Friday, October 23, 2015

Bekerja dari rumah sebagai ejen affiliate atau ejen syarikat MLM?

http://www.sabreehussin.com/senarai-produk-shaklee

Kenapa orang bekerja? Atau mungkin soalan yang sebenarnya ialah kenapa orang perlu cari duit? 


Serkap jarang. 


Sebab dia tak ada duit! Simple. Kalau dia dah ada duit, dalam jumlah yang banyak pulak tu, tak perlulah dia susah payah nak cari duit lagi. Dia boleh enjoy semua duit-duit yang dia ada. 


Tapi situasi seperti ini tak berlaku kebiasaannya. Malahan zaman sekarang ni, orang terpaksa buat dua atau tiga kerja semata-mata untuk mencukupkan duit untuk perbelanjaan harian. 


Untungnya kita kat Malaysia ni ialah, kita ada kerajaan yang BIJAK untuk push rakyatnya untuk bekerja lebih dan pada masa yang sama mengajar kita untuk bersyukur. 


Siang hari kita bekerja di pejabat. Bila balik rumah, kita kena bekerja pula dari rumah.


Peluang bekerja dari rumah selalunya dikaitkan dengan bisnes berorientasikan MLM. Kita perlu cari pelanggan dan pada masa yang sama, untuk mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan, kita perlu melatih pelanggan yang berjaya kita perolehi itu tadi untuk lakukan perkara yang sama macam yang kita buat. 


Tak ada masalah dengan konsep bisnes MLM asalkan caranya betul dan ikuti apa yang digariskan dalam syariat Islam. 


Masalah adalah tentang MODAL. Kerana apabila kita nak bekerja dari rumah menerusi platform syarikat MLM, kita kena sediakan modal dalam jumlah tertentu mengikut pakej yang kita ingin sertai. 


Sebenarnya, sebagai alternatif kita masih lagi boleh buat duit tanpa perlu terlibat dengan mana-mana syarikat MLM, walaupun kita masih lagi mempromosikan produk-produk syarikat MLM itu tadi. 


Hai... pening ke? 


Kalau cara biasa, kita kena join sebagai ahli. Keluar modal untuk dapatkan pakej-pakej tertentu, kemudian barulah kita boleh mula mempromosikan produk syarikat tersebut. Inilah konsep yang biasa diamalkan oleh syarikat MLM.... yang mana bagi mereka, ejen juga adalah seorang pengguna. 


Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep ejen affiliate. 


Saya boleh mempromosikan sebarang produk tanpa perlu saya sertai syarikat tersebut sebagai ahli. 


Dalam contoh ini, saya ingin bawakan contoh Shaklee. Nama shaklee memang tak asing lagi, dan saya percaya ramai juga golongan ibu yang menjual produk Shaklee secara part time hanya dari rumah.


Tak kiralah sama ada promosi secara offline ataupun promosi secara online. 


Baru-baru ini, saya temui kaedah untuk buat duit dengan Shaklee tanpa perlu jadi ahli pun.


Bagaimana? 


Mudah sahaja. 


Jadi ejen affiliate. Tak semestinya jadi ejen affiliate kepada syarikat Shaklee itu sendiri, tetapi boleh juga jadi ejen affiliate bagi mana-mana individu yang menganjurkan program ini. 




... dan jika anda buat belian disitu, saya akan dapat sedikit komisyen daripada pembelian anda tu nanti. 


Method sahaja yang berbeza. 


Namun kedua-duanya adalah untuk tujuan yang sama. 


Ya


Kita nak buat duit tambahan hanya dengan bekerja dari rumah. 


Jika anda nak baca lebih mendalam tentang konsep bekerja dari rumah, boleh baca perkongsian saya ini. Klik sini




 


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...