Panduan jobdirumah yang akan menerangkan dan memberi penjelasan selok belok tentang cara bekerja hanya dari rumah
Showing posts with label contoh tugasan kerja dari rumah. Show all posts
Showing posts with label contoh tugasan kerja dari rumah. Show all posts
Tuesday, March 22, 2016
Panduan Jobdirumah: Jika sekadar beli memang tak akan ada manfaatnya
Adakah anda dah beli panduan jobdirumah ini, tapi sampai sekarang masih...
x Belum pernah log in ke sistem jobdirumah
x Belum pernah baca panduan yang dibeli tu
x Belum pernah tonton video-video tutorial yang diberikan
x Dah tonton video namun tak tonton sampai habis
x Tak pernah ikut walaupun satu benda pun yang diajarkan dalam panduan ini
x Tak pernah langsung cuba untuk bid sebarang pekerjaan
x Sampai sekarang masih belum pernah register dalam mana-mana laman web pekerjaan online
x Tak pernah pun cuba nak menyertai program affiliate Jobdirumah dan buat duit dengan menjadi ejen
x Tak pernah merasa walaupun USD1 income daripada buat kerja-kerja dari rumah
x Tak pernah mula langsung untuk buat sebarang kerja...
Maka pelaburan anda sebanyak RM50 untuk mendapatkan panduan Jobdirumah ini adalah sia-sia belaka.
Jika ini semua yang terjadi, maka jangan nak salahkan Jobdirumah sebagai program yang menipu ataupun program yang scam.
Apa yang saya nampak, masalah sebenarnya datang dari diri anda sendiri. Anda yang tak nak mulakan, maka bagaimana anda boleh mengharap untuk mendapat bayaran dari pihak Jobdirumah pula. Ianya MUSTAHIL wahai kawan...
"Mulakan dengan tugasan yang mudah-mudah sahaja dulu"
Itu sahaja saranan saya untuk anda. Jika anda merasakan kerja yang ada begitu susah nak dilakukan, carilah kerja lain di laman web lain yang menawarkan kerja-kerja yang mudah.
Anda tak tau kerja yang mudah tu bagaimana? Jangan khuatir kawan... baca kat sini untuk mengetahui dua contoh kerja yang mudah.
Jangan jadikan pelaburan ini sebagai suatu yang sia-sia. Jangan tiru macam saya. Saya pun pernah jadi seorang yang cuai, yang asyik bertangguh masa untuk mula bekerja.
Akhirnya sampai sekarang, saya baru berjaya dapat beberapa USD sahaja. Sedangkan saya dah join Jobdirumah sejak tahun 2010 lagi.
Sepanjang tempoh tersebut, saya lebih banyak buat kerja-kerja affiliate dan buat duit dengan menghasilkan komisyen affiliate semata.
Terus terang saya kata, panduan jobdirumah ni, jika anda sekadar beli, tapi anda langsung tak ada tindakan seterusnya... yang rugi adalah anda. Bukannya saya, bukannya pihak Jobdirumah.
Jadi buat para pembeli sebelum ni, cepat-cepatlah apply job.
... dan buat yang belum pernah baca panduan ni, boleh baca kat sini.
Saturday, March 19, 2016
Ini dia contoh tugasan mudah untuk bekerja dari rumah
Sejak dua atau mungkin tiga hari yang lepas, saya agak sibuk dengan kerja-kerja mudah dan bernilai rendah yang terdapat di laman web bekerja dari rumah antarabangsa.
Walaupun dari segi nilai bayaran yang bakal diterima adalah begitu rendah, sen-sen sahaja, namun apa yang buatkan ianya tidaklah sia-sia untuk dilakukan adalah kerana terdapat perbezaan pada kadar tukaran matawang, antara duit kita dengan duit USD.
Sebagai contoh, untuk kerja yang membayar upah sebanyak USD0.11 macam dalam gambar kat atas tu, kalau kita convert kepada duit kita, nilaian dia adalah lebih kurang 4 kali ganda dari nilai tu.
Katakanlah, pada hari ini, USD1 bersamaan dengan RM4, maka kalau USD0.11 ianya bersamaan pula dengan
USD0.11 x 4 = RM0.44
Ala... 44 sen je ke? Ye. 44 sen sahaja, dan memang ia tak akan menjadikan anda kaya pun. Tak mungkin dan tak akan.
Sebenarnya kadar bayaran adalah bergantung kepada tahap kesukaran sesuatu kerja. Kalau kerja tu senang je, memang bayaran yang kita akan terima pun tak begitu tinggi.
Baik. Kalau anda tak minat dengan kerja-kerja yang membayar sebegini ciput, masih ada banyak lagi pilihan.
Ada banyak lagi senarai laman web bekerja dari rumah yang memberikan pulangan yang lebih lumayan dari ini.
Anda boleh dapatkan senarai penuh laman web bekerja dari rumah yang tidak menipu dan confirm membayar di laman web Jobdirumah.
Kerja memang tak akan habis.
Namun tak tentu lagi, kita sanggup dan mampu atau tak nak siapkan kerja-kerja yang berlambak tu. Namun jangan risau, setiap kerja yang disiapkan, pasti ada upahnya.
Ok la... kalau nak baca review saya tentang jobdirumah, bolehla baca artikel ini.
Klik: Review Jobdirumah
Subscribe to:
Posts (Atom)

