Thursday, May 12, 2016

Kerja di pejabat atau kerja di rumah sahaja selepas habis belajar?


Tak lama lagi dalam blog ni akan ada 50 buah artikel. Artikel yang saya tengah tulis ni ialah artikel yang ke 49. Bermakna, siap je artikel ni, dan kalau saya rajin, saya taip satu lagi artikel, maka akan menjadikan jumlah keseleruhan artikel dalam blog ini mencecah 50 artikel. 


Ya... 50 artikel yang bercerita tentang peluang bekerja dari rumah menerusi ilmu yang diajarkan oleh panduan Jobdirumah. Semua ni tidaklah dibina dalam masa sehari atau lebih awal dari itu. Ambik masa yang agak panjang juga untuk saya sediakan kesemua artikel-artikel ni semua. 


Satu yang best nya ialah, dengan bertambahnya jumlah artikel yang saya dah terbitkan di internet ni, maka bertambah juga la komisyen affiliate jobdirumah yang berjaya dihasilkan. Moga-moga Panduan Jobdirumah ni akan terus dijual sampai bila-bila. 

 
 
Kerja di pejabat ni sebenarnya ada beberapa perkara yang kurang syok... Masa kita tu akan banyak dihabiskan untuk benda-benda yang tak berapa penting. 


Contohnya, setiap pagi kita kena bangun awal semata-mata nak elak traffic jam. 


Kemudian kalau yang guna public transport, setiap pagi kena berebut untuk dapatkan tempat duduk sama ada dalam LRT ataupun dalam bas. Kalau terlambat hata untuk 5 minit sekalipun, maka jangan harap nak dapat tempat duduk. Berpeluh la sebab terpaksa bersesak-sesak. 


Waktu lunch, kadang-kadang kita terpaksa hadap menu masakan yang sama setiap hari. Sampaikan tekak ni dah rasa susah nak telan juadah masakan yang disediakan. Kalau nak sedap sikit kenalah pergi jauh sikit. 


Itu dah kos lagi... 


Kemudian waktu balik pun situasi yang lebih kurang sama akan berlaku. Kena gerak awal kalau nak elak jammed. Tapi kerja dengan orang ni mana ada istilah boleh gerak awal. Kena ikut waktu kerja yang ditetapkan la kawan... 


Maka terperangkap la dalam traffic jam. Sama je situasi masa balik dengan masa nak pergi kerja. Kalau yang memang malas nak hadap traffic jam tu, bolehlah singgah mana-mana dulu, dan lepak-lepak dulu, sama ada dengan kawan-kawan ataupun lepak sorang-sorang. 


Biasanya jalan atas pukul 9 baru ok sikit. Walaupun masih bergerak perlahan, at least kenderaan boleh bergerak daripada langsung tak jalan. 


Nampak tak? Pergi kerja kena awal pagi untuk elak jammed, tapi bila masa balik kena balik lewat, itupun untuk elak jammed jugak. 


Masa terabai macam tu je atas "perjalanan". Tak kiralah sama ada perjalanan tu memerlukan kita menggunakan public transport ataupun boleh drive sendiri. 


Sebab tu sekarang ni mula muncul spesies-spesies yang seboleh-bolehnya memang tak nak kerja kat ofis. Nak kerja kat rumah je, dan buat duit diam-diam. Biarpun nampak tak glamer mana pun pekerjaan tersebut, asalkan boleh buat duit, boleh lepas untuk bayar itu ini, dan yang penting tak perlu nak stres sangat-sangat. 


Ok jika anda baru nak bermula, saya sendiri tak berapa galakkan anda terus bekerja dari rumah. 


At least anda kena ada pengalaman kerja dengan orang dulu. Gunakan pengalaman tu nanti untuk bekerja dari rumah. Sebenarnya, nak kerja dari rumah ni kena ada modal yang besar juga tau. 


Pertama modal untuk korang studi Panduan Jobdirumah


Kedua, modal untuk korang sediakan peralatan untuk bekerja dari rumah, macam laptop, internet, printer, alat tulis dan sebagainya. Kalau kerja kat pejabat, semua ni bos anda yang kena sediakan. Tapi, bila kerja dari rumah ni, semua ini anda yang kena sediakan. 

 
Sebab tu, kalau waktu ni anda masih bekerja dengan orang, menabunglah untuk beli peralatan yang diperlukan untuk anda jalankan kerja-kerja dari rumah nanti. 

 
Kerja dari rumah ni tak syok mana untuk sesetengah orang. Tapi, bila anda dah laluinya, dan berjaya buat duit pula tu, anda mesti akan rasa TAK NAK kerja dengan orang lagi dah. 


Jom baca review saya tentang Jobdirumah disini
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...