Friday, March 31, 2017

Tambahkan pendapatan dengan menjadi freelancer atau pekerja bebas


Macam mana nak tambahkan pendapatan? Soalan ini sememangnya mengajak minda untuk ligat berfikir lantas mencetuskan idea-idea yang rasional dan praktikal untuk menghasilkan pendapatan tambahan.


Sesetengah orang, mungkin akan pilih cara berniaga. 


Tak mampu nak berniaga kat kedai-kedai, tak ada masa nak berniaga kat pasar-pasar, boleh sahaja berniaga secara online. 

tambah-pendapatan-dengan-berniaga

Zaman sekarang ni, boleh dikatakan semua orang ada akaun media sosial. 


Terutama sekali kalau individu tersebut merupakan penggunakan smartphone. Mesti nak daftar akaun dengan media sosial. 


Berniaga di media sosial bukannya susah sangat. 


Ianya semudah update status. 


Tapi itu la. Bukan semua orang suka nak berniaga. Mungkin segan. Takut kena perli. Risau kalau barang yang diniagakan tak laku. 




Ataupun tak berani nak keluarkan modal bagi mendapatkan stok barangan untuk diniagakan. 


Sebenarnya pada hari ini, memang ada cara untuk berniaga tanpa perlu risau soal modal. Tetapi, benda yang tak perlu modal ni, keuntungannya juga tidaklah begitu banyak, jika kita nak bandingkan dengan perniagaan yang memerlukan kita untuk keluarkan modal. 


Antara model perniagaan yang tak perlu keluar modal ialah 

1. Model perniagaan berkonsepkan Affiliate Marketing 

2. Model perniagaan berkonsepkan dropship


Kedua-dua contoh yang saya berikan kat atas tu, adalah contoh yang terbukti berjaya dan mampu untuk berikan pendapatan tambahan kepada pengamalnya. 


Bagi orang yang tak mempunyai business minded, mungkin mereka tak berapa minat nak berniaga seperti itu. 


Tapi, individu seperti ini tak ada masalah untuk buat duit dengan menjadi seorang freelancer. 


Kerja sebagai seorang freelancer atau pekerja bebas ini mudah sahaja. Anda mohon pekerjaan di laman web carian kerja, dan apabila anda berjaya dapat kerja tersebut, siapkan lalu hantar tugasan tersebut kepada majikan yang tawarkan kerja. 


Asalkan anda buat seperti mana yang dikehendaki oleh majikan, maka anda boleh terima upahnya.


Kerja-kerja seperti ini ada pelbagai. 


Ada kerja data entry, data mining, data extraction, kerja penulisan artikel, kerja menghasilkan logo dan macam-macam lagi. 


Bergantung pada apa kemahiran anda. Pasti ada majikan yang memerlukan khidmat anda dan sanggup untuk bayar upah kepada anda. 


Adakah ianya sebegitu mudah? 


Tak juga. 


Memohon kerja dari rumah menerusi laman web carian kerja, memerlukan anda untuk bersaing dengan ramai lagi freelancer yang ada diluar sana. 


Anda perlu memaparkan dan menunjukkan kepada bakal majikan, bahawa anda adalah orang yang tepat untuk menerima dan menyiapkan tugasan yang diperlukan. 


Kepakaran dan kemahiran saya adalah penulisan artikel. 


Maka kebanyakkan kerja-kerja yang saya buat adalah kerja dalam bidang tersebut, iaitu kerja yang memerlukan saya untuk menulis artikel. 


Tak mungkin dan mustahil untuk saya memohon kerja dalam bidang reka bentuk logo dan sebagainya. Kalau saya cuba buat jugak, memang hancur la jadinya. 


Saya memang tak pandai nak buat-buat design ni. Kalau menulis tu, saya tau la jugak. Walaupun tak begitu pakar, tapi setidak-tidaknya apa yang saya tulis di internet, dapat juga membantu saya untuk jana pendapatan. 


Saya ada buat blog khusus untuk saya update tentang hasil yang saya perolehi apabila menjadi penulis di internet. Anda boleh baca blog saya, iaitu "buat duit blogging".


Jangan salah faham pulak ye. 


Blog tu saya tulis bukannya sebab nak menunjuk-nunjuk atau apa. 


Saya buat blog tersebut sebagai booster, sebagai reminder pada saya untuk kuatkan lagi usaha untuk buat duit di internet. 


Selain itu, saya juga harap apa yang saya kongsikan di sana dapat dijadikan inspirasi dan motivasi untuk pembaca di luar sana turut ikut jejak langkah saya buat duit di internet. 


Bukan susah sangat pun. 


Cuma perlu blogging je. 


Bila anda dah mahir menulis blog, dah pandai buat duit hanya menerusi penulisan, lepas ini anda boleh jadikan ia sebagai satu nilai tambah dalam portfolio anda. 


Anda boleh katakan kepada bakal-bakal majikan kat luar sana, bahawa anda adalah freelancer yang paling tepat untuk diupah kerana anda ada kemahiran buat duit dengan cara menulis sahaja


Baiklah. 


Mereka yang tak minat berniaga tu, saya faham. Saya juga bukan minat sangat berniaga. Tak nak ada komitmen, tak nak kena kacau dengan pelanggan mahupun prospek. 


Nak hidup yang tenang-tenang sahaja. 


Sebab itu, saya mulakan dengan belajar macam mana nak jadi seorang freelancer dan bekerja hanya dari rumah sahaja. 


Panduan awal yang saya rujuk dulu, dah tentu adalah Panduan Jobdirumah. Anda boleh muat turun panduan ini disini


Nak buat duit dengan bekerja dari rumah ini, bukannya susah dan tidak juga terlampau mudah. 


Ia lebih kurang macam kita mintak kerja kat luar sana. Ada ragamnya yang tersendiri. 


Yang penting, anda kena ada minat. Sanggup belajar dan teruskan usaha. Janganlah bila cuba kali pertama tak berjaya, terus nak give up pulak. 


Jarang saya dengar, ada yang terus berjaya walaupun baru cuba sekali sahaja.      







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...