Thursday, November 12, 2015

Bersikap TERBUKA dengan peluang-peluang kerja dari rumah


Sepanjang saya bekerja dari rumah, saya dapati tindakan untuk terlalu memilih pekerjaan adalah sesuatu yang boleh makan diri. 


... dan ya, konsep ini juga sebenarnya tak jauh beza dengan bila kita ingin bekerja dengan mana-mana syarikat dalam mana-mana industri di luar sana. 


"Jangan terlalu memilih kerja." 


Nasihat seperti ini akan kita berikan kepada graduan yang masih belum berjaya untuk mendapat sebarang pekerjaan.


Sebenarnya nasihat yang sama juga terpakai untuk mereka yang merancang untuk bekerja dari rumah. 


Baiklah, dari pemerhatian saya, adalah tidak wajar jika anda hanya ingin fokus pada satu bidang kerja semata-mata jika anda ingin bekerja dari rumah. 


Situasinya begini, ada ketikanya, sesuatu pekerjaan tu kita boleh siapkan dalam masa yang cukup pantas. Boleh jadi, dalam masa dua jam dah boleh siap satu tugasan. Saya ambil contoh jika job menulis artikel misalnya.


Masa yang saya perlukan untuk tujuan research biasanya adalah sekitar 1 jam. 

 
Kemudian, bila saya dah ada semua bahan yang diperlukan, saya akan peruntukkan lagi 2 jam untuk menghasilkan satu artikel. Dua jam ini termasuk proses untuk edit artikel. 


Nah... dalam masa 2 - 3 jam siap satu tugasan. Namun begitu, jika hanya mengharap pada satu bidang kerja ni sahaja, sedangkan kita ada masa kerja yang begitu panjang, maknanya kita telah pun mensia-siakan masa yang kita ada.


Maka atas sebab itu, saya akan pelbagaikan lagi dengan lakukan tugasan-tugasan lain. 


Baru-baru ini saya menerima satu lagi tugasan baru untuk menjadi ejen promosi bagi syarikat Telco OneXOX menerusi kumpulan OneXOX Center


Anda boleh klik sini untuk lihat laman web syarikat.  


Tugasannya tidak sesukar mana, dan kebetulan saya sendiri ada pengalaman mempromosikan produk-produk dalam bisnes telekomunikasi khususnya produk simkad. 


Cara kerjanya SAMA sahaja. 


Apakah peluang kerja dari rumah yang TERBAIK? 


Soalan ini pastinya pernah ditanyakan hampir semua orang yang berhasrat untuk bekerja dari rumah. 


Sebenarnya... peluang kerja dari rumah yang TERBAIK adalah pekerjaan yang anda sendiri MAHU LAKUKAN.



Saya boleh cadangkan macam-macam peluang kerja, antaranya 

1. Jobdirumah 

2. Affiliate program 

3. Bisnes Emas PowerGold 

4. Tone Excel 

5. OneXOX 

... dan banyak lagi. 


Namun kalau anda sendiri tak sudi dan tak mahu lakukan atas sebab-sebab tertentu yang anda seorang sahaja yang tahu, maka ianya akan kekal sebagai senaraian yang tak membawa sebarang erti bagi anda. 


Bersikap TERBUKA dengan peluang-peluang yang ada di sekeliling kita 

Saya percaya, dewasa ini tak ada siapa yang akan bantu ubah nasib kita jika kita sendiri tak ambil tindakan untuk ubah nasib kita sendiri. 


Nak harap pada kerajaan? 


Maaflah. Saya tak nak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, sebabnya kerajaan yang sama ini lah yang telah mengkucar-kacirkan keadaan kewangan saya sejak 1 April 2015. 


Bermula dengan perlaksanaan GST, kenaikkan harga minyak, penghapusan subsidi minyak, kenaikkan harga tol dan macam-macam lagi. 


Malahan, dalam pembentangan bajet untuk belanjawan 2016, golongan sasar yang disebutkan rata-rata adalah mereka yang sama ada bekerja dengan kerajaan, ataupun bekerja dengan syarikat swasta. 


Seolah-olah menidakkan golongan freelancer yang bekerja sendiri hanya dari rumah seperti saya. 


Jadi, nak atau tidak, kenalah jadi lebih radikal dan rebut seberapa banyak peluang-peluang untuk buat duit yang ada di depan mata. Tak mahu lagi terlalu berharap pada keajaiban kerana saya percaya, jika nak berjaya bekerja hanya dari rumah, kita sendiri yang kena cipta keajaiban tu. 


... walaupun ada ketikanya, kita sendiri meragui kemampuan diri kita sendiri.


Anggap setiap projek sebagai klien yang berbeza 

Ini yang saya amalkan. Setiap projek mewakili klien yang berbeza, dan asalkan kita buat kerja dan berjaya accomplish apa yang di syaratkan oleh klien, kita pasti akan dapat habuannya. 


Tak kiralah sama ada ia datangnya dari syarikat emas, syarikat telco, mahupun orang persendirian. Ambil sahaja peluang yang mendatang tanpa sikap prejudis. Asalkan kita sendiri tau apa kemampuan diri kita. 


Sistem 1 Majikan? 

Secara peribadi, saya kurang yakin dengan sistem 1 majikan sahaja, jika kita ingin bina pendapatan dan mewujudkan portfolio kewangan yang benar-benar kukuh. 


Lihat sahaja golongan-golongan yang kaya dan berjaya kat Malaysia ni. 


Sama ada mereka ni ahli politik ataupun ahli perniagaan. 


Saya perhatikan, mereka ni rata-rata jadi ahli lembaga pengarah di dua atau tiga syarikat yang berbeza dalam satu-satu masa. Mereka juga menjadi penasihat dalam dua atau tiga syarikat. 


Ada yang mempunyai syarikat sendiri.


TETAPI... 


Bila sampai golongan orang bawahan macam saya, tiba-tiba syarikat mensyaratkan saya hanya boleh kerja dalam satu syarikat sahaja?! Ini adalah tindakan paling bodoh yang saya percaya, tak ada yang akan jadi kaya kalau jadi kuli hanya untuk satu syarikat semata-mata. 


Kalau ada yang berjaya jadi kaya sekalipun, bilangannya entah hanya ada berapa orang sahaja. 


Anda masih ingin bekerja dari rumah? 

Sekiranya anda masih percayakan kemampuan diri anda untuk bekerja dari rumah, tahniah saya ucapkan. Anda memang KUAT. 


Walaupun saya katakan, kena bersikap terbuka, namun pada masa yang sama, kita juga perlu bijak mentafsir peluang yang datang. 


Bukannya semua peluang kita patut ambil, dan bukannya semua cabaran itu tak bagus. 


After all, peluang kerja dari rumah yang TERBAIK ialah, pekerjaan yang kita sanggup dan sudi untuk lakukan. 


Jika anda juga sanggup untuk jadi ejen bagi syarikat telco yang mempromosikan simkad murah, RM10 jer... maka bolehlah sertai team saya. Boleh klik sini untuk daftar secara percuma sahaja dulu.


Ok la, saya ada kerja lain nak kena buat. 


Selamat mencuba, dan semoga anda berjaya. 


Tindakan anda hari ini, In Shaa Allah dapat bantu anda menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.  


 




  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...