang sebenarnya anda boleh bekerja hanya dari rumah untuk syarikat online Lazada?
Jawapannya MEMANG BOLEH.
... dan itulah yang saya praktikkan sepanjang beberapa bulan kebelakang ini. Saya mempelbagaikan lagi channel untuk saya tambahkan pendapatan. Salah satu channel pilihan saya ialah Lazada.
Ini laman web Lazada jika anda masih belum kenal lagi laman web Lazada.
Pada 1 November yang lepas, nampaknya salah satu daripada kempen pemasaran yang saya buat berjaya menghasilkan jualan.
Ini adalah screenshot pendapatan yang terhasil daripada Lazada.
Saya nak cerita sikit tentang jadual diatas ya.
Mula-mula sekali, ialah pada kolum TIME.
2015-11-01 tu adalah merujuk kepada tarikh berlakunya transaksi.
11:20:00 tu pula merujuk kepada waktu pukul berapa transaksi tersebut berlaku.
Seterusnya ialah kolum PAYOUT, ini adalah bayaran yang bakal saya terima. Untuk makluman anda, bayaran ini adalah dalam matawang USD.
Status tempahan ini masih lagi pending. Pihak Lazada akan ambil masa untuk tukarkan status kepada approved selepas beberapa hari. Biasanya selepas pelanggan terima produk yang ditempah dari laman web Lazada.
Inilah dia hasil daripada bekerja dari rumah mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web lazada.
Ianya tidak sesukar mana, namun pada masa yang sama, potensi pendapatannya juga tanpa had.
In Shaa Allah, jika buat dengan serius, boleh dapat hasil yang lebih banyak dari ini.
Doakan saya dapat buat duit lagi banyak dari laman web ini ye.
Labels:
bekerja dari rumah,
buat duit dengan jobdirumah,
buat duit hanya dari rumah,
jobdirumah,
review jobdirumah
Friday, October 30, 2015
Ziarah ke Kelantan! Kelebihan bekerja di rumah
Saya dapat berita yang kurang menggembirakan malam semalam.
Khabarnya nenek yang berada di kampung sedang sakit. Puncanya terjatuh dibilik air. Beliau dah pun dirujuk ke hospital berhampiran, tetapi doktor sendiri suruh dihantar pulang sahaja.
Ibaratnya seperti doktor tersebut ingin mengatakan
"Dah tak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan..."
Hari ini hari Jumaat. In Shaa Allah dalam masa beberapa jam atau mungkin beberapa minit lagi, saya akan bertolak ke Kelantan untuk ziarah nenek.
Satu keputusan yang bukannya mudah, lebih-lebih lagi kalau saya bekerja di syarikat swasta.
Perlu fikir nak kena ambil cuti, mungkin kena ambil Unpaid Leave. Oh gaji kena potong sebab cuti tanpa gaji.
Atau patut ke saya ambil MC? Masalahnya bukan saya yang sakit. Ambil MC disebabkan orang lain yang sakit, kan tak kena tu. Dah ada unsur-unsur penipuan pulak. Apa jadi dengan gaji yang bakal saya terima nanti? Berkat ke?
Jangan main-main soal keberkatan gaji ni tau. BAHAYA.
.
..
...
Mujurlah... saya bekerja hanya dari rumah. Secara teknikalnya, pada bila-bila masa saya boleh bercuti dan pergi ke mana sahaja yang saya suka.
Malahan, ketika saya sedang bercuti, saya mempunyai beberapa laman-laman web yang sedang bekerja untuk menghasilkan pendapatan untuk saya.
Ia perlukan kerja keras di peringkat permulaan!
Ya
Saya tak mahu anda salah anggap tentang bekerja dari rumah. Ia nampak lebih mudah hanya apabila anda telah melepasi peringkat permulaan.
Pada peringkat permulaan, ada sangat banyak yang perlu anda lakukan. Dari kerja-kerja remeh, hinggalah ke kerja-kerja yang penting.
Seperti saya, diperingkat permulaan saya perlu bangunkan banyak laman-laman web yang berpotensi untuk buat duit. Sama ada dalam matawang RM mahupun USD.
Ada yang ambil masa 3 bulan dah dapat hasil.
Ada yang ambil masa 6 bulan, 1 tahun dan ada juga laman web yang selepas 3 tahun baru saya dapat lihat hasilnya. Pendek kata, selain perlu kerja keras, saya juga perlu beri masa untuk melihat hasilnya.
Konsep bekerja dari rumah seperti ini pastinya tidak diceritakan dengan sangat details lebih-lebih lagi oleh para penipu di internet yang hanya minat nak dapatkan duit anda sahaja.
Mereka akan berikan gambaran bahawa buat duit di internet atau buat duit di rumah ini adalah semudah daftar dan buat kerja. Sebenarnya TIDAK. Ia lebih kompleks dari itu.
Melainkan anda tahu bagaimana caranya.
Dengan ilmu yang dibekalkan oleh Panduan Jobdirumah, saya pasti anda juga boleh survive dan boleh melalui fasa-fasa pertama dalam bekerja dari rumah.
Ok la, saya kena bersiap ni. Ada banyak lagi belum packing.
Doakan saya selamat dalam perjalanan pergi dan balik ya. In Shaa Allah, lepas ni nanti ada banyak lagi perkongsian yang saya boleh catatkan dalam ni.
Labels:
buat duit dengan jobdirumah,
buat duit hanya dari rumah,
jobdirumah,
panduan jobdirumah,
review jobdirumah
Thursday, October 29, 2015
Minat nak bekerja dari rumah tapi tak tau nak mula kat mana?
Adakah anda berminat nak buat duit hanya dengan bekerja dari rumah?
Adakah anda tak tau nak bermula dari mana?
Kalau anda menghadapi masalah yang sama, jom baca perkongsian saya ini. Dalam ini, saya ceritakan serba sedikit apa dia persediaan yang anda perlu lakukan untuk mula buat duit dengan hanya bekerja dari rumah.
Ya
Dalam post ini, saya akan rekemen anda untuk buat pembelian, namun ianya bukan satu perkara yang wajib. Jika anda rasakan apa yang saya rekemen mempunyai kegunaan untuk anda, barulah anda beli. Kalau rasa tak perlu, tak payah beli.
Just baca untuk tambah pengetahuan sahaja ya. Boleh? Ok? Deal?
Setiap orang yang terer buat duit hanya dari rumah sekarang ni, mereka semua juga bermula dengan tak tau apa-apa. Buat semua benda serba tak menjadi. Walaupun mereka tak rugi apa-apa, tetapi apa yang mereka usahakan langsung tak menjadi hasil.
Pada saya, rasa kecewanya lebih kurang sama je dengan RUGI sesuatu.
Jadi, untuk mengelakkan perkara yang sama asyik duk ulang-ulang je, buat keje tapi tak ada hasil, jadi nak atau tidak, kena belajar daripada orang yang memang tau, macam mana nak buat duit hanya dari rumah.
Tak mau lagi berteka teki, tak mau lagi nak serkap jarang, kononnya apa yang kita buat sekarang ni adalah benda yang betul.
Perjalanan saya buat duit dari rumah adalah bermula dari program affiliate. Jadi, jika anda mencari panduan-panduan yang boleh dirujuk, untuk mempromosikan produk-produk affiliate hingga berhasil untuk jadi duit, boleh baca perkongsian saya ini yang berjudul
Panduan buat duit dengan affiliate untuk orang yang baru bermula
Apa jadi lepas saya amalkan apa yang diajarkan dalam panduan tu?
Ini bukan cerita untuk buat anda syok. Ini kisah benar. Lepas saya mula amalkan apa yang diajar dalam kebanyakkan panduan-panduan buat duit dengan affiliate, barulah saya nampak... rupanya mudah sahaja nak buat duit dari rumah.
Sertai sahaja program affiliate dan buat promosi seperti yang diajarkan.
The best part is, untuk join program affiliate mana ada kena bayar apa-apa. Penyertaan adalah percuma dan bila ada hasil, saya pulak yang akan menerima bayaran.
Kaedah ini dah tentu sekali sangat berbeza dengan lain-lain kaedah buat duit dari rumah yang ada kat luar sana. Kadang-kadang saya jadi tension pun ada, sebabnya peluang-peluang buat duit yang ada kat luar sana tu bercampur aduk antara yang betul-betul boleh buat duit dengan yang menipu.
Ada peluang buat duit yang nampak macam real, tetapi bila kita dah join, sama ada kita tak menerima sebarang bayaran ataupun kita yang kena bayar pada company.
Bukan itu sahaja, dah la kita yang kena bayar pada company, lepas tu kita jugak yang kena buat kerja untuk company. Kena cari orang untuk join company dan tambahkan lagi profit company tu.
Sebab tu saya mulakan cerita ni dengan "beli panduan."
Untuk sesetengah orang, mereka merasakan yang mereka dah tau semua perkara tentang buat duit dari rumah. Kalau anda memang dah ada pengalaman, atau mempunyai kenalan yang memang berjaya buat duit hanya dari rumah, itu tak apa.
Tetapi untuk orang yang memang langsung tak tau apa-apa tentang selok belok buat duit dari rumah... tolonglah jangan nak memandai-mandai. Dapatkan panduan, dan belajar dari panduan yang anda beli tu.
Memanglah, beli panduan nampak macam satu kerugian. Sebab ada kos kan yang perlu ditanggung.
Harga panduan yang bagus pulak adalah dari sekitar RM50 - RM100....
Mahal... kan? Tetapi sebenarnya, ilmu dari panduan itulah nanti yang akan membantu anda buat duit yang dua atau tiga kali ganda lagi banyak dari itu.
Masih tak pasti nak beli ke tak?
Ok tak apa, cuba fahami betul-betul apa yang ditawarkan oleh panduan jobdirumah ini. Jika sesuai untuk anda baru beli. Kalau tak sesuati, jangan beli ya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


