Panduan jobdirumah yang akan menerangkan dan memberi penjelasan selok belok tentang cara bekerja hanya dari rumah
Saturday, April 2, 2016
Satu projek baru untuk bekerja dari rumah dengan lebih baik
Satu hari tu, entah macam mana saya dapat satu ilham untuk mulakan satu projek baru. Satu projek yang pada saya memerlukan modal yang agak besar.
Lepas dikira-kira, di tambah, tolak, darab dan bahagi... adalah lebih kurang RM4,000 yang saya perlukan untuk jalankan projek ni.
RM4,000?!
Mana la aku nak cari modal banyak ni. Nak keluar RM50 sebagai modal untuk belajar macam mana nak bekerja dari rumah pun ramai yang tak sanggup, alih-alih nak kena keluarkan modal sebanyak ni. Saya tengah cerita pasal panduan Jobdirumah la... panduan yang korang anggap sebagai scam tu.
RM4,000 tu... kalau gagal macam mana?
Aha... maka secara tersiratnya, satu subjek baru iaitu subjek "Risk Management" ataupun "Pengurusan Risiko" perlu diteliti.
Projek yang saya duk fikir ni, apabila ia berjaya dilancarkan, ia bukan sahaja bakal beri kelebihan dan manfaat kepada saya, sebaliknya kepada ramai lagi individu kat luar sana.
Yang minat untuk buat duit tambahan, hanya dengan bekerja dari rumah.
Jadi, salah satu kaedah untuk saya raised fund ialah dengan menawarkan servis advertorial dengan kos yang sangat murah di laman web ini. How about satu advertorial saya caj anda dengan bayaran sebanyak RM10 sahaja?
Pastinya ia tak akan mencederakan poket anda langsung, dan jika berlaku jualan, anda juga yang akan senyum besar.
Post advertorial itu pula akan terus berada di laman web saya sampai bila-bila. Itu kelebihannya.
Ok...
Kalau nak bagi cukup RM4,000 saya kena tulis 400 advertorial. Ho ho
Nampak macam satu cabaran baru yang macam seronok untuk dilakukan ni.
Saya masih lagi mempromosikan panduan Jobdirumah macam biasa. Boleh klik pada pautan ini untuk muat turun dan baca panduan Jobdirumah ni ya.
Monday, March 28, 2016
Komisyen Jobdirumah masuk pada petang Ahad
Rezeki kalau nak masuk, ia tak kira hari. Kadang-kadang kita tak menyangka, yang hari Ahad pun ada orang yang berminat nak belajar cara-cara nak bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer.
Lalu orang tersebut pun memuat turun panduan Jobdirumah ni.
Hari Ahad, selalunya orang akan manfaatkan hari-hari seperti ini bersama dengan keluarga. Sama ada nak keluar shopping, lepak-lepak, makan angin dan apa-apa lagi yang patut.
Namun tak semua orang mempunyai duit yang cukup untuk buat semua tu. Maklum sahajalah kan, semua ini memerlukan belanja untuk dilakukan.
Jadi, siapa yang ada kemahiran tu, bolehlah belajar-belajar untuk bekerja dari rumah. Konsep bekerja dari rumah ini memang dah terkenal di negara luar, dan mereka namakan ia sebagai telecommuting.
Adakah negara kita Malaysia dah bersedia untuk bekerja dalam persekitaran yang seperti itu? Yang mana seseorang pekerja itu dapat melakukan tugasan-tugasan mereka tanpa perlu berada di pejabat secara fizikal.
Mungkin... Ianya suatu yang tak mustahil untuk berlaku. Lagipun kita juga menuju ke arah negara maju.
Dan ya, mudah-mudahan kita tak terancam mahupun diancam dengan serangan pengganas yang mengakibatkan suasana panik.
Lebih kurang jam 6.00 petang, saya menerima emel notifikasi dari Pihak Jobdirumah yang mengatakan saya telah berjaya menerima komisyen.
Senyum.
Sebab dapat sales, walaupun hari ni baru dapat satu sales. Dalam hati berdoa, moga-moga lepas ni akan ada ramai lagi yang akan jadi pelanggan yang berminat untuk belajar cara-cara buat duit sebagai seorang freelancer ni.
Ini salah satu kelebihan menjadi ahli Jobdirumah.
Asalkan kita rajin buat kerja, tau apa benda nak kena buat, memang kita akan dapat bayaran dalam bentuk komisyen seperti ini.
Ramai dah yang berjaya dapat komisyen seperti ini.
Malahan ada jugak yang dpat lagi banyak dari saya. Semua tu adalah rezeki dan ia juga sedikit sebanyak bertitik tolak daripada usaha yang dijalankan oleh individu tersebut.
Kalau ada yang kata, join Jobdirumah ni rugi atau ada yang kata jobdirumah ni scam la... mungkin sebab mereka ni tak pernah terima walau satu sen pun apa-apa income dari Jobdirumah.
Namun demikian, adalah sangat tak patut, kalau tak pernah dapat income dari Jobdirumah, terus nak tuduh yang Jobdirumah ni menipu atau scam.
Pada saya, apabila sesebuah program itu mendakwa yang kita boleh jana pendapatan ataupun boleh buat duit dengan bantuan program tersebut, maknanya kita memang boleh buat duit.
Lagi-lagi kalau ada orang lain yang memang terbukti dah berjaya buat duit dengan Jobdirumah, lagilah ini merupakan satu bukti yang sangat konkrit, yang benda ni memang boleh buat duit.
Kalau yang masih tak percaya tu, saya pun tak boleh nak kata apa lagi dah.
Tapi, kalau anda rasa yang anda ada peluang dan mahukan peluang yang sama untuk buat duit dari rumah, seperti yang saya lakukan sekarang ni, bolehlah baca panduan ini. Klik sini untuk download panduan Jobdirumah.
Wednesday, March 23, 2016
Apa yang tak kena dan pelik dengan sistem dua kerja?
Kebanyakkan kenalan yang saya jumpa, masing-masing mempunyai lebih dari satu kerja.
Satu kerja hakiki. Kemudian ada kerja part time, dan buat yang memang produktif, mereka akan tambah lagi dengan bisnes secara part time.
Kerja hakiki tu biasalah. Ia adalah kerja yang akan dijadikan sumber pendapatan utama. Biasanya kerja hakiki ini akan mengambil kebanyakkan masa dan kehidupan kita di zaman dewasa.
Kemudian ada pula kerja part time. Kerja part time ni lebih kurang macam kerja-kerja yang boleh kita lakukan dari rumah. Bila ada kerja maka ada la pendapatan. Panduan untuk bekerja dari rumah di kenali sebagai Panduan Jobdirumah.
Biasanya kita ni lebih dikenali sebagai seorang freelancer. Kita buat kerja-kerja yang orang lain tak nak buat, kemudian mereka outsource sahaja kepada seorang freelance.
Sama ada kerja-kerja tersebut seperti kerja penulisan, design, pembinaan laman web dan sebagainya.
Tak cukup dengan dua ni, boleh juga ditambah dengan aktiviti seterusnya, iaitu buat bisnes sendiri secara part time.
Buat bisnes sendiri secara part time ni kelebihannya ialah, kita boleh buat pada bila-bila masa sahaja yang kita suka, dan pada masa yang sama, kita juga boleh buat seberapa banyak bisnes yang kita suka.
Masih tak tau nak buat bisnes apa?
Anda boleh buat bisnes simkad Tone Excel, bisnes simkad ONEXOX, boleh jual barang-barang kat laman web Lazada, Trivago, bookcafe, dan macam-macam lagi.
Realitinya, saya sendiri memang dah agak lama buat macam-macam kerja dalam satu masa. Tak perlu pun nak tunggu di cadangkan.
Jika keadaan ini berterusan, nampaknya akan berlaku satu masa nanti, setiap orang perlu ada kerja part time, dan kena ada bisnes sampingan juga secara part time.
Masa kita akan dipenuhi dengan hal-hal dan urusan untuk dapatkan duit sahaja.
Ai... entahla.
Apa pun, kalau anda nak baca panduan macam mana nak bekerja dari rumah, boleh baca kat sini.
Tuesday, March 22, 2016
Panduan Jobdirumah: Jika sekadar beli memang tak akan ada manfaatnya
Adakah anda dah beli panduan jobdirumah ini, tapi sampai sekarang masih...
x Belum pernah log in ke sistem jobdirumah
x Belum pernah baca panduan yang dibeli tu
x Belum pernah tonton video-video tutorial yang diberikan
x Dah tonton video namun tak tonton sampai habis
x Tak pernah ikut walaupun satu benda pun yang diajarkan dalam panduan ini
x Tak pernah langsung cuba untuk bid sebarang pekerjaan
x Sampai sekarang masih belum pernah register dalam mana-mana laman web pekerjaan online
x Tak pernah pun cuba nak menyertai program affiliate Jobdirumah dan buat duit dengan menjadi ejen
x Tak pernah merasa walaupun USD1 income daripada buat kerja-kerja dari rumah
x Tak pernah mula langsung untuk buat sebarang kerja...
Maka pelaburan anda sebanyak RM50 untuk mendapatkan panduan Jobdirumah ini adalah sia-sia belaka.
Jika ini semua yang terjadi, maka jangan nak salahkan Jobdirumah sebagai program yang menipu ataupun program yang scam.
Apa yang saya nampak, masalah sebenarnya datang dari diri anda sendiri. Anda yang tak nak mulakan, maka bagaimana anda boleh mengharap untuk mendapat bayaran dari pihak Jobdirumah pula. Ianya MUSTAHIL wahai kawan...
"Mulakan dengan tugasan yang mudah-mudah sahaja dulu"
Itu sahaja saranan saya untuk anda. Jika anda merasakan kerja yang ada begitu susah nak dilakukan, carilah kerja lain di laman web lain yang menawarkan kerja-kerja yang mudah.
Anda tak tau kerja yang mudah tu bagaimana? Jangan khuatir kawan... baca kat sini untuk mengetahui dua contoh kerja yang mudah.
Jangan jadikan pelaburan ini sebagai suatu yang sia-sia. Jangan tiru macam saya. Saya pun pernah jadi seorang yang cuai, yang asyik bertangguh masa untuk mula bekerja.
Akhirnya sampai sekarang, saya baru berjaya dapat beberapa USD sahaja. Sedangkan saya dah join Jobdirumah sejak tahun 2010 lagi.
Sepanjang tempoh tersebut, saya lebih banyak buat kerja-kerja affiliate dan buat duit dengan menghasilkan komisyen affiliate semata.
Terus terang saya kata, panduan jobdirumah ni, jika anda sekadar beli, tapi anda langsung tak ada tindakan seterusnya... yang rugi adalah anda. Bukannya saya, bukannya pihak Jobdirumah.
Jadi buat para pembeli sebelum ni, cepat-cepatlah apply job.
... dan buat yang belum pernah baca panduan ni, boleh baca kat sini.
Monday, March 21, 2016
Bukti buat duit hanya bekerja dari rumah part time
Dalam posting saya yang lepas, saya ada cerita tentang contoh tugasan mudah yang boleh kita lakukan hanya dari rumah. Tugasan-tugasan tersebut kebanyakkan memang mudah-mudah belaka.
Antara kerja yang perlu kita lakukan ialah seperti menekan like pada FB Fanpage, komen pada video, komen pada blog dan sebagainya. Ianya sangatlah mudah hinggakan ada yang tak sanggup nak buat.
Iya... saya serius. Terlalu mudah sampaikan ada yang tak nak buat. Entah... mungkin sebab rasa kerja-kerja macam ni tak ada kelas la kot. Agaknya la. Saya mana tau macam mana orang lain berfikir. Kan lain orang lainlah gaya fikirnya.
Kalau nak tengok posting tersebut, boleh klik artikel ini. Tajuk: Ini dia contoh tugasan mudah untuk bekerja dari rumah
Untuk membuktikan yang kerja-kerja tersebut memang betul-betul mudah, maka saya sendiri telah cuba untuk buat beberapa tugasan.
Ok selepas saya pilih betul-betul, mana satu tugasan yang memang senang, maka inilah dia antara tugasan yang telah pun saya siapkan.
Ya, ada part yang saya tutup. Kalau nak tau, part itu hanyalah "BUKTI" yang menandakan saya telah pun submit tugasan tersebut. Ada maklumat yang agak sensitif, yang pada perkiraan saya, hanya pihak majikan sahaja yang patut lihat.
Lihat pula pada kolum Earned.
Itulah bayaran (yang tak seberapa) yang saya perolehi. Alhamdulillah.
Jujurnya, saya memang tak setuju dengan tindakan segelintir ahli Jobdirumah, yang dah beli panduan ni, tapi sampai sekarang masih lagi tak bertindak dan mula bekerja.
Kalau anda masih tak mula bekerja sebab anda nak fokus pada program affiliate, itu tak ada masalah. Sebab saya juga begitu. Saya lebih fokus pada kerja-kerja affiliate berbanding buat kerja dari rumah.
Fokus pada kerja-kerja afifliate juga boleh menghasilkan wang. Ini buktinya. Apa yang saya kurang setuju ialah apabila anda langsung tak buat apa-apa. Pada saya, tindakan seperti itu adalah suatu pembaziran dan anda telah mensia-siakan wang pendaftaran anda untuk menjadi ahli jobdirumah.
Anda ni dah lupa ke? Kan satu masa dulu, anda dah berjanji pada diri anda sendiri yang anda nak buat duit lepas dah dapatkan panduan ini.
Panduan ini adalah sebagai rujukan jika ada benda yang anda tak tau. Tapi, kenapa lepas dah dapat panduan, anda tak buat duit langsung?
Paling tak syok, bila ada yang terus tak nak bukak panduan tu, dan video-video tutorial dalam tu pun masih ada yang tak habis tengok. Jangan begitu dong...
Kalau rasa tak mampu nak buat kerja-kerja yang susah, anda sebenarnya ada pilihan untuk buat kerja-kerja yang lebih mudah.
Contohnya macam yang saya sendiri lakukan.
Ok la... kalau anda masih belum baca panduan ini, anda boleh baca kat sini.
Saturday, March 19, 2016
Ini dia contoh tugasan mudah untuk bekerja dari rumah
Sejak dua atau mungkin tiga hari yang lepas, saya agak sibuk dengan kerja-kerja mudah dan bernilai rendah yang terdapat di laman web bekerja dari rumah antarabangsa.
Walaupun dari segi nilai bayaran yang bakal diterima adalah begitu rendah, sen-sen sahaja, namun apa yang buatkan ianya tidaklah sia-sia untuk dilakukan adalah kerana terdapat perbezaan pada kadar tukaran matawang, antara duit kita dengan duit USD.
Sebagai contoh, untuk kerja yang membayar upah sebanyak USD0.11 macam dalam gambar kat atas tu, kalau kita convert kepada duit kita, nilaian dia adalah lebih kurang 4 kali ganda dari nilai tu.
Katakanlah, pada hari ini, USD1 bersamaan dengan RM4, maka kalau USD0.11 ianya bersamaan pula dengan
USD0.11 x 4 = RM0.44
Ala... 44 sen je ke? Ye. 44 sen sahaja, dan memang ia tak akan menjadikan anda kaya pun. Tak mungkin dan tak akan.
Sebenarnya kadar bayaran adalah bergantung kepada tahap kesukaran sesuatu kerja. Kalau kerja tu senang je, memang bayaran yang kita akan terima pun tak begitu tinggi.
Baik. Kalau anda tak minat dengan kerja-kerja yang membayar sebegini ciput, masih ada banyak lagi pilihan.
Ada banyak lagi senarai laman web bekerja dari rumah yang memberikan pulangan yang lebih lumayan dari ini.
Anda boleh dapatkan senarai penuh laman web bekerja dari rumah yang tidak menipu dan confirm membayar di laman web Jobdirumah.
Kerja memang tak akan habis.
Namun tak tentu lagi, kita sanggup dan mampu atau tak nak siapkan kerja-kerja yang berlambak tu. Namun jangan risau, setiap kerja yang disiapkan, pasti ada upahnya.
Ok la... kalau nak baca review saya tentang jobdirumah, bolehla baca artikel ini.
Klik: Review Jobdirumah
Thursday, March 17, 2016
Bayaran Komisyen Sebanyak RM100 Dari Jobdirumah Bagi Bulan Mac 2016
Kerja dah buat. Tugasan dah disiapkan. Sasaran pun dah di tetapkan. Kali ini, tinggal tunggu masa untuk dapat bayaran daripada Jobdirumah.
Adakah jobdirumah membayar ahli-ahlinya?
Sudah tentulah. Namun jangan salah faham, jobdirumah bukannya membayar semua ahlinya, sebaliknya pihak jobdirumah hanya membayar ahli-ahli yang buat kerja sahaja.
Adil la kan. Ada kerja ada hasil. Tak ada kerja, tak buat kerja, nak dapat bayaran apa bendanya? Faham?
Ini bayaran dari Jobdirumah yang saya terima bagi bulan Mac 2016.

Bayaran yang saya terima kali ini adalah sebanyak RM100 sahaja.
Jadilah kan... daripada langsung tak dapat kan. Upah ini adalah kerana saya telah membantu mendapatkan pelanggan yang baru untuk pihak Jobdirumah.
Ia dikira daripada 1 February hingga 29 February yang lepas. Dalam tempoh tersebut, apabila ada jualan yang terhasil, dan ada pelanggan yang membeli panduan ini, maka bayaran komisyen untuk saya akan dibayar pada bulan seterusnya.
Sales untuk bulan Mac ni masih belum lagi di finalize kan. So masih lagi dalam peringkat pengiraan. In Shaa Allah, bulan April nanti tau la berapa banyak yang saya terima.
Apa pun, jika anda ingin mencapai hasil yang sama macam yang saya dapatkan ni, anda perlu jadi ejen affiliate jobdirumah terlebih dahulu.
Sebaik-baiknya anda jadi pelanggan dulu, kemudian kalau anda puas hati dengan latihan yang diberikan, barulah anda jadi ejen affiliate.
There is no point untuk anda mempromosikan sesuatu yang anda sendiri tak suka atau benci. Sebab tu kena jadi ahli dulu, dan ikuti latihan yang diberikan. Bila dah betul-betul faham, then barulah move on ke step yang seterusnya iaitu sama ada nak buat duit sebagai ejen affiliate atau nak buat duit sebagai pekerja dari rumah.
Ok la, baca panduan jobdirumah tu kat sini ye.
Subscribe to:
Posts (Atom)



