Showing posts with label bekerja sebagai freelancer. Show all posts
Showing posts with label bekerja sebagai freelancer. Show all posts

Sunday, April 2, 2017

Bro, you kerja apa?


Ini soalan wajib yang saya perlu jawab setiap kali saya join mana-mana sesi gathering


Tak kiralah, sama ada gathering tersebut bersempena dengan kenduri kahwin, hari raya, atau apa-apa sesi gathering


Soalan tu memang sangat membosankan. 


Saya tak ingat, entah dah berapa kali saya jawab, saya kerja sebagai freelancer.

kerja-sebagai-freelancer


Saya suka dengan kerja saya sekarang ini. 


Saya boleh kerja pada bila-bila masa yang saya suka. Saya boleh bercuti setiap hari kalau saya mahu. 


... dan kalau saya nak bekerja setiap masa juga tak ada masalah. 


Jadual saya, saya sendiri yang tetapkan dan saya sendiri yang atur. Saya tak terikat dengan jadual kerja 9 pagi hingga 6 petang, seperti yang saya pernah lalui sebelum ini masa bekerja sebagai seorang executive dulu. 

Friday, March 31, 2017

Tambahkan pendapatan dengan menjadi freelancer atau pekerja bebas


Macam mana nak tambahkan pendapatan? Soalan ini sememangnya mengajak minda untuk ligat berfikir lantas mencetuskan idea-idea yang rasional dan praktikal untuk menghasilkan pendapatan tambahan.


Sesetengah orang, mungkin akan pilih cara berniaga. 


Tak mampu nak berniaga kat kedai-kedai, tak ada masa nak berniaga kat pasar-pasar, boleh sahaja berniaga secara online. 

tambah-pendapatan-dengan-berniaga

Zaman sekarang ni, boleh dikatakan semua orang ada akaun media sosial. 


Terutama sekali kalau individu tersebut merupakan penggunakan smartphone. Mesti nak daftar akaun dengan media sosial. 


Berniaga di media sosial bukannya susah sangat. 


Ianya semudah update status. 


Tapi itu la. Bukan semua orang suka nak berniaga. Mungkin segan. Takut kena perli. Risau kalau barang yang diniagakan tak laku. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...