Monday, October 19, 2015

Bekerja untuk pihak Lazada hanya dari rumah


Adakah anda biasa dengar nama Lazada?  (kalau tak tau apa tu Lazada, ni laman web Lazada)


Bermula bulan Ogos 2015 yang lepas kalau tak silap saya, saya ada daftar untuk jadi ejen bagi laman web Lazada. 


Kerjanya mudah sahaja dan yang paling bestnya, ia boleh dilakukan hanya dari rumah. Kiranya, ia masih lagi menepati kritiria dan syarat yang saya mahukan iaitu nak bekerja hanya dari rumah.


Jadi bila saya tahu, Lazada ada bukak peluang dan tawaran macam ni, apa lagi saya pun terus mendaftar di laman web Lazada. Untuk jadi ejen dah semestinya. 


Dari segi bayaran, lazimnya saya akan dibayar apabila terdapat jualan yang berjaya saya hasilkan daripada hasil promosi yang saya jalankan. 


Komisyen dia mungkin tak ada la besar mana, namun bagi saya ia sudah cukup baik daripada langsung tak ada komisyen. 


Komisyen adalah sekitar 6% - 12%.


Tetapi kebanyakkan yang saya nampak, komisyen yang ditawarkan ialah 9%. 


Kalau barang yang berjaya kita jual tu barang yang murah-murah, maka murah dan sikitlah komisyen yang berjaya kita hasilkan. Tetapi, kalau barang yang kita dapat jual tu mahal harganya, maka komisyen dia pun akan jadi lagi tinggi. 


Contohnya, kalau ada yang beli produk Hisense 85" Ultra HD 3D LED Smart TV 85T910UAD ni misalnya.


Harganya pada waktu catatan ni dibuat ialah RM25,999 dan kalau ada yang beli melalui link saya tu tadi, komisyen yang saya akan dapat ialah sekitar RM1,500++ 


Hanya untuk satu jualan


Saya tak perlu nak uruskan tempahan pun


Pada masa yang sama, saya masih boleh kekalkan corak dan cara kerja saya, iaitu fokus pada penulisan artikel iklan. 


Cuma kalau saya dapatkan job berbayar dari laman web Jobdirumah, mungkin saya akan dibayar untuk setiap artikel yang berjaya saya siapkan dan terbitkan. 


Kali ini, saya hanya akan dibayar untuk setiap jualan yang berjaya dihasilkan. 


Sebenarnya pada saya mana-mana pun sama. Kedua-dua kaedah ini yang membezakan hanyalah bagaimana saya akan dibayar. 


Itu sahaja. 


Apa yang lebih penting, saya dibayar. Itu yang lebih utama. 
 

Tetapi, dari segi asasnya, kalau nak belajar macam mana nak buat duit hanya dari rumah, bolehlah muat turun panduan jobdirumah ni.


Lepas ni, bila anda dah mahir, dah terer pasti anda akan dapat lihat ada banyak lagi sebenarnya peluang-peluang dan lubang-lubang untuk tambahkan pendapatan hanya dengan bekerja dari rumah sahaja. 


     

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...