Saturday, November 14, 2015

Perlu ke jadi blogger untuk mula bekerja dari rumah?


Baiklah. Soalan ini pernah ditanyakan oleh seseorang yang masih agak baru dengan budaya bekerja dari rumah.


Perlu ke seseorang yang nak bekerja hanya dari rumah mempunyai blog sendiri?


Bila dah ada blog sendiri, apa perlu buat seterusnya? Perlu ke dia menulis secara konsisten di blognya ibarat seorang blogger sepenuh masa?


Ok... 


Menjadi penulis blog adalah salah satu kaedah yang anda boleh lakukan untuk bekerja hanya dari rumah. Jika anda mempunyai strategi yang betul, anda sebenarnya boleh jadikan bidang penulisan blog sebagai karier UTAMA anda. 


Apa tidaknya, hanya dari tugasan semudah menulis blog, anda sebenarnya telah membuka peluang untuk buat duit menerusi 

1. Pengiklanan

2. Affiliate marketing 

3. Servis penulisan artikel review dan juga artikel advertorial 


... dan banyak lagi.


Sebelum anda ambil sebarang tindakan seperti nak daftar satu laman blog umpamanya, persoalan pertama yang anda perlu ambil kira ialah...


"Tahukah anda apa sebenarnya FUNGSI dan PERANAN sesebuah platform yang bakal digunakan?" 


Blog pada saya hanyalah medium komunikasi.


Macam laman web media sosial Facebook. Kita gunakan FB untuk berkomunikasi dengan masyarakat dan penduduk FB. Ia tak lebih dari itu. 


Ada ketikanya, kita akan sampaikan kepada pengguna-pengguna laman media sosial yang lain mesej tentang keupayaan kita dan apa yang mampu kita tawarkan untuk kebaikkan mereka. 


Salah satunya ialah "tawaran atau perkhidmatan yang kita boleh berikan, dengan sedikit upah." 


Jadi kat sini, tak semestinya anda perlu guna blog. 


Seandainya anda mempunyai lain-lain medium yang lebih aktif, sebagai contoh anda telah mempunyai satu laman fanpage yang telah pun mempunyai kredibiliti yang tersendiri, anda boleh fokus pada fanpage itu sahaja. 


Ataupun, kalau kita lihat pada individu yang mempunyai jaringan rangkaian profesional, mereka menggunakan medium seperti LinkedIn untuk berhubung antara satu sama lain dan untuk berinteraksi. 


Ya... jika anda selesa untuk berkomunikasi menerusi LinkedIn... ia terserah pada anda. 


Pada perkiraan saya, sebenarnya apa medium yang anda patut pilih untuk berkomunikasi kepada bakal klien anda sedikit sebanyak perlu ada kaitan dengan bidang perkhidmatan yang anda ingin dan bakal tawarkan. 


Pertamanya, saya ambil contoh situasi saya sendiri. 


Bidang perkhidmatan yang saya tawarkan adalah lebih kepada penulisan iklan, penulisan artikel review, dan artikel advertorial. 


Oleh itu, platform yang paling sesuai untuk saya gunakan dah tentu adalah medium blog. Ia lebih "dekat" dengan genre perkhidmatan yang saya sediakan.


Saya lebih banyak menjual dengan menggunakan bantuan medium blog. 


... dan kini, saya tawarkan kepakaran saya untuk menjual menerusi blog juga kepada usahawan yang minat untuk dapatkan servis dari saya. 


Dalam kes saya, sudah tentu saya WAJIB ada blog dan aktif menulis di blog-blog yang saya hasilkan.


Anda tak perlu menyandang title blogger jika mahu bekerja dari rumah. Hanya sebab anda menulis di blog, tak semestinya anda adalah blogger. In fact, anda tak perlu perkenalkan diri anda sebagai blogger jika anda tak selesa dengan title tu. 


Ibaratnya begini, Najib Razak juga sesekali akan menulis di blog nya. 


Adakah anda akan kata yang Najib Razak tu adalah seorang blogger? 


Ya... dia adalah penulis blog. Dia adalah seseorang yang menulis di blog. Namun dia bukan blogger. 


Dia menggunakan blog sebagai medium perantaraan untuk berkongsi dan berkomunikasi dengan masyarakat. 


Samalah dengan anda nanti. Blog yang bakal anda bangunkan, ia adalah medium untuk berkomunikasi. 


Namun... lama kelamaan, anda akan dapati fungsi blog anda akan berkembang. Ia tidak lagi terhad kepada medium komunikasi pada masa itu, sebaliknya ia akan berkembang menjadi medium ekspresi diri, medium penjanaan pendapatan, dan medium pembinaan jenama. 


Inilah sebahagian daripada perkara yang anda bakal pelajari dan alami sendiri dengan lebih mendalam apabila anda ingin bekerja dari rumah dengan lebih aktif. 


Tetapi, untuk permulaan, ada baiknya anda timba pengalaman dari Panduan Jobdirumah ni terlebih dahulu.


Kalau terus nak melangkah ke peringkat yang lebih Advance... nanti anda pulak yang pening dan tak tau nak buat macam mana. Jadi baik mula dari peringkat yang lebih basic. Yes?        







 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...