Thursday, February 25, 2016

Komisyen Referral Tone Excel Februari 2016


Selain Jobdirumah, saya juga bergiat secara aktif untuk mempromosikan simkad Tone Excel


Bila saya kata promosikan secara aktif, tak ada la aktif sangat sampai setiap minggu mesti nak kena turun HQ, atau setiap kali ada kesempatan saya akan buka booth. Oh tidak-tidak. 


Saya rasa itu bukan style saya. Saya tak nak buat bisnes dengan cara yang menyusahkan. 


Bisnes Tone Excel ni saya buat secara sambilan dan saya promosikan secara online sahaja ya. Buat secara santai-santai dan relaks sahaja. 


Saya tak nak jadikan Tone Excel macam satu bebanan untuk saya. Saya nak buat dengan cara yang sesantai yang boleh. Biarlah tak banyak mana income macam orang lain, namun apa yang penting, saya ada masa nak buat lain-lain bisnes selain dari Tone Excel ni. 


Saya join Tone Excel pun di saat semua orang dah tahu apa itu Tone Excel. Bukannya pada waktu TE baru nak naik. Jadi, memang agak slow. Ditambah pulak sekarang ni pun ada banyak syarikat telco yang menggunapakai konsep pemasaran yang lebih kurang sama dengan TE. 


Baiklah, saya sebenarnya cuma nak update bayaran komisyen yang saya terima dari Tone Excel. 

 


Blog ni pada asalnya adalah berkisarkan tentang bekerja dari rumah. Memandangkan saya perhatikan yang bisnes Tone Excel ni pun sesuai untuk dijalankan hanya dari rumah, jadi saya rasa baik saya masukkan sekali cerita tentang Tone Excel kat dalam blog ni. 


Saya boleh buat, anda pun dah tentu boleh buat jugak. 


Baiklah, sasaran saya, In Shaa Allah nak dapatkan sekurang-kurangnya sebulan seorang downline sahaja. Dalam masa sebulan ada 30 hari, rasanya ini adalah satu sasaran yang munasabah, kan? 


Baiklah, untuk pengetahuan anda juga, ini adalah hasil usaha pemasaran secara online 100%. 


Saya menggunakan platform yang dibangunkan oleh Team Autodownline. Kalau anda nak tau apa itu team AutoDownline, baca post saya ni. 


Klik: Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine

Tak kan nak tengok je? 


... dan sampai bila anda nak tengok je? Jom la join saya, untung-untung anda juga yang akan dapat komisyennya. Bukan saya. 


Sistem yang cantik dah disediakan, tinggal anda manfaatkan sahaja sistem ini. 
 

Sambil-sambil buat Jobdirumah, buat jugak kerja lain. Dua-dua komisyen boleh dapat. 

 

Thursday, February 18, 2016

Terbukti! Bekerja dari rumah dengan Bookcafe juga boleh buat duit


Betul la kata Brian Tracy dalam buku beliau, The Psychology of Selling, jika kita bekerja dalam bidang jualan, selagi kita tak dapat sebarang sales, selagi tu kita tak sepatutnya mengalah. 


Masalah paling UTAMA buat jurujual amatur (macam saya ni la...) adalah terlalu cepat menyerah kalah. 


Baru kena reject dah rasa nak give up. 


Buat kerja-kerja pemasaran, tak berjaya untuk dapat sales, terus rasa nak berhenti. Semua ni SALAH. Kita patut fokus dengan apa yang kita mahukan dan terus berikan yang terbaik. 


Kalau apa yang terbaik kita berikan tu masih tak cukup, kita tambah lagi jadi banyak! 


Maka In Shaa Allah, di akhirnya pasti akan terbit komisyen-komisyen yang best dari usaha ini. 


Ini antaranya: 

 

Komisyen ini adalah sebagai isyarat, bahawan selagi kita percaya dengan apa yang kita buat, kita percaya dengan diri kita, kita percaya kita mampu mencapainya, GANJARANNYA PASTI ADA.


Ini hanya sebagai permulaan. 


Teringat saya satu ketika dulu, masa saya baru mula-mula nak buat Jobdirumah. Tahap kesusahannnya lebih kurang macam ni la. 


Sekarang ni Alhamdulillah. Setiap bulan boleh dapat income dari Jobdirumah. Kalau saya give up masa saya rasakan seolah-olah ianya terlalu sukar, mungkin sampai sekarang saya masih seorang yang tak punya apa-apa. 


Ok la. 


Hari ini, jobdirumah saya tetap buat macam biasa. 


Income dari bookcafe pulak adalah penambah perisa! 


Yummy! Sedap. 

 
 

Sunday, February 7, 2016

Bayaran Komisyen Sebanyak RM200 Dari Jobdirumah Bagi Bulan


Blog ni saya tulis untuk berkongsi kepada para pembaca sekalian yang masih lagi satu program yang boleh membantu kalian untuk buat duit dari rumah. Sama ada anda ingin memilih untuk bekerja dari rumah atau pun berniaga dari rumah.  


Kedua-dua cara ini, adalah cara yang proven untuk buat duit dari rumah. 


Ya, anda boleh buat duit sebagai seorang pelabur yang hanya menjalankan operasi dari rumah sahaja. Namun, bukan semua orang ada ilmu kewangan yang bagus untuk menjadi pelabur yang sentiasa dapat buat untung. 


Pasaran saham atau pasaran forex misalnya, adalah pasaran yang sangat bahaya dan anda berisiko untuk hilang duit daripada buat duit. Kalau anda cuma tau sikit-sikit, atau setakat cuma ada basic, kebarangkalian untuk anda hilang duit adalah sangat tinggi dalam pasaran yang saya sebutkan tu tadi. 


Berbeza halnya dengan bekerja dari rumah. 


Kita buat kerja. Siapkan kerja, hantar kepada majikan, dan terima bayaran. Itu sahaja. 


Ataupun kalau nak buat duit seperti seorang peniaga, begitu la lebih kurang kaedahnya. 


Fokus pada kerja-kerja pemasaran. Kalau takut rugi, guna sahaja kaedah pemasaran PERCUMA. 


Tulis blog. Kumpul prospek menggunakan sistem autoresponder dan sebagainya. 


Saya buat begitu, dan Alhamdulillah ini adalah hasilnyhttp://www.sabreehussin.com/apa-untungnya-dengan-menjadi-ahli-jobdirumah/a. 

 

Erm... tak ada rahsia, dan tak ada sebarang perkara ajaib yang saya lakukan. 


Saya join jobdirumah dan saya promosikan program ini kepada yang memerlukan panduan ini.  


Anda pun boleh lakukan. 


Klik sini sekarang untuk join jobdirumah. 





 

Friday, February 5, 2016

Program Affiliate dari Involve Asia membantu anda buat duit tambahan hanya dari rumah


Jana pendapatan tambahan yang lumayan setiap bulan selain daripada duit daripada gaji yang diberikan oleh majikan.... Ah... siapa yang tak syok? Dan siapa pulak yang tak mahu?


Nah... Sila buat pendaftaran menggunakan borang ini. Isi dengan selengkapnya, dan anda dah boleh mula jana pendapatan menerusi platform yang dibangunkan oleh pihak Involve Asia. 


 

Ini bukan satu penipuan atau program yang entah apa-apa. Ini adalah program affiliate. 


Dengan menyertai program ini, anda berpeluang untuk kuasai pasaran dengan menjual barang-barang yang memang ada banyak permintaan di laman web lazada, zalora dan sebagainya. 


Saya juga sedang giat mempromosikan produk-produk ni semua. In Shaa Allah, benda yang baik, kita kongsikan, supaya lepas ni lebih ramai yang boleh jana pendapatan tambahan. 


Saya tak kata ini adalah cara cepat untuk buat duit online pada tahun 2016 ni, namun dari pemerhatian saya, ini adalah cara yang memang berpotensi untuk bantu anda keluar dari masalah kewangan yang membelenggu dan menghimpit tu. 


Ok dah... 


Tak mau buang masa banyak sangat. Daftar sekarang sebagai ejen pemasaran Involve Asia disini dan mula buat duit online sekarang. 


Go promote something and make money now!


Saya sedang mengumpul komisyen sekarang. Ini bukti komisyen yang sedang meningkat naik di dashboard saya. Anda bila lagi? 

 


Friday, December 11, 2015

Terima bayaran komisyen sebanyak RM175 dari Jobdirumah


Untuk bulan Disember 2015 ni, Alhamdulilah, sekali lagi usaha saya melakukan kerja-kerja promosi untuk program Jobdirumah membuahkan hasil.


Buat eksperimen sana sikit. 


Buat eksperimen sini sikit. 


Facebook? Adalah satu laman media sosial yang saya akan lari jauh-jauh kalau saya nak promosikan program latihan ni. 


Saya mempunyai satu firasat yang mana kalau saya gunakan Facebook untuk promosikan program latihan Jobdirumah ni, belum tentu saya akan berjaya dapat sebarang hasil. Mungkin... satu sen pun tak akan berjaya dihasilkan. 


How about buat paid advertising? Pernah terfikir jugak, tapi cepat-cepat saya lupakan je semua tu. 


Tak nak la keluarkan sebarang modal untuk promosikan program ni. Saya prefer untuk guna cara tradisional untuk promosikan program ni... dan hasilnya... 

http://www.sabreehussin.com/komisyen-affiliate-jobdirumah-december-2015/


Hasilnya, pada bulan Disember ni, saya menerima bayaran sebanyak RM175


Kejayaan itu perlu diraikan. Tak kiralah walau sekecil manapun kejayaan tersebut. 


Paling penting, kena bersyukur. Moga-moga dengan mensyukuri nikmat yang dikurniakan ni, saya akan diberi ganjaran yang lebih banyak lagi di masa akan datang. 



Nak tips? 


Baca ebook ni dan fahamkan. Tanpa ada selindung-selindung.


Semua yang saya tau mengenai affiliate. Semua yang saya buat untuk jana pendapatan dengan program affiliate. Semua yang saya lakukan untuk buat duit, dah pun saya kongsikan dalam ebook tu. 


Baca, fahamkan dan buat.


Saya masih buat seperti mana yang saya kata saya buat, dan sebab itu, saya masih lagi terima bayaran untuk program-program affiliate yang saya sertai. 


Berkenaan dengan Jobdirumah pulak. Anda boleh klik sini kalau masih belum pernah baca.   




  

Thursday, December 10, 2015

Autoresponder PERCUMA dan berkualiti dari Malaysia


"Kalau nak bekerja dari rumah ni, perlu tak ada sistem autoresponder?" 


Tanya Syuib, seorang mekanik yang berminat nak bertukar profesion kepada seorang freelancer yang bekerja hanya dari rumah. 


Satu proses hijrah yang agak besar kalau tanyakan kat saya. 


Apa pun, sebelum nak jawab sama ada perlu atau tidak memiliki sistem autoresponder, ada baiknya kita fahamkan dulu apa sebenarnya kegunaan sistem autoresponder ni. 


Selagi kita masih belum faham, apa kegunaan sistem autoresponder ni, maka selagi tu la kita akan jadi berbelah bahagi sama ada nak guna sistem ni atau tidak. 


Baiklah, dalam post saya sebelum ni, saya pernah ceritakan serba sedikit mengenai kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada sistem autoresponder emelmatik. Anda boleh klik untuk baca ya. 


Sesuai dengan tajuk artikel pada kali ni, iaitu sistem autoresponder percuma dari Malaysia, jadi saya akan bincangkan perihal tentang sistem autoresponder emelmatik. 

http://sabreehussin.biz/kelebihan-dan-keistimewaan-sistem-autoresponder-emelmatik-yang-anda-mungkin-tak-sedar/



Buat masa ni, ini je la autoresponder yang kita boleh guna secara percuma.


Fungsi sistem autoresponder yang berguna untuk anda jika anda ingin bekerja dari rumah. 


Pertama, kumpul leads ataupun kumpul senarai nama prospek

Jika anda nak bertahan lama apabila bekerja dari rumah, anda perlu mula fikirkan cara bagaimana nak kumpul leads ataupun senarai prospek. 


Sama ada anda nak gunakan fungsi percuma yang disediakan oleh FB, iaitu FB Group ataupun guna sistem autoresponder. 

 
Pada saya, kedua-duanya ada kelebihannya yang tersendiri. Gabungkan sahaja kedua-duanya untuk hasil yang lebih menakjubkan. 
 

Kedua, sistem database 

Kini anda dah ada senarai nama dan alamat emel prospek. 


Dengan bantuan sistem autoresponder ni jugak, anda boleh asingkan nama-nama prospek ni mengikut jenis dan kategori. Ala-ala bina database gitu.


Contohnya, nama sekian sekian adalah database untuk penggemar kek coklat. Jadi, setiap kali kita nak promosikan produk yang ada kaitan tentang kek coklat, kita cuma promosikan kat database yang ni sahaja. 


Manakala untuk nama-nama lain, kita beri ia nama sebagai database perniagaan internet. Jadi, setiap kali ada offer-offer terbaru mengenai peluang untuk buat duit hanya dari rumah, kita hanya promosikan pada database ini sahaja. 


Dengan kaedah pengasingan ini, barulah kebarangkalian untuk kita berjaya dapat sales akan dipertingkatkan.  


Ketiga, boleh setup untuk hantar emel kepada prospek secara automatik 

Ada masanya kita tak akan sempat nak hantar emel kepada prospek kita satu per satu. Untuk peringkat awal, mungkin kita boleh buat. Tapi lama kelamaan, ianya adalah suatu yang agak mustahil. 


Bayangkan bila kita dah mula ada 5,000 orang prospek. Tak kan nak hantar 5,000 emel satu per satu kot...
 

Keempat, boleh hantar emel promosi pada bila-bila masa 

Ini fungsi yang paling best sekali. Sebab bila kita boleh hantar emel pada bila-bila masa secara pukal pulak tu, senang kita nak promosikan tawaran-tawaran baru terus ke inbox emel prospek kita. 


Kelima, boleh jadi sistem buat duit 

Orang putih kata, the money is on the list


Siapa yang ada banyak senarai emel, dia la yang paling tinggi peluang nak buat duit. 


...and some more, kalau anda nak tau, emelmatik juga ada tawarkan sistem affiliate. Saya pun baru sahaja dapat bayaran dari emelmatik baru-baru ni. 

 
Boleh baca kat sini jugak
 

Memandangkan sistem autoresponder ini menawarkan pelan penggunaan percuma selama 365 hari, jadi anda tak perlu risau tentang risiko penggunaannya. 


Manfaatkan sepenuhnya penggunaan secara percuma ni. 


Dari pengalaman saya sendiri, walaupun guna secara percuma terlebih dahulu, kita masih lagi boleh buat duit. Tak perlu risau sangatlah. 


 



 

Wednesday, December 9, 2015

Dapat bayaran sebanyak RM95 daripada Sistem Autoresponder Emelmatik


Buat sesetengah orang, RM95 mungkin bukanlah banyak mana. Namun bagi saya, ia besar maknanya. 


Atas ni ialah bayaran yang saya perolehi menerusi program affiliate yang dianjurkan oleh pihak sistem autoresponder emelmatik.


Ya 


Untuk menjayakan perancangan saya untuk hidup selesa dengan bekerja hanya dari rumah, saya perlu extra rajin dan extra kreatif. Ada masa-masa tertentu, saya kena belajar untuk jadi seorang genius, walaupun pada hakikatnya saya bukannya genius sangat. 


In fact, sebenarnya saya kena usaha dengan lebih keras dan lebih gigih lagi untuk dapatkan lebih banyak hasil yang lebih membanggakan. 


Formula yang saya amalkan mudah sahaja. 


Dalam mana-mana program affiliate yang saya join, saya target untuk dapatkan at least RM100 setiap bulan.


Bermakna, untuk dapat sekurang-kurangnya RM2,000 setiap bulan, formulanya mudah sahaja. Hanya perlu pastikan saya dapat join 20 buah program affiliate yang berbeza dan setiap program affiliate membayar saya sekurang-kurangnya RM100.


Maka dengan ini, tercapailah misi dan hasrat saya! 


Betul tak?


Well... secara teorinya memang boleh dicapai. Namun sayang, ada ketikanya realiti tidaklah seindah dan seiring dengan teori. 



Ada banyak juga perkara yang akan mengganggu kita daripada berjaya capai apa yang kita mahukan. 


Misalnya... sifat MALAS. 


Terus terang saya katakan, untuk saya perolehi bayaran daripada program affiliate sistem autoresponder emelmatik ini juga bukanlah suatu tugasan yang mudah. 


Saya perlu usaha keras untuk menghasilkan banyak artikel-artikel promosi dan pemasaran. Lebih-lebih lagi bila saya gunakan kaedah promosi menggunakan Teknik SEO. Memang kena hasilkan banyak artikel. 


Tapi... 


Disebabkan adanya penyakit M, maka bilangan artikel promosi yang siap dan yang berjaya dihasilkan pun tidaklah sebanyak mana. Aduhai... 



Mungkin... saya boleh dapat lebih banyak daripada ini kalau saya rajin sikit... 


Apa pun, saya anggap bayaran ini sebagai satu permulaan kepada masa depan yang membanggakan. Lepas ni, In Shaa Allah, saya akan usahakan dengan lebih baik lagi untuk dapatkan lebih banyak hasil. 


Doakan saya berjaya ya. 


Oh by the way, sistem autoresponder emelmatik ni adalah salah satu sistem autoresponder yang memang saya sendiri gunakan dalam kempen-kempen pemasaran saya.

http://www.sabreehussin.com/emelmatik



Ia memang TERBUKTI membantu saya untuk dapat hasil yang agak lumayan dalam pemasaran online. 


Jika anda juga adalah seorang usahawan yang bergerak aktif secara online, saya percaya anda juga perlukan sistem ini. 


Klik sini ye untuk dapatkan akaun autoresponder emelmatik anda secara percuma. 


     



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...