Thursday, February 23, 2017

Bekerja dari rumah dengan iLancee


Rupa-rupanya lama juga saya tak update blog ini. Sibuk betul dengan lain-lain projek bekerja dari rumah dan job yang diberikan oleh klien. 


Maka blog ini saya terpaksa rehatkan sekejap. 


Apapun, kenalah utamakan job yang berbayar berbanding kerja-kerja yang tiada bayaran. Contohnya macam kemaskini blog ini. Blog ini kalau tak dikemaskinikan pun tak ada masalah.


Kalau dapat kemaskinikan memang dah cukup bagus. 


Ini yang buat saya rasa, nak ofer servis kemaskini blog kat portal iLancee tu. Saya perhatikan, ada ramai usahawan yang memang tak ada masa nak kemaskini blognya.


Agak-agaknya berapa ya bayaran yang patut saya tetapkan. 


Tak mau la kalau cuma bayar murah-murah je. Contohnya macam RM5 untuk satu artikel la, RM15 untuk satu artikel la... ah... semua ni memang mengarut je. 


Boleh saya caj murah. 


Tapi klien kena terima je la hasil kerja saya yang mungkin tak seberapa dan tak bagus sangat tu. Sanggup ke? Kalau sanggup, ok je ha ha ha. 


Portal iLancee ni seingat saya penah ditutup beberapa kali. Kecewa jugak. Ada sekali tu, saya baru nak join sebab nak bekerja dari rumah dengan iLancee la... alih-alih dapat mesej pop up yang mengatakan web ini ditutup. 


Ditutup bagi tujuan penyelenggaraan yang makan masa yang agak lama juga. 


Kemudian baru-baru ini, nampaknya taukey iLancee dah mula bukak kedai balik. Yeah... business as usual

kerja-sambilan-dari-rumah-dengan-ilancee  

Tagline iLancee "Servis Premium, Harga Murah"


Benda-benda murah ni memang ramai yang suka. Betul tak? Saya pun suka dapatkan perkhidmatan yang murah. Sebab tu, satu masa dulu kalau nak beli apa-apa servis saya akan rujuk ke laman web Fiverr dulu.


Fiverr ini, walaupun kebanyakkan servisnya adalah murah-murah belaka, namun dari segi kualiti, ianya juga masih dikira sangat baik. 


Kiranya servis premium la. 


Kalau anda minat nak jadi seorang freelancer, boleh cuba untuk senaraikan kemahiran yang anda miliki kat laman web Fiverr. 


Manalah tau, ada rezeki anda boleh jana pendapatan dalam matawang USD. 


Memandangkan laman web fiverr ni satu dunia tertumpu kat web tersebut, mungkin peluang untuk buat duit kat situ agak tipis. 


Persaingan dalam kalangan freelancer juga agak sengit kalau kebetulan servis yang anda nak tawarkan tu memang ada banyak freelancer lain yang boleh offer. 


Dilema juga. 


Kalau offer servis yang unik sangat, takut tak ada siapa yang nak pulak... 


Jadi, kali ini, anda bolehlah pilih untuk bekerja dari rumah dengan iLancee. Portal iLancee ini bolehlah kita anggap ia sebagai alternatif kepada fiverr. 


Dari segi pasaran pun berbeza. 


Portal iLancee ini mensasarkan pengguna dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore. 


Kalau dapat pegang market Malaysia pun sebenarnya dah cukup besar. Makan tak habis dan banyak tu kerja kena buat ha ha ha. 


Oh saya ada tulis secara panjang lebar tentang topik ni kat dua blog saya. Kalau minat nak baca, boleh klik pada link blog saya yang saya nyatakan kat bawah ni ya. 


Link 1 - Kerja dari rumah dengan iLancee 


Link 2 - Kerja sambilan dari rumah dengan iLancee  


Saya pun dah join laman web iLancee ini. 


Cuma masih belum ada kesempatan nak senaraikan servis saya kat portal tersebut. Tunggulah. 


Bila kerja yang ada kat tangan ni dah beres, baru serang habis-habisan market kat portal iLancee tu.


Apa pun, terima kasihlah sebab sudi nak baca perkongsian saya pasal "bekerja dari rumah dengan iLancee" ni ye.  

 


  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...