Panduan jobdirumah yang akan menerangkan dan memberi penjelasan selok belok tentang cara bekerja hanya dari rumah
Wednesday, March 29, 2017
Sakit pun masih boleh kerja
Saya ada seorang kenalan di media sosial yang baru-baru ni "dicutikan" sebab alami kemalangan. Kecederaan yang agak teruk di kaki.
Kalau cedera macam ni, memang tak boleh buat apa-apa. Nak jalan pun tak boleh, nak keluar pergi kerja pun tak boleh.
Tapi, kalau ada buat kerja sampingan dari rumah, sementara tengah cuti macam ni, bolehlah fokus pada kerja-kerja tersebut.
Memang untunglah siapa yang pernah belajar dari Panduan Jobdirumah dan dah hadam.
Kalau anda tak berjaya dapatkan kerja sekalipun, saya yakin anda akan dapat idea macam mana nak dapatkan kerja tanpa perlu melalui portal kerja yang perlu bersaing dengan ramai freelancer dari seluruh dunia.
Yang belum join tu, boleh klik sini untuk join.
Wednesday, March 22, 2017
Kontes SEO Belajar Buat Blog untuk para penulis blog
Sekarang ni, kontes SEO "Belajar Buat Blog" masih lagi berjalan. Persaingan untuk mendapatkan kedudukan pertama di laman web carian google memang sangat sengit.

Saya juga telah hantar artikel penyertaan untuk kontes SEO "belajar buat blog" ini.
Daripada tinjauan yang saya lakukan, artikel saya telahpun ditendang ke page yang kedua.
Nampaknya ada ramai lagi blogger yang menginginkan kemenangan berbanding saya.
Beberapa hari kebelakangan ini, saya memang agak cuai.
Disebabkan kecuaian saya ini, akhirnya blog saya yang sebelum ini kelihatan ada peluang untuk memenangi kontes ini akhirnya tercampak ke page yang kedua.
Saya rasa, kalau perkara ini dibiarkan lebih lama, ada kebarangkalian untuk blog saya tu terus jatuh ke page ketiga keempat dan seterusnya.
Mujurlah, masa untuk kontes ini masih panjang.
Masih ada masa untuk perbaiki kedudukan blog tersebut.
Masih ada masa untuk lakukan usaha saat-saat akhir supaya tak terus terjatuh.
Memang benarlah, siapa yang berusaha pasti akan berjaya. Bila saya dah kurang buat kerja-kerja promosi, maka kesannya ialah, blog saya kelihatan tanda-tanda akan makin jatuh dan terus jatuh.
Jadi nampaknya lepas ini, saya perlu monitor perkembangan artikel tersebut dengan lebih dekat.
Jika masih lagi berada pada kedudukan yang membimbangkan seperti ini, maka usaha yang lebih kuat dan drastik perlu dilakukan.
Tak apa.
Masih ada masa.
Masih ada peluang untuk perbaiki kesilapan yang dilakukan sebelum ini.
Jika ada dalam kalangan pembaca, yang sudi untuk tolong dan sokong saya dalam pertandingan ini, harap anda boleh buat perkara mudah ini.
1. Layari laman web saya menerusi pautan ini.
http://www.sabreehussin.com/belajar-buat-blog/
2. Baca artikel tersebut.
3. Tinggalkan komen pada artikel tersebut. Tulis sahaja apa-apa komen yang berkaitan dengan artikel tersebut.
Itu sahaja.
Mudah, kan?
Jadi, bolehlah anda tolong saya kan ha3
Ok, pada blog saya tu, ada ruangan website/url yang anda boleh masukkan apa-apa website anda. Anda akan nampak opsyen ini semasa nak tulis komen.
Gunakan peluang ini untuk promosikan website anda juga.
Cubalah.
In Shaa Allah, anda juga akan terima serba sedikit manfaat nanti.
Labels:
belajar buat blog,
belajar membuat blog,
kontes seo,
kontes SEO belajar buat blog,
panduan buat blog
Thursday, February 23, 2017
Bekerja dari rumah dengan iLancee
Rupa-rupanya lama juga saya tak update blog ini. Sibuk betul dengan lain-lain projek bekerja dari rumah dan job yang diberikan oleh klien.
Maka blog ini saya terpaksa rehatkan sekejap.
Apapun, kenalah utamakan job yang berbayar berbanding kerja-kerja yang tiada bayaran. Contohnya macam kemaskini blog ini. Blog ini kalau tak dikemaskinikan pun tak ada masalah.
Kalau dapat kemaskinikan memang dah cukup bagus.
Ini yang buat saya rasa, nak ofer servis kemaskini blog kat portal iLancee tu. Saya perhatikan, ada ramai usahawan yang memang tak ada masa nak kemaskini blognya.
Agak-agaknya berapa ya bayaran yang patut saya tetapkan.
Tak mau la kalau cuma bayar murah-murah je. Contohnya macam RM5 untuk satu artikel la, RM15 untuk satu artikel la... ah... semua ni memang mengarut je.
Boleh saya caj murah.
Tapi klien kena terima je la hasil kerja saya yang mungkin tak seberapa dan tak bagus sangat tu. Sanggup ke? Kalau sanggup, ok je ha ha ha.
Portal iLancee ni seingat saya penah ditutup beberapa kali. Kecewa jugak. Ada sekali tu, saya baru nak join sebab nak bekerja dari rumah dengan iLancee la... alih-alih dapat mesej pop up yang mengatakan web ini ditutup.
Ditutup bagi tujuan penyelenggaraan yang makan masa yang agak lama juga.
Kemudian baru-baru ini, nampaknya taukey iLancee dah mula bukak kedai balik. Yeah... business as usual.
Tagline iLancee "Servis Premium, Harga Murah".
Benda-benda murah ni memang ramai yang suka. Betul tak? Saya pun suka dapatkan perkhidmatan yang murah. Sebab tu, satu masa dulu kalau nak beli apa-apa servis saya akan rujuk ke laman web Fiverr dulu.
Fiverr ini, walaupun kebanyakkan servisnya adalah murah-murah belaka, namun dari segi kualiti, ianya juga masih dikira sangat baik.
Kiranya servis premium la.
Kalau anda minat nak jadi seorang freelancer, boleh cuba untuk senaraikan kemahiran yang anda miliki kat laman web Fiverr.
Manalah tau, ada rezeki anda boleh jana pendapatan dalam matawang USD.
Memandangkan laman web fiverr ni satu dunia tertumpu kat web tersebut, mungkin peluang untuk buat duit kat situ agak tipis.
Persaingan dalam kalangan freelancer juga agak sengit kalau kebetulan servis yang anda nak tawarkan tu memang ada banyak freelancer lain yang boleh offer.
Dilema juga.
Kalau offer servis yang unik sangat, takut tak ada siapa yang nak pulak...
Jadi, kali ini, anda bolehlah pilih untuk bekerja dari rumah dengan iLancee. Portal iLancee ini bolehlah kita anggap ia sebagai alternatif kepada fiverr.
Dari segi pasaran pun berbeza.
Portal iLancee ini mensasarkan pengguna dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore.
Kalau dapat pegang market Malaysia pun sebenarnya dah cukup besar. Makan tak habis dan banyak tu kerja kena buat ha ha ha.
Oh saya ada tulis secara panjang lebar tentang topik ni kat dua blog saya. Kalau minat nak baca, boleh klik pada link blog saya yang saya nyatakan kat bawah ni ya.
Link 1 - Kerja dari rumah dengan iLancee
Link 2 - Kerja sambilan dari rumah dengan iLancee
Saya pun dah join laman web iLancee ini.
Cuma masih belum ada kesempatan nak senaraikan servis saya kat portal tersebut. Tunggulah.
Bila kerja yang ada kat tangan ni dah beres, baru serang habis-habisan market kat portal iLancee tu.
Apa pun, terima kasihlah sebab sudi nak baca perkongsian saya pasal "bekerja dari rumah dengan iLancee" ni ye.
Labels:
buat duit dengan ilancee,
kerja dari rumah dengan ilancee,
kontes ilancee,
portal kerja ilancee
Tuesday, August 2, 2016
Pekerja berkemahiran diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai pekerja part time dari rumah
Saya dah beberapa tahun terlibat dengan kerja-kerja dari rumah. Kalau cerita dari segi pengalaman bekerja dari rumah, boleh kata ada la sikit-sikit yang saya rasa boleh dikongsikan dengan rakan-rakan pembaca dan pelawat sekalian.
Ada sesetengah orang, dia salah anggap tentang cara kerja dari rumah ni. Mungkin sebab dia fikir, bila kerja tu boleh dilakukan hanya dari rumah, bermakna kerja-kerja yang ada tu semua senang-senang.
Ha... untuk individu yang macam ni, suka untuk saya nyatakan kat sini... Anda dah silap besar! Jangan fikir yang bekerja dari rumah tu mudah ye. Sebenarnya kalau nak diikutkan, kerja dari rumah dengan kerja dekat pejabat sama je tahap kesusahannya. Dua-dua adalah kerja. Dua-dua ada cabarannya. Jadi jangan anggap benda ni satu benda yang mudah.
Hanya sebab kerja-kerja tersebut boleh dilakukan dan boleh disiapkan dari rumah, tak bermaksud yang ianya mudah ok.
Anda masih tetap perlukan kemahiran tertentu untuk berjaya dapat kerja tu dan berjaya nak siapkan kerja tersebut. Hanya inidividu yang berkemahiran sahaja yang akan dengan mudah dapat kerja.
Now... cubalah anda tanyakan pada diri anda sendiri. Apa dia kemahiran yang anda miliki? Kemudian, tanyakan semula, adakah kemahiran yang anda miliki tu mempunyai nilai yang dicari-cari dan diperlukan oleh orang lain, sehingga orang tersebut sanggup nak ambil anda sebagai pekerjanya?
Fokus pada kata kunci "pekerja berkemahiran". Jika anda betul-betul serius nak bekerja dari rumah.
Sekarang saya nak kongsikan kepada anda pula, antara contoh-contoh kerja dari rumah yang agak popular yang terdapat di internet. Ianya adalah seperti
(1) Juru taip
Anda perlu mempunyai kemahiran menaip dan mempunyai kepantasan dalam melakukan kerja-kerja seperti ini. Selain itu, anda juga perlu sangat berhati-hati supaya tidak melakukan kesalahan ejaan.
(2) Designer
Anda perlu ada kemahiran melakukan kerja-kerja design, kreatif dan pandai menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, Illustrator dan sebagainya. Kerja sebagai designer ternyata mempunyai banyak permintaan!
(3) Copy writer
Tugas seorang copywriter lazimnya ialah buat iklan bagi pihak majikan. Iklan tersebut adalah dalam bentuk artikel.
(4) Translator
Atau dalam bahasa melayu, kerja sebagai jurubahasa atau tukang alih bahasa. Untuk memudahkan anda bekerja, anda perlu menguasai sekurang-kurangnya dua jenis bahasa.
(5) Social Media Manager
Kerja seperti ini nampaknya tak ada la susah sangat. Tapi anda kena mempunyai pengetahuan yang baik dalam penggunaan akaun social media seperti facebook, twitter dan instagram. Kerjanya adalah balas mesej dan juga balas komen.
(6) Data entry
Kalau kerja data entry ni pulak biasanya akan digabungkan dengan kerja-kerja research atau data mining. Anda kena tahu macam mana nak cari maklumat di internet menggunakan search engine macam google misalnya.
(7) Transcribing
Ini istilah bahasa Inggeris. Kerja jenis ini anda perlu dengar rakaman suara, sama ada perbualan telefon atau ceramah dalam bahasa tertentu. Kemudian anda dikehendaki untuk menulis kembali dalam bentuk ayat apa yang diperkatakan. Kiranya anda kena kuasai bahasa tertentu dan kena tahu macam mana nak eja sesuatu perkataan.
Kalau anda mempunyai kemahiran-kemahiran macam yang saya sebutkan kat atas ni, peluang untuk anda dapat isi kekosongan pekerjaan secara online memang cerah.
Ada ramai majikan yang perlukan perkhidmatan individu macam anda.
Kalau anda tak tau macam mana nak bermula, setelah mengetahui tentang info ni, bolehlah belajar dari laman web ini.
Muat turun panduan tersebut dan terus belajar macam mana nak mula jadi seorang pekerja sambilan dari rumah.
Thursday, May 12, 2016
Kerja di pejabat atau kerja di rumah sahaja selepas habis belajar?
Tak lama lagi dalam blog ni akan ada 50 buah artikel. Artikel yang saya tengah tulis ni ialah artikel yang ke 49. Bermakna, siap je artikel ni, dan kalau saya rajin, saya taip satu lagi artikel, maka akan menjadikan jumlah keseleruhan artikel dalam blog ini mencecah 50 artikel.
Ya... 50 artikel yang bercerita tentang peluang bekerja dari rumah menerusi ilmu yang diajarkan oleh panduan Jobdirumah. Semua ni tidaklah dibina dalam masa sehari atau lebih awal dari itu. Ambik masa yang agak panjang juga untuk saya sediakan kesemua artikel-artikel ni semua.
Satu yang best nya ialah, dengan bertambahnya jumlah artikel yang saya dah terbitkan di internet ni, maka bertambah juga la komisyen affiliate jobdirumah yang berjaya dihasilkan. Moga-moga Panduan Jobdirumah ni akan terus dijual sampai bila-bila.
Kerja di pejabat ni sebenarnya ada beberapa perkara yang kurang syok... Masa kita tu akan banyak dihabiskan untuk benda-benda yang tak berapa penting.
Contohnya, setiap pagi kita kena bangun awal semata-mata nak elak traffic jam.
Kemudian kalau yang guna public transport, setiap pagi kena berebut untuk dapatkan tempat duduk sama ada dalam LRT ataupun dalam bas. Kalau terlambat hata untuk 5 minit sekalipun, maka jangan harap nak dapat tempat duduk. Berpeluh la sebab terpaksa bersesak-sesak.
Waktu lunch, kadang-kadang kita terpaksa hadap menu masakan yang sama setiap hari. Sampaikan tekak ni dah rasa susah nak telan juadah masakan yang disediakan. Kalau nak sedap sikit kenalah pergi jauh sikit.
Itu dah kos lagi...
Kemudian waktu balik pun situasi yang lebih kurang sama akan berlaku. Kena gerak awal kalau nak elak jammed. Tapi kerja dengan orang ni mana ada istilah boleh gerak awal. Kena ikut waktu kerja yang ditetapkan la kawan...
Maka terperangkap la dalam traffic jam. Sama je situasi masa balik dengan masa nak pergi kerja. Kalau yang memang malas nak hadap traffic jam tu, bolehlah singgah mana-mana dulu, dan lepak-lepak dulu, sama ada dengan kawan-kawan ataupun lepak sorang-sorang.
Biasanya jalan atas pukul 9 baru ok sikit. Walaupun masih bergerak perlahan, at least kenderaan boleh bergerak daripada langsung tak jalan.
Nampak tak? Pergi kerja kena awal pagi untuk elak jammed, tapi bila masa balik kena balik lewat, itupun untuk elak jammed jugak.
Masa terabai macam tu je atas "perjalanan". Tak kiralah sama ada perjalanan tu memerlukan kita menggunakan public transport ataupun boleh drive sendiri.
Sebab tu sekarang ni mula muncul spesies-spesies yang seboleh-bolehnya memang tak nak kerja kat ofis. Nak kerja kat rumah je, dan buat duit diam-diam. Biarpun nampak tak glamer mana pun pekerjaan tersebut, asalkan boleh buat duit, boleh lepas untuk bayar itu ini, dan yang penting tak perlu nak stres sangat-sangat.
Ok jika anda baru nak bermula, saya sendiri tak berapa galakkan anda terus bekerja dari rumah.
At least anda kena ada pengalaman kerja dengan orang dulu. Gunakan pengalaman tu nanti untuk bekerja dari rumah. Sebenarnya, nak kerja dari rumah ni kena ada modal yang besar juga tau.
Pertama modal untuk korang studi Panduan Jobdirumah.
Kedua, modal untuk korang sediakan peralatan untuk bekerja dari rumah, macam laptop, internet, printer, alat tulis dan sebagainya. Kalau kerja kat pejabat, semua ni bos anda yang kena sediakan. Tapi, bila kerja dari rumah ni, semua ini anda yang kena sediakan.
Sebab tu, kalau waktu ni anda masih bekerja dengan orang, menabunglah untuk beli peralatan yang diperlukan untuk anda jalankan kerja-kerja dari rumah nanti.
Kerja dari rumah ni tak syok mana untuk sesetengah orang. Tapi, bila anda dah laluinya, dan berjaya buat duit pula tu, anda mesti akan rasa TAK NAK kerja dengan orang lagi dah.
Jom baca review saya tentang Jobdirumah disini.
Labels:
bekerja dari rumah,
boleh percaya ke jobdirumah,
buat duit dari rumah,
bukti buat duit dari rumah
Wednesday, May 11, 2016
AWAS! Jangan main-main dengan Program Jobdirumah!
Saya dah pun sertai dan menjadi ahli berbayar di laman web Jobdirumah sejak dari tahun 2013 lagi. Bermakna, tahun ni masuklah tahun yang ke tiga saya menjadi ahli berbayar. Tak lama lagi akan masuk tahun yang keempat, kelima dan seterusnya.
Tahun ini, 2016... nampaknya saya dah tak boleh nak ambil mudah dan terlalu mengambil sikap sambil lewa dengan Jobdirumah. Saya kena jadi lebih serius!
Waktu saya join Jobdirumah dulu, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50. Pada hari ini, bayaran untuk anda join Jobdirumah juga masih lagi sama, iaitu RM50 juga.
Saya nak pinjam kata-kata rakan-rakan saya yang bergiat secara aktif dalam perniagaan berkonsepkan network marketing, iaitu
"RM50 ni kalau simpan tak menjadikan kita kaya, dan kalau hilang sekalipun, kita tak akan terus jatuh miskin..."
RM50 tu sebenarnya nilainya tidaklah begitu besar. Tak percaya? Bawalah RM50 tu ke Tesco, dan anda akan dapati tak banyak yang anda boleh beli dengan wang sebanyak RM50 tu.
Kalau anda shopping online di laman web Lazada sekali pun, tak banyak yang anda boleh beli dengan RM50 itu. Mujurlah, kalau shopping online ni, kebanyakkan produk yang dijual tak memerlukan anda untuk membayar kos penghantaran. Jadi kat situ anda dah boleh jimat dalam satu kuantiti yang agak banyak juga.
"Kenapa saya kata sekarang dah tak boleh nak main-main dengan laman web Jobdirumah ni?"
Begini kisahnya.
Saya perasan, yang komisyen yang saya terima dari laman web ini rupa-rupanya setiap bulan menunjukkan peningkatan yang begitu ketara.
Kalau sebelum ini, komisyen yang saya dapat hasilkan ialah bawah RM50.
Tak lama lepas tu, saya dapat naikkan komisyen saya sehingga atas RM50. Kemudian, komisyen saya naik lagi menjadi sekitar RM100 lebih.
Seterusnya melonjak pula menjadi RM200++
Dan terbaru, saya mula nampak komisyen saya ada peningkatan sehingga mencapai RM300++
Wah... ini satu peningkatan yang positif, kan? Walaupun komisyen saya makin meningkat, namun apa yang saya perasan ialah, persaingan untuk merebut komisyen juga makin sengit hari demi hari.
Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang meningkat komisyennya... sebaliknya orang lain pun merasa ada peningkatan dari segi komisyen mereka.
Walaupun sehingga ke hari ni, masih ada ramai juga yang beranggapan yang Jobdirumah ni adalah program scam, namun hakikatnya, bila mereka baca dengan teliti apa sebenarnya yang dijual oleh pihak Jobdirumah, mereka akan sedar, tuduhan scam itu sebenarnya adalah langsung tak berasas.
Apapun, sebenarnya terpulanglah apa orang nak kata. Adakalanya kita tak boleh nak layan sangat. Buat apa pun, pasti akan ada orang yang tak setuju dengan tindakan kita. Pasti akan ada je yang tak kena pada mata orang lain.
Orang boleh kata macam-macam kat kita, tapi lihat apabila kita berada dalam kesusahan. Berapa ramai daripada orang yang suka mengkritik kita tu yang akan datang dan hulurkan bantuan?
Boleh jadi, seorang pun tak ada yang akan datang tolong.
Sebab itu, ada baiknya kita fokus pada kerja kita. Siapa yang nak buat Jobdirumah sebagai sumber pendapatan, ha... buatlah betul-betul. Tak perlu nak terlalu ikut sangat apa orang lain nak kata. Yang penting kita tahu, apa yang kita buat ni benda yang betul, dan ianya sah di sisi agama dan undang-undang Malaysia.
Ok la, kalau anda minat nak download panduan Jobdirumah ni, boleh klik sini.
Saturday, April 2, 2016
Satu projek baru untuk bekerja dari rumah dengan lebih baik
Satu hari tu, entah macam mana saya dapat satu ilham untuk mulakan satu projek baru. Satu projek yang pada saya memerlukan modal yang agak besar.
Lepas dikira-kira, di tambah, tolak, darab dan bahagi... adalah lebih kurang RM4,000 yang saya perlukan untuk jalankan projek ni.
RM4,000?!
Mana la aku nak cari modal banyak ni. Nak keluar RM50 sebagai modal untuk belajar macam mana nak bekerja dari rumah pun ramai yang tak sanggup, alih-alih nak kena keluarkan modal sebanyak ni. Saya tengah cerita pasal panduan Jobdirumah la... panduan yang korang anggap sebagai scam tu.
RM4,000 tu... kalau gagal macam mana?
Aha... maka secara tersiratnya, satu subjek baru iaitu subjek "Risk Management" ataupun "Pengurusan Risiko" perlu diteliti.
Projek yang saya duk fikir ni, apabila ia berjaya dilancarkan, ia bukan sahaja bakal beri kelebihan dan manfaat kepada saya, sebaliknya kepada ramai lagi individu kat luar sana.
Yang minat untuk buat duit tambahan, hanya dengan bekerja dari rumah.
Jadi, salah satu kaedah untuk saya raised fund ialah dengan menawarkan servis advertorial dengan kos yang sangat murah di laman web ini. How about satu advertorial saya caj anda dengan bayaran sebanyak RM10 sahaja?
Pastinya ia tak akan mencederakan poket anda langsung, dan jika berlaku jualan, anda juga yang akan senyum besar.
Post advertorial itu pula akan terus berada di laman web saya sampai bila-bila. Itu kelebihannya.
Ok...
Kalau nak bagi cukup RM4,000 saya kena tulis 400 advertorial. Ho ho
Nampak macam satu cabaran baru yang macam seronok untuk dilakukan ni.
Saya masih lagi mempromosikan panduan Jobdirumah macam biasa. Boleh klik pada pautan ini untuk muat turun dan baca panduan Jobdirumah ni ya.
Subscribe to:
Posts (Atom)




