Tuesday, November 10, 2015

Bahagian PALING SUSAH apabila merancang untuk bekerja dari rumah



Apa yang terlintas di fikiran anda bila topik tentang bekerja dari rumah diperkatakan? Apa yang anda bayangkan? Apa perkara pertama yang bermain dalam fikiran anda? 


Bekerja dari rumah sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. 


Saya akan katakan ianya sedikit mencabar. Cabarannya juga tak kurang hebatnya berbanding apabila anda bekerja di pejabat. Jika anda menyangka, kerja dari rumah adalah lebih SENANG berbanding apabila anda bekerja di pejabat, think again.


Anda mungkin bercakap secara serkap jarang sahaja, ataupun sebenarnya anda bercakap berdasarkan teori semata-mata dan tak mempunyai pengalaman bekerja dari rumah. Jadi kali ini, mari saya nak kongsikan beberapa perkara tentang bekerja dari rumah yang mungkin agak jarang dibincangkan. 


Apa dia perkara paling SUSAH dan MENCABAR apabila ingin bekerja dari rumah?


Bagaimana cara anda menangani gangguan di tempat kerja? 


Apabila bekerja di pejabat misalnya, gangguan boleh jadi dalam bentuk rakan sekerja yang ajak bersembang atau bergosip, bos yang asyik bagi tugasan yang adakalanya bercampur aduk dengan hal kerja dan peribadi, bunyi deringan telefon yang tak henti-henti dan sebagainya. 


Apabila bekerja dari rumah gangguannya sedikit berbeza. 


Antaranya... 


Anak-anak 

Anak-anak pasti adalah insan paling gembira melihat ibu atau bapa sentiasa berada di rumah untuk melayan kerenahnya.


Kadang-kadang, mereka ni tak faham, masa yang kita ada dirumah, bukan semuanya untuk kita berseronok dan bermain dengan mereka semata-mata. Terdapat pembahagian masa untuk kita bermain dan untuk bekerja. 


Anak-anak yang masih belum faham, akan ganggu fokus kita untuk bekerja.


Ahli keluarga

Ibu, ayah, mak mertua, ayah mertua, pak cik, mak cik dan sebagainya... 


Mereka ni pun sama. Ada antara mereka yang tak faham kerja kita dan tak pernah cuba nak memahami apa yang kita buat. Mereka lihat, orang yang bekerja dari rumah sebagai individu yang menganggur dan tak bekerja. 


Hanya mengharapkan orang lain untuk cari duit bagi pihak mereka. 


Cabarannya kat sini ialah untuk berhadapan dengan mereka. Sekali mereka anggap yang kita sebagai "tak bekerja", memang agak susah nak perbetulkan mind set mereka.


Apa yang saya dapat katakan, mentaliti masyarakat kita masih lagi anggap bekerja sebagai "keluar dari rumah pada waktu pagi dan pulang ke rumah waktu petang." 


TV 

Bahaya. Jika anda buat kerja sambil TV terpasang, itu memang bahaya. Lagi-lagi kalau anda pasang channel yang menyiarkan rancangan-rancangan kegemaran anda. 


Macam saya sendiri, saya suka pasang channel FOX saluran 724. Memang agak susah nak fokus, lebih-lebih lagi kalau pada waktu tu cerita-cerita kegemaran saya sedang di siarkan. 


Bekerja dari rumah kena fokus pada bekerja 


Masalah ramai orang yang baru nak mula bekerja dari rumah ialah mereka gagal untuk fokus pada perkara yang sepatutnya.


Contohnya, bila ditanya pada seseorang itu kenapa nak bekerja dari rumah? 


Jawapannya yang bakal diperoleh mungkin adalah seperti 


1. Sebab tak nak di kongkong oleh bos

2. Sebab nak ada waktu bekerja sendiri

3. Supaya senang nak ambil cuti pada bila-bila masa 

4. Mudah nak jaga anak-anak 

5. Dapat jimatkan kos-kos dan perbelanjaan seperti transport, minyak dan sebagainya 


Namun hakikatnya, tak ada satu pun daripada perkara tersebut ada kena mengena dengan perkataan bekerja.


Hakikat sebenarnya, bekerja dari rumah memerlukan anda untuk BEKERJA. Bukannya fokus pada cuti, masa untuk diri sendiri, masa untuk bersama anak-anak dan sebagainya. 


Jika anda terlalu fokus pada hal-hal yang langsung tak ada kaitan dengan bekerja, maka akhirnya anda akan gagal bekerja dari rumah. Ia akan jadi, tidak bekerja langsung walaupun pada ketika itu anda telah pun berada di rumah. 



Gagal menyediakan rancangan persediaan bekerja 


Apa yang anda ingin capai pada satu-satu masa? 


Adakah anda ingin dapatkan 10 orang pelanggan untuk menjadi pelanggan anda di powergold dalam masa 30 hari? 



Adakah anda ingin mendapatkan sekurang-kurangnya 20 sales untuk produk panduan jobdirumah


Adakah anda ingin dapatkan 30 tempahan advertorial?


Mereka yang gagal untuk merancang, tanpa sedar sebenarnya sedang merancang untuk gagal. 


Bekerja dari rumah bukannya something yang kita bangun dari tidur terus bekerja dan cukup masa terus dapat bayaran. No. Bukan macam tu. 


Ia merupakan satu aktiviti terancang dan penuh dengan strategi. Barulah peluang untuk dapat income itu jadi lebih cerah. 


Pecahkan perancangan kepada untuk dalam masa 30 hari, 7 hari dan juga daily planning. Setiap hari perlu accomplish sesuatu yang baru. 


Selesaikan isu FOKUS


Apabila bekerja dari rumah, akan ada banyak gangguan dan peluang yang akan muncul didepan mata kita. 


Ingat ini... 


Bukan semua gangguan yang datang itu buruk, dan bukan semua peluang kita kena ambil. Apa yang lebih penting sekali ialah, adakah anda mempunyai rancangan? 


Kadang-kadang peluang yang datang itu sebenarnya lebih baik ia dibiarkan berlalu pergi. 


Fokus sahaja pada satu perkara yang anda sedang usahakan. 


Kuasa fokus itu lebih kuat sebenarnya apabila anda tahu bagaimana nak menggunakannya.

 
Jika anda tak tau, kat mana nak mula bila nak bekerja dari rumah, cadangan saya, mulakan dengan dapatkan panduan jobdirumah ini.



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...