Saturday, November 28, 2015

Buat duit dari rumah sebagai ejen pengiklanan Nuffnang


Apabila anda memilih untuk bekerja hanya dari rumah, salah satu perkara yang perlu anda ambil maklum dengan serius ialah untuk mengenal pasti peluang-peluang untuk buat duit tambahan secara automatik tanpa mengganggu rutin-rutin harian anda. 


Oleh yang demikian, dalam perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda peluang untuk buat duit sebagai ejen pengiklanan bagi pihak syarikat Nuffnang. 


Ini adalah contoh pendapatan yang boleh diperolehi apabila anda mendaftar untuk menjadi ejen pengiklanan syarikat Nuffnang

 

Saya juga telah mendaftar untuk menjadi ejen pengiklanan bagi syarikat Nuffnang. 


Tugasnya mudah sahaja. 


Saya hanya perlu bangunkan sebuah laman web dengan memasukkan konten-konten yang relevan dan pada laman web tersebut, saya turut siarkan iklan dari Nuffnang. 


Blog yang saya gunakan untuk program pengiklanan Nuffnang ialah blog Sabree Hussin dot com ini. 


Kolum amount mencatatkan bilangan ataupun jumlah komisyen terkumpul yang berjaya diperolehi, 


Walaupun jumlahnya agak kecil, hanya sen-sen sahaja, namun kelebihannya ialah jumlah tersebut akan terus meningkat dari masa ke masa. 


Lagi lama iklan di siarkan, maka lagi besar potensi pendapatan yang boleh dihasilkan. 


Inilah istimewanya apabila buat duit dengan Nuffnang. 


Anda kena ada laman web atau laman blog. Sebaik-baiknya anda bina laman blog. Kemudian masukkan iklan dari Nuffnang dan biarkan sahaja iklan tersebut running pada laman blog anda. 


Secara teknikalnya, anda tak perlu usik apa-apa pun pada iklan Nuffnang tu tadi. 


Anda hanya perlu fokus untuk kembangkan laman blog anda dan menulis seperti biasa. 


Jadilah untuk support income utama jika bekerja dari rumah. 


Apa pun, ini hanya alternatif. 


Jika anda rujuk Panduan Jobdirumah, sebenarnya ada banyak lagi cara dan kaedah yang boleh anda gunakan untuk buat duit dari rumah. 


Pilihlah mana-mana satu yang sesuai dengan anda. 


Semoga berjaya. 



Boleh klik sini untuk muat turun panduan jobdirumah dan mula jana pendapatan! 




 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...