Saturday, November 14, 2015

Berapa belanja untuk makan jika tinggal di Kuala Lumpur?


Perbelanjaan untuk makan adalah salah satu perbelanjaan terbesar selepas belanja untuk rumah, kereta atau pengangkutan. 


Manusia... hari-hari perlu makan. Kalau tak makan... laparlah. Bila lapar, badan jadi lemah. Bila lemah, macam mana nak buat kerja? 


Jadi.... andai kata kalau anda tinggal di KL, berapa ya belanja untuk anda makan? 


Hmm... kisah dia begini. Pagi tadi, saya singgah makan di kedai mamak. Saya order

- Mee goreng 1 

- Roti kosong (roti canai) 1 

- Nescafe ais 1 

- Nescafe panas 1 

.

..

Jumlah kena bayar? Semua sekali RM9.50


Untuk sarapan pagi je, hampir RM10 habis dibelanjakan.  Ini hidangan untuk dua orang makan ya. Bukan untuk saya seorang sahaja. Saya dah berkeluarga ma~~


Kalau makan tengahari pulak? 

  
Biasanya saya akan makan nasi campur. Untuk dua orang makan, selalunya dalam RM17, RM18, atau RM19... Itupun cuma order ais kosong dengan satu air manis untuk air. 


Andaikan biasanya saya kena bayar dalam anggaran RM18 untuk dua orang makan kalau makan tengahari. 

Pecahan dia lebih kurang macam ni. Sepinggan nasi lebih kurang RM7.50


Hidangan merangkumi nasi, lauk sama ada ayam atau ikan, dengan sayur. RM7.50++ 


Dua pinggan sebab dua orang makan dah jadi RM15. 


Air RM3. 


Jadi jumlah keseluruhan setakat ni untuk dua orang makan... 


Sarapan + Lunch 

RM9.50 + RM18 = RM27.50 

.

..

Fuh ni belum masuk makan malam lagi ni. 


Ok kalau kat tempat saya ni, dekat Desa Tun Razak, ada medan selera. Restoran Abg Burn kalau tak silap nama tempat tu. So far, ni tempat makan paling murah untuk makan malam. 


Tempat ni, jual nasi goreng baru dalam anggaran RM4.00 - RM6.50 sahaja. Tak terlalu mahal macam kat tempat lain. 


Nasi goreng kampung atau nasi goreng biasa masih lagi RM4.00 


Jadi kalau nak jimat, ambik yang macam tu je.


Untuk dua orang makan, biasanya saya kena caj dalam RM15 - RM16. Tak pernah lebih dari tu.


Katakanlah, saya ambik RM16. 


Jadi berapa dah kena bayar sekarang ni hanya untuk belanja makan DALAM SEHARI? 


Sarapan + Lunch + Dinner 


RM9.50 + RM18 + RM16 = RM43.50

 
WoW !!!!!!


Kos untuk makan sehari je dah dekat-dekat RM50!


Dalam sebulan berapa pulak kos makan? 

RM43.50 x 30 = RM1,305


Dahsyat tak? 


Kalau nak ambik hidangan yang sempurna, ada makan sarapan, makan tengahari dan dinner, dalam sebulan kena siap sedia untuk belanja RM1,305


Ni pun bukannya makan makanan yang sedap-sedap, atau makan kat restoran yang mahal pun. Makan kat kedai tepi jalan je. Pun dah mahal macam ni... 


Ada ke cara nak berjimat? 


(1) Masak sendiri... 

Ok pada saya, masak sendiri tidaklah sejimat yang disangkakan. Kena ambil kira belanja untuk beli gas, minyak, rempah, cili, bawang, sayur, bahan mentah dan macam-macam lagi. Masa nak masak lagi. 


Akhirnya, sama ada ia jadi lebih kurang, atau kalau dapat jimat pun cuma jimat berapa la sangat. 


Bila ambil kira faktor masa penyediaan makanan tu, jadi tak berbaloi. Dah penat-penat kerja, ada masa lagi nak masak? 


(2) Tak payah makan

Tak payah lunch! Waktu pagi bila sarapan, terus makan makanan yang berat terus. Makan nasi. Kalau makan nasi boleh tahan sampai ke petang. 


Petang tu pulak makan untuk malam.


Bolehlah bertahan  sampai ke pagi esoknya. Ulang lagi rutin harian yang sama. 


(3) Berpuasa 

Hanya perlu makan sedikit sahaja ketika sahur dan semasa berbuka. Orang yang berpuasa, nafsu makan je yang naik, tapi hakikatnya badan kita tak perlu makan banyak apabila berpuasa.


Jimat atau tambah saluran pendapatan? 

Benda ni saya cerita banyak kali dah. Sampai masa, strategi nak jimat cermat dah tak boleh pakai. 


Mampus kita kalau asyik nak berjimat. 
  

Suka atau tidak, kena tambah pendapatan jugak. Lihatlah, kos untuk makan yang saya sendiri alami, sehari je boleh habis dekat-dekat RM50. 


Itu belum masuk belanja untuk parking, petrol dan sebagainya. 


Mungkin kalau diikutkan, lebih lagi jumlah yang perlu kita tanggung. Dahsyat kan. 


Sebab tu la... saya melihat perlunya setiap orang ada kemahiran untuk buat duit hanya dari rumah. Dengan cara bekerja dari rumah. Saya memilih untuk bekerja dari rumah dengan bantuan Jobdirumah.


Sebenarnya ada banyak lagi "majikan" yang saya ada. 


Asalkan boleh buat duit dan halal, memang saya akan buat. Bukan saya suka-suka nak buat, tapi TERPAKSA. 


Sekarang. Nampak tak... kenapa ramai orang kita terjebak dengan masalah hutang, ada hutang tak mampu nak bayar, dan sebagainya. 


Kadang-kadang tu, hutang bukan banyak mana pun. RM1,000 je... 


Tapi disebabkan nak makan pun MAHAL... macam mana duit yang ada nak digunakan untuk bayar hutang. 


Ok dah... 


Tak perlu nak tuding jaring kat sape-sape. Walaupun hakikatnya kita tau, apa yang menjadi punca kita hidup susah macam ni. 


Apa yang kita tau, mungkin sedikit sahaja. Realitinya, ia masih disembunyikan menjadi RAHSIA. 


Kita bersangka baik, dan kita berusaha setakat yang kita mampu. 


Anda mampu nak bekerja dari rumah? Kerjalah.


Kerja dengan Jobdirumah macam yang saya buat pun bagus. Janji ada kerja, dan janji ada pendapatan. 


Masalah tak akan selesai. 


Kitalah yang kena bangun untuk selesaikan masalah kita sendiri. Nak tunggu BR1M pun lambat lagi. 


Kita gunakanlah segala kemudahan dan pengetahuan yang dah sedia ada kat sekeliling kita.


Baiklah, kalau anda minat nak join Jobdirumah macam yang saya buat, boleh klik sini untuk daftar.


Dengan income yang anda akan dapat nanti, sedikit sebanyak bolehlah buat bayar makanan dan bagi makanan yang baik dan sedap-sedap untuk famili anda nanti.  


 

 

 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...