Panduan jobdirumah yang akan menerangkan dan memberi penjelasan selok belok tentang cara bekerja hanya dari rumah
Showing posts with label bukti buat duit dari rumah. Show all posts
Showing posts with label bukti buat duit dari rumah. Show all posts
Thursday, May 12, 2016
Kerja di pejabat atau kerja di rumah sahaja selepas habis belajar?
Tak lama lagi dalam blog ni akan ada 50 buah artikel. Artikel yang saya tengah tulis ni ialah artikel yang ke 49. Bermakna, siap je artikel ni, dan kalau saya rajin, saya taip satu lagi artikel, maka akan menjadikan jumlah keseleruhan artikel dalam blog ini mencecah 50 artikel.
Ya... 50 artikel yang bercerita tentang peluang bekerja dari rumah menerusi ilmu yang diajarkan oleh panduan Jobdirumah. Semua ni tidaklah dibina dalam masa sehari atau lebih awal dari itu. Ambik masa yang agak panjang juga untuk saya sediakan kesemua artikel-artikel ni semua.
Satu yang best nya ialah, dengan bertambahnya jumlah artikel yang saya dah terbitkan di internet ni, maka bertambah juga la komisyen affiliate jobdirumah yang berjaya dihasilkan. Moga-moga Panduan Jobdirumah ni akan terus dijual sampai bila-bila.
Kerja di pejabat ni sebenarnya ada beberapa perkara yang kurang syok... Masa kita tu akan banyak dihabiskan untuk benda-benda yang tak berapa penting.
Contohnya, setiap pagi kita kena bangun awal semata-mata nak elak traffic jam.
Kemudian kalau yang guna public transport, setiap pagi kena berebut untuk dapatkan tempat duduk sama ada dalam LRT ataupun dalam bas. Kalau terlambat hata untuk 5 minit sekalipun, maka jangan harap nak dapat tempat duduk. Berpeluh la sebab terpaksa bersesak-sesak.
Waktu lunch, kadang-kadang kita terpaksa hadap menu masakan yang sama setiap hari. Sampaikan tekak ni dah rasa susah nak telan juadah masakan yang disediakan. Kalau nak sedap sikit kenalah pergi jauh sikit.
Itu dah kos lagi...
Kemudian waktu balik pun situasi yang lebih kurang sama akan berlaku. Kena gerak awal kalau nak elak jammed. Tapi kerja dengan orang ni mana ada istilah boleh gerak awal. Kena ikut waktu kerja yang ditetapkan la kawan...
Maka terperangkap la dalam traffic jam. Sama je situasi masa balik dengan masa nak pergi kerja. Kalau yang memang malas nak hadap traffic jam tu, bolehlah singgah mana-mana dulu, dan lepak-lepak dulu, sama ada dengan kawan-kawan ataupun lepak sorang-sorang.
Biasanya jalan atas pukul 9 baru ok sikit. Walaupun masih bergerak perlahan, at least kenderaan boleh bergerak daripada langsung tak jalan.
Nampak tak? Pergi kerja kena awal pagi untuk elak jammed, tapi bila masa balik kena balik lewat, itupun untuk elak jammed jugak.
Masa terabai macam tu je atas "perjalanan". Tak kiralah sama ada perjalanan tu memerlukan kita menggunakan public transport ataupun boleh drive sendiri.
Sebab tu sekarang ni mula muncul spesies-spesies yang seboleh-bolehnya memang tak nak kerja kat ofis. Nak kerja kat rumah je, dan buat duit diam-diam. Biarpun nampak tak glamer mana pun pekerjaan tersebut, asalkan boleh buat duit, boleh lepas untuk bayar itu ini, dan yang penting tak perlu nak stres sangat-sangat.
Ok jika anda baru nak bermula, saya sendiri tak berapa galakkan anda terus bekerja dari rumah.
At least anda kena ada pengalaman kerja dengan orang dulu. Gunakan pengalaman tu nanti untuk bekerja dari rumah. Sebenarnya, nak kerja dari rumah ni kena ada modal yang besar juga tau.
Pertama modal untuk korang studi Panduan Jobdirumah.
Kedua, modal untuk korang sediakan peralatan untuk bekerja dari rumah, macam laptop, internet, printer, alat tulis dan sebagainya. Kalau kerja kat pejabat, semua ni bos anda yang kena sediakan. Tapi, bila kerja dari rumah ni, semua ini anda yang kena sediakan.
Sebab tu, kalau waktu ni anda masih bekerja dengan orang, menabunglah untuk beli peralatan yang diperlukan untuk anda jalankan kerja-kerja dari rumah nanti.
Kerja dari rumah ni tak syok mana untuk sesetengah orang. Tapi, bila anda dah laluinya, dan berjaya buat duit pula tu, anda mesti akan rasa TAK NAK kerja dengan orang lagi dah.
Jom baca review saya tentang Jobdirumah disini.
Labels:
bekerja dari rumah,
boleh percaya ke jobdirumah,
buat duit dari rumah,
bukti buat duit dari rumah
Monday, March 28, 2016
Komisyen Jobdirumah masuk pada petang Ahad
Rezeki kalau nak masuk, ia tak kira hari. Kadang-kadang kita tak menyangka, yang hari Ahad pun ada orang yang berminat nak belajar cara-cara nak bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer.
Lalu orang tersebut pun memuat turun panduan Jobdirumah ni.
Hari Ahad, selalunya orang akan manfaatkan hari-hari seperti ini bersama dengan keluarga. Sama ada nak keluar shopping, lepak-lepak, makan angin dan apa-apa lagi yang patut.
Namun tak semua orang mempunyai duit yang cukup untuk buat semua tu. Maklum sahajalah kan, semua ini memerlukan belanja untuk dilakukan.
Jadi, siapa yang ada kemahiran tu, bolehlah belajar-belajar untuk bekerja dari rumah. Konsep bekerja dari rumah ini memang dah terkenal di negara luar, dan mereka namakan ia sebagai telecommuting.
Adakah negara kita Malaysia dah bersedia untuk bekerja dalam persekitaran yang seperti itu? Yang mana seseorang pekerja itu dapat melakukan tugasan-tugasan mereka tanpa perlu berada di pejabat secara fizikal.
Mungkin... Ianya suatu yang tak mustahil untuk berlaku. Lagipun kita juga menuju ke arah negara maju.
Dan ya, mudah-mudahan kita tak terancam mahupun diancam dengan serangan pengganas yang mengakibatkan suasana panik.
Lebih kurang jam 6.00 petang, saya menerima emel notifikasi dari Pihak Jobdirumah yang mengatakan saya telah berjaya menerima komisyen.
Senyum.
Sebab dapat sales, walaupun hari ni baru dapat satu sales. Dalam hati berdoa, moga-moga lepas ni akan ada ramai lagi yang akan jadi pelanggan yang berminat untuk belajar cara-cara buat duit sebagai seorang freelancer ni.
Ini salah satu kelebihan menjadi ahli Jobdirumah.
Asalkan kita rajin buat kerja, tau apa benda nak kena buat, memang kita akan dapat bayaran dalam bentuk komisyen seperti ini.
Ramai dah yang berjaya dapat komisyen seperti ini.
Malahan ada jugak yang dpat lagi banyak dari saya. Semua tu adalah rezeki dan ia juga sedikit sebanyak bertitik tolak daripada usaha yang dijalankan oleh individu tersebut.
Kalau ada yang kata, join Jobdirumah ni rugi atau ada yang kata jobdirumah ni scam la... mungkin sebab mereka ni tak pernah terima walau satu sen pun apa-apa income dari Jobdirumah.
Namun demikian, adalah sangat tak patut, kalau tak pernah dapat income dari Jobdirumah, terus nak tuduh yang Jobdirumah ni menipu atau scam.
Pada saya, apabila sesebuah program itu mendakwa yang kita boleh jana pendapatan ataupun boleh buat duit dengan bantuan program tersebut, maknanya kita memang boleh buat duit.
Lagi-lagi kalau ada orang lain yang memang terbukti dah berjaya buat duit dengan Jobdirumah, lagilah ini merupakan satu bukti yang sangat konkrit, yang benda ni memang boleh buat duit.
Kalau yang masih tak percaya tu, saya pun tak boleh nak kata apa lagi dah.
Tapi, kalau anda rasa yang anda ada peluang dan mahukan peluang yang sama untuk buat duit dari rumah, seperti yang saya lakukan sekarang ni, bolehlah baca panduan ini. Klik sini untuk download panduan Jobdirumah.
Tuesday, March 22, 2016
Panduan Jobdirumah: Jika sekadar beli memang tak akan ada manfaatnya
Adakah anda dah beli panduan jobdirumah ini, tapi sampai sekarang masih...
x Belum pernah log in ke sistem jobdirumah
x Belum pernah baca panduan yang dibeli tu
x Belum pernah tonton video-video tutorial yang diberikan
x Dah tonton video namun tak tonton sampai habis
x Tak pernah ikut walaupun satu benda pun yang diajarkan dalam panduan ini
x Tak pernah langsung cuba untuk bid sebarang pekerjaan
x Sampai sekarang masih belum pernah register dalam mana-mana laman web pekerjaan online
x Tak pernah pun cuba nak menyertai program affiliate Jobdirumah dan buat duit dengan menjadi ejen
x Tak pernah merasa walaupun USD1 income daripada buat kerja-kerja dari rumah
x Tak pernah mula langsung untuk buat sebarang kerja...
Maka pelaburan anda sebanyak RM50 untuk mendapatkan panduan Jobdirumah ini adalah sia-sia belaka.
Jika ini semua yang terjadi, maka jangan nak salahkan Jobdirumah sebagai program yang menipu ataupun program yang scam.
Apa yang saya nampak, masalah sebenarnya datang dari diri anda sendiri. Anda yang tak nak mulakan, maka bagaimana anda boleh mengharap untuk mendapat bayaran dari pihak Jobdirumah pula. Ianya MUSTAHIL wahai kawan...
"Mulakan dengan tugasan yang mudah-mudah sahaja dulu"
Itu sahaja saranan saya untuk anda. Jika anda merasakan kerja yang ada begitu susah nak dilakukan, carilah kerja lain di laman web lain yang menawarkan kerja-kerja yang mudah.
Anda tak tau kerja yang mudah tu bagaimana? Jangan khuatir kawan... baca kat sini untuk mengetahui dua contoh kerja yang mudah.
Jangan jadikan pelaburan ini sebagai suatu yang sia-sia. Jangan tiru macam saya. Saya pun pernah jadi seorang yang cuai, yang asyik bertangguh masa untuk mula bekerja.
Akhirnya sampai sekarang, saya baru berjaya dapat beberapa USD sahaja. Sedangkan saya dah join Jobdirumah sejak tahun 2010 lagi.
Sepanjang tempoh tersebut, saya lebih banyak buat kerja-kerja affiliate dan buat duit dengan menghasilkan komisyen affiliate semata.
Terus terang saya kata, panduan jobdirumah ni, jika anda sekadar beli, tapi anda langsung tak ada tindakan seterusnya... yang rugi adalah anda. Bukannya saya, bukannya pihak Jobdirumah.
Jadi buat para pembeli sebelum ni, cepat-cepatlah apply job.
... dan buat yang belum pernah baca panduan ni, boleh baca kat sini.
Monday, March 21, 2016
Bukti buat duit hanya bekerja dari rumah part time
Dalam posting saya yang lepas, saya ada cerita tentang contoh tugasan mudah yang boleh kita lakukan hanya dari rumah. Tugasan-tugasan tersebut kebanyakkan memang mudah-mudah belaka.
Antara kerja yang perlu kita lakukan ialah seperti menekan like pada FB Fanpage, komen pada video, komen pada blog dan sebagainya. Ianya sangatlah mudah hinggakan ada yang tak sanggup nak buat.
Iya... saya serius. Terlalu mudah sampaikan ada yang tak nak buat. Entah... mungkin sebab rasa kerja-kerja macam ni tak ada kelas la kot. Agaknya la. Saya mana tau macam mana orang lain berfikir. Kan lain orang lainlah gaya fikirnya.
Kalau nak tengok posting tersebut, boleh klik artikel ini. Tajuk: Ini dia contoh tugasan mudah untuk bekerja dari rumah
Untuk membuktikan yang kerja-kerja tersebut memang betul-betul mudah, maka saya sendiri telah cuba untuk buat beberapa tugasan.
Ok selepas saya pilih betul-betul, mana satu tugasan yang memang senang, maka inilah dia antara tugasan yang telah pun saya siapkan.
Ya, ada part yang saya tutup. Kalau nak tau, part itu hanyalah "BUKTI" yang menandakan saya telah pun submit tugasan tersebut. Ada maklumat yang agak sensitif, yang pada perkiraan saya, hanya pihak majikan sahaja yang patut lihat.
Lihat pula pada kolum Earned.
Itulah bayaran (yang tak seberapa) yang saya perolehi. Alhamdulillah.
Jujurnya, saya memang tak setuju dengan tindakan segelintir ahli Jobdirumah, yang dah beli panduan ni, tapi sampai sekarang masih lagi tak bertindak dan mula bekerja.
Kalau anda masih tak mula bekerja sebab anda nak fokus pada program affiliate, itu tak ada masalah. Sebab saya juga begitu. Saya lebih fokus pada kerja-kerja affiliate berbanding buat kerja dari rumah.
Fokus pada kerja-kerja afifliate juga boleh menghasilkan wang. Ini buktinya. Apa yang saya kurang setuju ialah apabila anda langsung tak buat apa-apa. Pada saya, tindakan seperti itu adalah suatu pembaziran dan anda telah mensia-siakan wang pendaftaran anda untuk menjadi ahli jobdirumah.
Anda ni dah lupa ke? Kan satu masa dulu, anda dah berjanji pada diri anda sendiri yang anda nak buat duit lepas dah dapatkan panduan ini.
Panduan ini adalah sebagai rujukan jika ada benda yang anda tak tau. Tapi, kenapa lepas dah dapat panduan, anda tak buat duit langsung?
Paling tak syok, bila ada yang terus tak nak bukak panduan tu, dan video-video tutorial dalam tu pun masih ada yang tak habis tengok. Jangan begitu dong...
Kalau rasa tak mampu nak buat kerja-kerja yang susah, anda sebenarnya ada pilihan untuk buat kerja-kerja yang lebih mudah.
Contohnya macam yang saya sendiri lakukan.
Ok la... kalau anda masih belum baca panduan ini, anda boleh baca kat sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)




