Saturday, June 10, 2017

Jobdirumah - Bina karier sebagai seorang Freelancer atau pekerja bebas dari rumah


Anda dah dapatkan Panduan Jobdirumah ke belum? 


Kalau masih belum dapatkan lagi, bolehlah dapatkan sekarang ini


Sekarang ni, pihak Kliks Solution sedang mengadakan promosi sempena Hari Raya 2017. 


Ia dijual dengan harga diskaun, yang pada saya, ianya tidak begitu mahal. 


Lebih kurang macam nak beli kad topup je harganya. Cuma bezanya kalau kita pakat beli kad topup, lepas habis guna, kita kena beli lain. 


Tapi kalau guna duit tu untuk dapatkan ilmu baru, iaitu ilmu buat duit dari rumah, kemudian anda praktikkan pula ilmu tu, In Shaa Allah lepas ni lebih banyak kad topup yang anda boleh beli. 


Thursday, June 8, 2017

Jobdirumah buat Promosi Raya 2017!





Ada berita baik bagi mereka yang sebelum ni memang menyimpan hasrat nak dapatkan Panduan Jobdirumah, tapi masih belum dapatkan lagi atas alasan tak cukup duit, mahal... dan macam-macam lagi.


Pihak Kliks Solution selaku pemilik ekursus ini sedang mengadakan promosi sempena hari raya tu.


Anda boleh klik ke sini sekarang.


Harga biasa untuk panduan Jobdirumah ni ialah RM80.


Tapi sempena promosi bulan puasa campur nak raya ni, ada diskaun.


Anda boleh dapatkan panduan jobdirumah ni dengan harga serendah RM30 sahaja. Itupun anda kena bertindak cepat sementara tawaran ini masih lagi dibuka.


Esok-esok kalau dah tutup... terpaksalah tunggu ofer lain.


Itupun kalau ada lagi offer macam ni.


Bertindaklah cepat dan mulakan perjalanan anda sebagai seorang freelancer yang berjaya hari ini. Muat turun menerusi link ini ya.


Sunday, April 2, 2017

Bro, you kerja apa?


Ini soalan wajib yang saya perlu jawab setiap kali saya join mana-mana sesi gathering


Tak kiralah, sama ada gathering tersebut bersempena dengan kenduri kahwin, hari raya, atau apa-apa sesi gathering


Soalan tu memang sangat membosankan. 


Saya tak ingat, entah dah berapa kali saya jawab, saya kerja sebagai freelancer.

kerja-sebagai-freelancer


Saya suka dengan kerja saya sekarang ini. 


Saya boleh kerja pada bila-bila masa yang saya suka. Saya boleh bercuti setiap hari kalau saya mahu. 


... dan kalau saya nak bekerja setiap masa juga tak ada masalah. 


Jadual saya, saya sendiri yang tetapkan dan saya sendiri yang atur. Saya tak terikat dengan jadual kerja 9 pagi hingga 6 petang, seperti yang saya pernah lalui sebelum ini masa bekerja sebagai seorang executive dulu. 

Friday, March 31, 2017

Tambahkan pendapatan dengan menjadi freelancer atau pekerja bebas


Macam mana nak tambahkan pendapatan? Soalan ini sememangnya mengajak minda untuk ligat berfikir lantas mencetuskan idea-idea yang rasional dan praktikal untuk menghasilkan pendapatan tambahan.


Sesetengah orang, mungkin akan pilih cara berniaga. 


Tak mampu nak berniaga kat kedai-kedai, tak ada masa nak berniaga kat pasar-pasar, boleh sahaja berniaga secara online. 

tambah-pendapatan-dengan-berniaga

Zaman sekarang ni, boleh dikatakan semua orang ada akaun media sosial. 


Terutama sekali kalau individu tersebut merupakan penggunakan smartphone. Mesti nak daftar akaun dengan media sosial. 


Berniaga di media sosial bukannya susah sangat. 


Ianya semudah update status. 


Tapi itu la. Bukan semua orang suka nak berniaga. Mungkin segan. Takut kena perli. Risau kalau barang yang diniagakan tak laku. 


Wednesday, March 29, 2017

Sakit pun masih boleh kerja


Saya ada seorang kenalan di media sosial yang baru-baru ni "dicutikan" sebab alami kemalangan. Kecederaan yang agak teruk di kaki.





Kalau cedera macam ni, memang tak boleh buat apa-apa. Nak jalan pun tak boleh, nak keluar pergi kerja pun tak boleh. 


Tapi, kalau ada buat kerja sampingan dari rumah, sementara tengah cuti macam ni, bolehlah fokus pada kerja-kerja tersebut. 


Memang untunglah siapa yang pernah belajar dari Panduan Jobdirumah dan dah hadam. 


Kalau anda tak berjaya dapatkan kerja sekalipun, saya yakin anda akan dapat idea macam mana nak dapatkan kerja tanpa perlu melalui portal kerja yang perlu bersaing dengan ramai freelancer dari seluruh dunia. 


Yang belum join tu, boleh klik sini untuk join







Wednesday, March 22, 2017

Kontes SEO Belajar Buat Blog untuk para penulis blog


Sekarang ni, kontes SEO "Belajar Buat Blog" masih lagi berjalan. Persaingan untuk mendapatkan kedudukan pertama di laman web carian google memang sangat sengit. 



Saya juga telah hantar artikel penyertaan untuk kontes SEO "belajar buat blog" ini. 


Daripada tinjauan yang saya lakukan, artikel saya telahpun ditendang ke page yang kedua. 


Nampaknya ada ramai lagi blogger yang menginginkan kemenangan berbanding saya. 


Beberapa hari kebelakangan ini, saya memang agak cuai. 


Disebabkan kecuaian saya ini, akhirnya blog saya yang sebelum ini kelihatan ada peluang untuk memenangi kontes ini akhirnya tercampak ke page yang kedua. 


Saya rasa, kalau perkara ini dibiarkan lebih lama, ada kebarangkalian untuk blog saya tu terus jatuh ke page ketiga keempat dan seterusnya. 


Mujurlah, masa untuk kontes ini masih panjang. 


Masih ada masa untuk perbaiki kedudukan blog tersebut. 


Masih ada masa untuk lakukan usaha saat-saat akhir supaya tak terus terjatuh. 


Memang benarlah, siapa yang berusaha pasti akan berjaya. Bila saya dah kurang buat kerja-kerja promosi, maka kesannya ialah, blog saya kelihatan tanda-tanda akan makin jatuh dan terus jatuh.


Jadi nampaknya lepas ini, saya perlu monitor perkembangan artikel tersebut dengan lebih dekat. 


Jika masih lagi berada pada kedudukan yang membimbangkan seperti ini, maka usaha yang lebih kuat dan drastik perlu dilakukan. 


Tak apa. 


Masih ada masa. 


Masih ada peluang untuk perbaiki kesilapan yang dilakukan sebelum ini. 


Jika ada dalam kalangan pembaca, yang sudi untuk tolong dan sokong saya dalam pertandingan ini, harap anda boleh buat perkara mudah ini. 


1. Layari laman web saya menerusi pautan ini. 
http://www.sabreehussin.com/belajar-buat-blog/


2. Baca artikel tersebut. 


3. Tinggalkan komen pada artikel tersebut. Tulis sahaja apa-apa komen yang berkaitan dengan artikel tersebut. 


Itu sahaja. 


Mudah, kan? 


Jadi, bolehlah anda tolong saya kan ha3


Ok, pada blog saya tu, ada ruangan website/url yang anda boleh masukkan apa-apa website anda. Anda akan nampak opsyen ini semasa nak tulis komen. 


Gunakan peluang ini untuk promosikan website anda juga. 


Cubalah.  


In Shaa Allah, anda juga akan terima serba sedikit manfaat nanti. 


Thursday, February 23, 2017

Bekerja dari rumah dengan iLancee


Rupa-rupanya lama juga saya tak update blog ini. Sibuk betul dengan lain-lain projek bekerja dari rumah dan job yang diberikan oleh klien. 


Maka blog ini saya terpaksa rehatkan sekejap. 


Apapun, kenalah utamakan job yang berbayar berbanding kerja-kerja yang tiada bayaran. Contohnya macam kemaskini blog ini. Blog ini kalau tak dikemaskinikan pun tak ada masalah.


Kalau dapat kemaskinikan memang dah cukup bagus. 


Ini yang buat saya rasa, nak ofer servis kemaskini blog kat portal iLancee tu. Saya perhatikan, ada ramai usahawan yang memang tak ada masa nak kemaskini blognya.


Agak-agaknya berapa ya bayaran yang patut saya tetapkan. 


Tak mau la kalau cuma bayar murah-murah je. Contohnya macam RM5 untuk satu artikel la, RM15 untuk satu artikel la... ah... semua ni memang mengarut je. 


Boleh saya caj murah. 


Tapi klien kena terima je la hasil kerja saya yang mungkin tak seberapa dan tak bagus sangat tu. Sanggup ke? Kalau sanggup, ok je ha ha ha. 


Portal iLancee ni seingat saya penah ditutup beberapa kali. Kecewa jugak. Ada sekali tu, saya baru nak join sebab nak bekerja dari rumah dengan iLancee la... alih-alih dapat mesej pop up yang mengatakan web ini ditutup. 


Ditutup bagi tujuan penyelenggaraan yang makan masa yang agak lama juga. 


Kemudian baru-baru ini, nampaknya taukey iLancee dah mula bukak kedai balik. Yeah... business as usual

kerja-sambilan-dari-rumah-dengan-ilancee  

Tagline iLancee "Servis Premium, Harga Murah"


Benda-benda murah ni memang ramai yang suka. Betul tak? Saya pun suka dapatkan perkhidmatan yang murah. Sebab tu, satu masa dulu kalau nak beli apa-apa servis saya akan rujuk ke laman web Fiverr dulu.


Fiverr ini, walaupun kebanyakkan servisnya adalah murah-murah belaka, namun dari segi kualiti, ianya juga masih dikira sangat baik. 


Kiranya servis premium la. 


Kalau anda minat nak jadi seorang freelancer, boleh cuba untuk senaraikan kemahiran yang anda miliki kat laman web Fiverr. 


Manalah tau, ada rezeki anda boleh jana pendapatan dalam matawang USD. 


Memandangkan laman web fiverr ni satu dunia tertumpu kat web tersebut, mungkin peluang untuk buat duit kat situ agak tipis. 


Persaingan dalam kalangan freelancer juga agak sengit kalau kebetulan servis yang anda nak tawarkan tu memang ada banyak freelancer lain yang boleh offer. 


Dilema juga. 


Kalau offer servis yang unik sangat, takut tak ada siapa yang nak pulak... 


Jadi, kali ini, anda bolehlah pilih untuk bekerja dari rumah dengan iLancee. Portal iLancee ini bolehlah kita anggap ia sebagai alternatif kepada fiverr. 


Dari segi pasaran pun berbeza. 


Portal iLancee ini mensasarkan pengguna dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore. 


Kalau dapat pegang market Malaysia pun sebenarnya dah cukup besar. Makan tak habis dan banyak tu kerja kena buat ha ha ha. 


Oh saya ada tulis secara panjang lebar tentang topik ni kat dua blog saya. Kalau minat nak baca, boleh klik pada link blog saya yang saya nyatakan kat bawah ni ya. 


Link 1 - Kerja dari rumah dengan iLancee 


Link 2 - Kerja sambilan dari rumah dengan iLancee  


Saya pun dah join laman web iLancee ini. 


Cuma masih belum ada kesempatan nak senaraikan servis saya kat portal tersebut. Tunggulah. 


Bila kerja yang ada kat tangan ni dah beres, baru serang habis-habisan market kat portal iLancee tu.


Apa pun, terima kasihlah sebab sudi nak baca perkongsian saya pasal "bekerja dari rumah dengan iLancee" ni ye.  

 


  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...