Friday, October 30, 2015

Ziarah ke Kelantan! Kelebihan bekerja di rumah


Saya dapat berita yang kurang menggembirakan malam semalam. 


Khabarnya nenek yang berada di kampung sedang sakit. Puncanya terjatuh dibilik air. Beliau dah pun dirujuk ke hospital berhampiran, tetapi doktor sendiri suruh dihantar pulang sahaja. 


Ibaratnya seperti doktor tersebut ingin mengatakan

"Dah tak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan..."  


Hari ini hari Jumaat. In Shaa Allah dalam masa beberapa jam atau mungkin beberapa minit lagi, saya akan bertolak ke Kelantan untuk ziarah nenek. 


Satu keputusan yang bukannya mudah, lebih-lebih lagi kalau saya bekerja di syarikat swasta. 


Perlu fikir nak kena ambil cuti, mungkin kena ambil Unpaid Leave. Oh gaji kena potong sebab cuti tanpa gaji. 


Atau patut ke saya ambil MC? Masalahnya bukan saya yang sakit. Ambil MC disebabkan orang lain yang sakit, kan tak kena tu. Dah ada unsur-unsur penipuan pulak. Apa jadi dengan gaji yang bakal saya terima nanti? Berkat ke?


Jangan main-main soal keberkatan gaji ni tau. BAHAYA. 


.

..

...

Mujurlah... saya bekerja hanya dari rumah. Secara teknikalnya, pada bila-bila masa saya boleh bercuti dan pergi ke mana sahaja yang saya suka.


Malahan, ketika saya sedang bercuti, saya mempunyai beberapa laman-laman web yang sedang bekerja untuk menghasilkan pendapatan untuk saya. 


Ia perlukan kerja keras di peringkat permulaan! 


Ya 


Saya tak mahu anda salah anggap tentang bekerja dari rumah. Ia nampak lebih mudah hanya apabila anda telah melepasi peringkat permulaan. 


Pada peringkat permulaan, ada sangat banyak yang perlu anda lakukan. Dari kerja-kerja remeh, hinggalah ke kerja-kerja yang penting. 


Seperti saya, diperingkat permulaan saya perlu bangunkan banyak laman-laman web yang berpotensi untuk buat duit. Sama ada dalam matawang RM mahupun USD. 


Ada yang ambil masa 3 bulan dah dapat hasil. 


Ada yang ambil masa 6 bulan, 1 tahun dan ada juga laman web yang selepas 3 tahun baru saya dapat lihat hasilnya. Pendek kata, selain perlu kerja keras, saya juga perlu beri masa untuk melihat hasilnya.


Konsep bekerja dari rumah seperti ini pastinya tidak diceritakan dengan sangat details lebih-lebih lagi oleh para penipu di internet yang hanya minat nak dapatkan duit anda sahaja. 


Mereka akan berikan gambaran bahawa buat duit di internet atau buat duit di rumah ini adalah semudah daftar dan buat kerja. Sebenarnya TIDAK. Ia lebih kompleks dari itu. 


Melainkan anda tahu bagaimana caranya. 


Dengan ilmu yang dibekalkan oleh Panduan Jobdirumah, saya pasti anda juga boleh survive dan boleh melalui fasa-fasa pertama dalam bekerja dari rumah.


Ok la, saya kena bersiap ni. Ada banyak lagi belum packing. 


Doakan saya selamat dalam perjalanan pergi dan balik ya. In Shaa Allah, lepas ni nanti ada banyak lagi perkongsian yang saya boleh catatkan dalam ni. 


  


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...